Translator

Monday

Dimana?....

Lama bebenor rasanya tak update blog ini....
PokCIk nak cerito macam-macam.....tapi tak ada masa untuk menaip....
Mungkin kerana malas.....
Dimanakah POkcik nak cari semula semangat yang hilang.....
PokCik terpaksa uruskan 2 blog rasmi tempat kerja PokCik......
Masa banyak dihabiskan diblog - blog ini....
Blog peribadi pakcik semua tak terupdate....
Dimana PokCik nak cari masa yang luang yer....
 tapi yang penting sekali PokCik happy sobab RESULT peksa PokCik amatlah membanggakan....
3.70 tu....masa study dulu result PokCIk yang paling tinggi pun 3.40 jer......
Alhamdulilah...inilah berkat doa keluarga pokCIk dan kawan-kawan PokCik yang lain.....

Semua yang terjadi ada hikmahnya...........inilah penutup entry hari ini,,,,,

Friday

Pelajar mewah edar pil kuda

KEMAMAN: Bertopengkan status pelajar sebuah kolej swasta di daerah ini, seorang lelaki dikesan ligat menjalankan kegiatan pengedaran dadah dengan meraih keuntungan berlipat ganda sekali gus menjadikannya hidup lebih mewah berbanding pelajar lain.

Difahamkan hasil kegiatan dilakukannya, pelajar berusia 20 tahun dari Pasir Mas, Kelantan itu tidak pernah kekeringan wang selain mampu memiliki sebuah Perodua Viva dan motosikal Yamaha 125Z.

Bagaimanapun, tembelang pelajar terbabit akhirnya terbongkar apabila polis menemui 2,000 biji pil kuda bernilai RM60,000 di atas rak pakaian dalam bilik tidurnya, semalam.

Ayah dipukul anak lari

SUBANG JAYA: Hanya kerana tidak diberikan wang diminta, seorang anak bukan saja mengamuk merosakkan barangan dalam rumah keluarganya di SS 14, dekat sini, malah membelasah bapanya, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 48 tahun berehat di rumahnya sebelum didatangi anak lelaki berusia 22 tahun yang meminta wang.

Sumber berkata, mangsa memberitahu tidak mempunyai wang dan enggan memberikan kepada anaknya menyebabkan suspek naik angin lalu memarahi bapanya.

“Terkejut tindakan anaknya, mangsa menasihatkan suspek bersabar, namun gagal apabila lelaki itu terus mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menghempas barangan elektrik dan peralatan rumah.

“Mangsa yang cuba menghalang perbuatan itu turut ditumbuk dan dipukul oleh anaknya walaupun merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan dibelasah, mangsa melarikan diri ke rumah jiran menyebabkan suspek merosakkan barang dalam rumah selain menyerang ibunya.

“Mujur jiran cepat menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum pihak berkuasa tiba di kediaman mangsa. Bagaimanapun, ketika itu suspek sudah melarikan diri dan polis menasihatkan mangsa membuat laporan. Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Leher warga Myanmar dikelar

GURUN: “Saya terkejut sebaik mendapati seorang lelaki warga asing rebah berhampiran rumah dalam keadaan berlumuran darah hampir keseluruhan tubuhnya.

“Saya panik dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa,” kata seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berusia 50 tahun.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui mati manakala seorang rakannya putus tangan akibat ditetak dalam pergaduhan di sebuah tapak pembinaan rumah teres di Taman Sri Utama, di sini.

Sedia hidup bersama peluru

JOHOR BAHRU: “Saya berserah kepada takdir sekiranya peluru menembusi bahu kanan tidak boleh dikeluarkan jika ia membahayakan nyawa saya,” kata pengawal keselamatan, Paul Raja Manikam, 50, yang ditembak dua penjenayah di depan sebuah pusat beli-belah di Jalan Datuk Suleiman, malam kelmarin.

Paul yang ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru semalam berkata, doktor memaklumkan peluru itu mungkin tidak boleh dikeluarkan kerana ia sudah terkena saraf.

Lelaki berkenaan bagaimanapun berharap, pembedahan bagi mengeluarkan sebutir lagi peluru tertanam di punggung kanan berjalan lancar dan tidak menimbulkan masalah serius.
“Saya bimbang kerana doktor memaklumkan peluru di punggung kanan sudah menembusi tulang.

“Tambahan pula, saya risau sekiranya tidak mampu bekerja memandangkan saya menyara isteri dan anak kandung tinggal berjauhan,” katanya yang ditemani dua anak angkat masing-masing berusia 31 tahun, M Kumutha dan P Catherine.

Menurut Paul, dia berterima kasih kepada semua pihak kerana prihatin dengan nasibnya termasuk pengurus syarikat keselamatan yang mengunjunginya bagi memberi sokongan moral.

Katanya, selepas dibenarkan keluar hospital, dia bercadang berehat sementara menunggu kecederaannya pulih.

“Saya harap layak membuat tuntutan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi meringankan beban bagi meneruskan kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Kumutha berkata, dia terkilan dengan nasib menimpa bapa angkatnya.

“Bapa bukan saja berani, malah berdedikasi ketika menjalankan tugas. Bapa bernasib baik kerana terselamat dan kami berdoa supaya dia panjang umur.

“Kami juga berharap majikan selain Perkeso membantu meringankan beban bapa selepas dia dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Paul bersama seorang pemilik syarikat pengurup wang berumur 30-an keluar dari kedai pengurup wang sebelum diserang dua lelaki bertopeng yang menghujani mereka dengan tembakan.

Sumber : Metro

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor