Translator

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday

cara membuat custom album

bahan-bahan yang diperlukan :

1. sebuah komputer/notebook/netbook yang berkuasa turbo (ok tipu part turbo). netbook asus eee intel atom processor macam aku punya pon boleh. keyboard and mouse termasuk dalam pakej la yer, tak perlu aku sebutkan terperinci. hehe
2. adobe photoshop. versi apa pon boleh. aku pakai adobe 8/cs. (gila ketinggalan)
3. software PICASA untuk kemudahan membuat collage/editing :)
3. gambar-gambar yang ingin di'album'kan
 
 cover album - sebelum dihantar untuk cetakan
 
tara.. selepas siap...
 
cara-cara

1. buka adobe photoshop. buat fail baru. untuk custom album aku, aku buat saiz 8 inci x 12 inci. selalunya kalau kita hantar ke kedai printing custom album, kita akan buat 2 belah page skaligus. jadi, do the math, saiznyer adalah.... 8 x 24.. pandai! guna resolution 300dpi untuk memastikan kualiti cetakan hebat dan mantap. hehe.
 
 lebar 24 inci x tinggi 8 inci
 
2. sekarang tiba masanya untuk susun gambar-gambar. time ni aku gunakanlah PICASA kesayangan untuk buat kolaj. sila muat turun nota picasa kesayangan ramai ni untuk mengetahui lebih lanjut. hehe. untuk makluman, page-page yang petak-petak baik di cover album (wah macam album solo) dan page-page yang lain, aku buat guna PICASA jek, pastu aku create collage tu pakai saiz widecreen atau boleh ADD CUSTOM ASPECT RATIO > letak 12x8 (inch) atau saiz album yang korang nak. pastu bukak dalam photoshop and adjust size klu tak berapa masuk. sila tekan shift semasa mengecilkan gambar supaya saiz kacantikan sebenar terjaga, melainkan nak buat orang gemuk jadi kurus sket..hehehehehhe

3. untuk yang kerawang-kerawang, aku buat guna brush kat photoshop. search je kat google, brush photoshop, ornament swirl (untuk cari yang melengkuk liuk). aku selalu amik kat http://www.brusheezy.com/ - stupid name, cool brushes.
 
AMARAN
elakkan meletak tulisan atau gambar terlalu ke tepi di sekeliling gambar, sebab bimbang akan terpotong masa pembikinan album sebenar oleh orang di kedai/kilang gambar.
 
4. bila dah siap tu, save as .jpg. bagi nama yang bersesuaian ikut page ke. pastu .psd fail tu aku simpan gak ikut page. untuk page berikutnya, aku save as fail tadi dan namakan page 2. mula-mula dulu aku taram semua dalam 1 psd fail, kira just hidekan je gambar-gambar sebelum ni, tapi jadi susah bila aku nak edit balik page 1. so end up aku buat 10 fail psd (8 x 24 tadi) untuk 10 helai custom album. 10 helai tu kira ada 20 muka la. kira lagi lah senang kan....
 
  dari pandangan atas

helaian pertama
 
 gamba photographer bertudung oren wajib letak dalam album.. hehe. inilah kelebihan buat album sendiri, sebab boleh letak muka sendiri dalam album. muahaha. tapi pastikan hanya jika photographer sedara mara je boleh letak, kang panas pengantin muka photographer lagi banyak dari pengantin.. hehe

ni pon pakai PICASA buat collage, klik klik je dah siap
 
 editing hitam putih, focal black and white, semua ada di dalam PICASA
 
Sumber :

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor