Translator

Monday

RM 40 Untuk Mandi Sabun

Hanya pengunjung mempunyai tiket khas dibeli dengan harga RM40 sahaja dibenarkan masuk untuk menyertai pesta mandi buih anjuran sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng yang diserbu pihak berkuasa, kelmarin.
Harian Metro sebelum itu menerima maklumat penganjuran pesta mandi buih itu seminggu lebih awal dan terus membuat penyiasatan serta risikan bagi memudahkan penyamaran untuk masuk ke premis itu.
Malah, difahamkan aktiviti itu yang dianjurkan dua tahun sekali iaitu pada Jun dan Disember oleh pihak penganjur turut disertai beberapa artis serta selebriti tanah air bagi merancakkan pesta itu.

Wartawan yang berjaya mendapatkan tiket itu berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat serbuan ke premis itu dan mereka bersetuju membantu Harian Metro mendedahkan pesta terbabit.
Difahamkan premis itu yang mula dibuka seawal jam 9 malam dan ditutup jam 3 pagi turut menjadi tumpuan pasangan kekasih dan pasangan gay memadu asmara sambil bermain buih di dalam kolam disediakan sambil menari mengikut rentak muzik yang dipasang penganjur. 

Usus bocor kerana penyapu

Gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut. 
Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.

“Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.
P/S : Ni namanya gurauab tahap melampau

Sunday

Terjerat janji manis kekasih, Remaja 17 tahun hamil 4 bulan

KULIM - Terpedaya dengan janji manis teman lelaki, seorang remaja berusia 17 tahun disahkan hamil empat bulan setelah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sejak tiga tahun lalu.

Namun, bagi memastikan mangsa tidak membuat laporan polis, keluarga kekasihnya berbincang dengan keluarga mangsa dan bersetuju untuk menikahkan kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, keluarga lelaki menyatakan keengganan mereka untuk menerima mangsa sebagai menantu.

Keputusan ini mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga mangsa yang kemudiannya bercadang membuat laporan polis bagi memastikan lelaki berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini, keluarga mangsa belum membuat sebarang laporan tentang permasalahan itu sebaliknya pernah membuat laporan polis pada tahun lalu apabila mangsa didapati tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, polis memandang serius terhadap permasalahan seperti ini dan sekiranya waris mangsa membuat laporan polis, siasatan akan dijalankan.

“Jika kali pertama pasangan itu melakukan hubungan seks ketika mangsa di bawah umur, perbuatan itu akan diklasifikasikan sebagai rogol dan suspek boleh disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan. Sekiranya keluarga mangsa membuat laporan polis, kami akan menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Budak selamba hisap rokok

BATANG KALI - Rasa kurang senang pengunjung yang makan di sebuah restoran di sini melihat seorang remaja bawah umur merokok, menyebabkan seorang lelaki menegur kelakuan remaja terbabit dengan niat menasihati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Khaliq itu bertindak kurang sopan apabila membalas kata-kata yang tidak enak didengar.

Kesudahannya, Khaliq hampir ditampar oleh pemuda, Ramlan Zainuddin, 36, yang cuba menasihatinya.

Ramlan berkata, dia hanya mahu menasihati remaja terbabit supaya lebih menghormati orang dewasa dan tidak merokok di khalayak ramai kerana perbuatannya salah.

“Ini satu kesalahan sebab dia bawah umur, malah merokok selamba di depan orang ramai.

“Saya tidak mahu adik saya begini sebab itu saya tegur,” katanya yang menganggap Khaliq seperti tanggungjawab menjaga adiknya.

Sebelum itu, Khaliq bersama seorang rakannya dilihat membeli ‘rokok batang’ yang dijual di restoran India Muslim tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Nur Aina Nabila Arshad, 35, berkata, sikap peniaga menjual rokok kepada remaja bawah umur antara faktor gejala merokok dalam kalangan anak muda berleluasa.

Menurutnya, peniaga kedai runcit dan restoran sepatutnya perlu terlibat sama dalam usaha membendung gejala tidak sihat itu.

“Ahli keluarga juga perlu bertegas sebab masalah seperti Khaliq ini jelas berpunca daripada ibu bapa yang tidak pedulikannya.

“Dia kata ibu bapanya tak tahu dia merokok dan tak peduli dia ke mana. Jadi, bagaimana anak-anak muda ini tidak rosak,” katanya.

Sumber : Sinar

Baru enam hari bertunang, dipercayai tinggal serumah

AMPANG - Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa.

“Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun.

“Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani  berpakaian lengkap ketika ditahan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing.

Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat.

Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah.

Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Satria pada serbuan jam 4 pagi itu.

“Penuntut jurusan perakaunan itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selepas kira-kira tiga bulan berkahwin.

Beliau berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun terbabit turut dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.

 P/S : Macam-macam budak sekarang ini?....

Sumber : Sinar

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor