Translator

Wednesday

Pelakon Imuda Pula Dirompak

“Perompak itu sempat menjamah biskut raya dan minum air sirap dalam peti ais seolah-olah beraya dalam rumah kami pula.

“Malah, mereka sempat meletakkan tiga gelas air itu dalam sinki. Mereka lakukan itu kerana tahu kami tiada di rumah,” kata pelawak, Imuda atau nama sebenar, Abdul Rahim Muda, 52.

Beliau yang juga penyanyi, pelukis serta pelakon popular menerusi sitkom komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, mendakwa mengalami kerugian hampir RM7,000 selepas barang berharga miliknya dilarikan kumpulan yang memecah masuk rumahnya di Jalan Mamanda 12, di sini.

Difahamkan, Imuda sekeluarga pulang beraya ke Pulau Pinang sejak 17 Ogos lalu bagi menyambut Aidilfitri sebelum pulang semula ke rumahnya, kelmarin.

“Saya tiba di rumah pada jam 3 petang semalam (kelmarin) dan langsung tidak menyedari rumah sudah dipecah masuk kerana tiada kesan umpil pada pintu. “Bagaimanapun, sebaik naik ke tingkat atas, saya terkejut melihat lima bilik berselerak. Malah, jeriji tingkap juga terbuka dengan kesan umpil,” katanya.

Selepas memeriksa, katanya, barang berharga seperti komputer riba, dua telefon bimbit dan empat jam tangan berjenama hilang.

“Saya tidak tahu bila rumah saya dipecah masuk kerana lebih 10 hari meninggalkan rumah. Malah, jiran juga tidak menyedari kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku selepas setahun berpindah di situ bersama isteri, Zabarina Haja Mushadi Ali, 30, dan tiga anaknya Raihana, 17, Mohd Redza, 11, dan Muhammad Rayyan Ziqri, 17 bulan.

Menurutnya, beberapa bulan lalu, isterinya hampir diragut, namun kejadian disedari jirannya yang menjerit menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.

“Saya difahamkan, beberapa jiran lain juga pernah mengalami kejadian sama apabila rumah dipecah masuk dan menjadi mangsa ragut. “Saya bimbang keselamatan keluarga dan berharap polis mempertingkatkan rondaan di sini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian.

Sumber : Metro

Balasan Anak Derhaka Dizaman Moden

KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak diperintahkan membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya yang diabaikan sejak lebih lapan tahun lalu.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun ke atas Nasrun Mustafa, 39, dalam prosiding semalam selepas membenarkan tuntutan difailkan bapa lelaki itu, Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, dua tahun lalu.

Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu.

Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun.

Sumber : Metro

Monday

Chong Wei Kecewa.....


LONDON: Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London, malam ini.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Olimpik Beijing, empat tahun lepas. - Bernama

P/S :Tidak mengapalah kerana Datuk Lee Chong wei telah menunjukkan semangat juang yang begitu tinggi......Chong wei kecewa lagi ditangan Lin dan

Abby Dan Norman Rujuk Semula?


KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008. 

Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

Sumber : Metro

Pelakon Disantau peminat Fanatik


KUALA LUMPUR: Gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami, pelakon dan penyanyi Razali Hussain mendakwa menderita akibat disantau seorang peminat wanita.

Pelakon yang baru muncul dengan filem komedi Man Sewel Datang KL itu berkata, selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.
Malah, beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias.

Razali berkata, semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya. Malah, wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan. Hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamar Razali sebagai suami.

“Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.

Sumber : metro

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor