Translator

Monday

Diet Untuk kurus yang pelik!

BENTUK badan menawan yang dimiliki selebriti Hollywood sentiasa menjadi perhatian. Pun begitu, pasti ramai tidak menyangka mereka sanggup melakukan pelbagai jenis diet, termasuk sanggup berlapar semata-mata untuk kelihatan langsing. Zass senaraikan antara selebriti dengan diet pelik mereka.

Fergie 
Vokalis utama Black Eye Peas ini mengambil dua senduk cuka setiap hari untuk memastikan perutnya sentiasa leper dan kecil.

Jennifer Lopez
Tubuh menggiurkan diva Hollywood ini hanya boleh dimiliki jika mengamalkan diet sepertinya iaitu dengan meminum air jeruk beraroma buah Anggur. Jlo akan minum jeruk ini apabila berasa lapar selama 15 minit semata-mata untuk menghilangkan rasa laparnya.


Beyonce
Penyanyi terkenal ini hanya perlu melakukan diet selama 14 hari dengan makan cili padi, sirap Maple dan minum berliter-liter air mineral sepanjang tempoh itu.

Victoria Bekham
Jika mahu bentuk badan seperti isteri David Bekham ini, anda hanya boleh makan Strawberi dan kacang sahaja setiap hari.

Nicole Kidman
Bagi aktres jelita ini, dia hanya menikmati telur rebus berminggu-minggu lamanya apabila berdiet. Setiap pagi dia akan makan sebiji telur rebus, manakala untuk malam, hanya 2 hingga ke 3 biji.

Kelly Osbourne
Pernah memiliki berat badan berlebihan menyebabkan Osbourne melakukan diet sihat, selain rajin  melakukan senaman dan mengawal pemakanannya dengan mengambil sebiji Epal sebelum tidur.

Gwyneth Paltrow
Bagi Paltrow pula, cukup dengan mengamalkan minum teh membuang toksin untuk memastikan lemak terkumpul dapat dibuang dengan mudah.

Jimmy Shanley Bakal kahwin Dengan Janda

PENGACARA Jimmy Shanley, bakal mengadakan satu sidang media  mengenai kontroversi yang kononnya dia sudah berkahwin bersama seorang janda.

"Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah.

“Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya", katanya kepada MH Online, hari ini.

'Rawat' punca jerebu

Semua pihak perlu mengambil pendekatan 'merawat' punca jerebu yang mengancam kesihatan supaya tidak berulang, bukan menghabiskan masa dan tenaga merawat penyakit akibat bencana itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
   

Beliau berkata bencana jerebu berpunca daripada buatan manusia yang boleh dibendung dengan tindakan tegas.
   
Katanya jerebu memberi kesan amat buruk kepada orang ramai terutama mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, jantung serta kanak-kanak dan wanita mengandung.
   
"Debu jerebu amat kecil dan ia boleh masuk ke dalam paru-paru. Seorang yang sihat mungkin menghadapi masalah minimal tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mungkin berdepan isu serius," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini semasa diminta mengulas keadaan jerebu teruk melanda negara berikutan pembakaran terbuka di Indonesia.

Sehingga 11 pagi ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk tiga kawasan di negara ini mencatatkan bacaan yang dikategorikan 'sangat tidak sihat' iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan (292); Pelabuhan Klang, Selangor (288) dan Kemaman, Terangganu (253).
   
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan telah bersedia sepenuhnya untuk menerima serta merawat pesakit yang menghadapi masalah kesihatan akibat jerebu di seluruh negara.
   
"Kita sudah bersedia daripada awal untuk menghadapi peningkatan kes penyakit akibat jerebu ini, namun saya nasihat langkah untuk mencegah penyakit ini perlu kita utamakan dulu seperti memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar," katanya.
   
Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia akan menyokong tindakan tegas Indonesia terhadap syarikat yang terlibat melakukan aktiviti pembakaran terbuka termasuk syarikat dari Malaysia.
   
"Sama ada (ia melibatkan) syarikat Malaysia, Singapura atau Indonesia, sila ambil tindakan mengikut undang-undang Indonesia. Ambil tindakan, kami rakyat Malaysia akan sokong," katanya dan menurutnya syarikat berkenaan tidak berhak melanggar undang-undang di negara yang mereka beroperasi.  - Bernama

Penyakit berkaitan jerebu meningkat

Terdapat peningkatan pesakit asma serta penyakit berkaitan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik di sekitar negeri Johor dan Melaka, sejak jerebu melanda kedua-dua negeri itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berlaku peningkatan melebihi seratus peratus bagi penyakit asma semenjak krisis jerebu.
"Di Johor pesakit asma meningkat kepada 122 peratus manakala di Melaka meningkat dengan ketara iaitu 127 peratus," katanya pada sidang media selepas melancarkan 'Kempen dan Seminar Keselamatan Pesakit Peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.
Beliau berkata turut meningkat ialah jangkitan saluran pernafasan iaitu di Johor sebanyak 38.5 peratus dan Melaka 20.7 peratus.

Peningkatan juga berlaku terhadap simptom konjunktivitis atau sakit mata dengan Melaka mencatat peningkatan 63.6 peratus manakala di Johor tiada peningkatan, kata Dr Noor Hisham.
Justeru itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah atau menggunakan penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah.
Beliau berkata bagi memberikan rawatan yang sebaiknya kepada pesakit yang mengalami simptom jerebu di dua buah negeri tersebut, hospital dan klinik kerajaan kini memfokuskan kepada kes kecemasan.

"Kita mengurangkan pembedahan dan perkhidmatan lain, sekarang hanya fokus kepada kecemasan dan mengerakkan tenaga utama kepada unit kecemasan," katanya. 
Kempen yang pertama kali diadakan itu menggabungkan kerjasama sektor awam dan swasta berkaitan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan pesakit dan bagaimana ini boleh dicapai.
Kempen dua hari bermula hari ini bertemakan 'Bersama-sama untuk keselamatan' dihadiri 500 peserta. - Bernama

Bayi Diberi Racun

Tongod: Meskipun diberi minum racun dan dibuang tanpa sehelai pakaian sebaik dilahirkan, namun nasib tetap menyebelahi seorang bayi lelaki apabila ditemui penduduk dalam keadaan masih hidup sebelum diberi rawatan tradisional.
Namun, keadaan bayi malang itu ditemui di depan rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Ladang KJS di Kampung Inarad, di sini, kira-kira jam 5.30 petang pada 16 Jun lalu, dilihat semakin lemah.

Keadaan itu menyebabkan penduduk segera menghantarnya ke klinik bergerak, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan.
Difahamkan, bayi itu dipercayai cuba digugurkan ibunya ketika kandungan berusia lima bulan, tetapi sebaik ‘dilahirkan’, bayi berkenaan terus bernyawa.

Tidak sanggup membunuh dengan mencederakan bayi itu, pelaku yang lebih kejam daripada binatang itu kemudian memberi insan kecil itu racun sebelum meninggalkan bayi terbabit dalam keadaan bogel di hadapan rumah pekerja ladang sawit.

Individu menemui bayi terbabit mendakwa mulut bayi itu berbau racun dan masih hidup sebelum dirawat menggunakan perubatan tradisional.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih melakukan siasatan.

“Saya difahamkan sebaik menemui bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu, pekerja ladang hanya membawanya berubat menggunakan kaedah tradisional berikutan kedudukan ladang yang jauh dari hospital.
“Namun, oleh kerana keadaannya semakin lemah, bayi itu dihantar ke Klinik Bergerak Kampung Inarad, kelmarin, bagi mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya.

Martin berkata, siasatan awal mendapati, mulut bayi itu berbau racun ketika ditemui dan sehingga kini, belum ada individu yang tampil menuntut bayi terbabit.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Martin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31, Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor