Translator

Showing posts with label Sukan Kita. Show all posts
Showing posts with label Sukan Kita. Show all posts

Thursday

Apek Ponteng Latihan

PETALING JAYA – Ketua pasukan dan penjaga gol utama skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat mencetuskan tanda tanya apabila tidak hadir hari pertama sesi latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan C Kelayakan Olimpik menentang Bahrain, semalam.

Pemain Kelantan itu juga tidak memberikan sebarang alasan ketiadaannya di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini kepada ketua jurulatih Ong Kim Swee, yang bagaimanapun masih cuba memberikan ruang dan tempoh kepadanya sehingga hari ini.

“Surat panggilan melapor diri sudah dikeluarkan kepada pasukan dan kelab pemain masing-masing pada 18 Januari lalu dan mereka mesti tahu tanggungjawab kepada negara dan memberikan alasan kukuh yang boleh diterima jika tidak dapat hadir.

“Saya masih cuba menunggu maklum balas daripadanya mahupun KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) tetapi saya juga tidak boleh cuma ada dua penjaga gol (Shahril Saari dan Izham Tarmizi Roslan) untuk berlatih dan dibawa ke Manama, bulan depan.

“Kalau perlu saya akan panggil seorang lagi penjaga gol,” katanya semalam yang akan menamakan 21 pemain ke Manama bagi menjalani sesi latihan lima hari dan menentang Bahrain pada 5 Februari.

Difahamkan Khairul Fahmi atau Apek sukar dilepaskan oleh Kelantan bagi menghadapi Kuala Lumpur dalam Liga Super 2012 di Kota Bharu, Sabtu ini biarpun Kim Swee akan membenarkannya dan pemain bukan Harimau Muda A, pulang sehari sebelum itu.

Pemain lain seperti Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Gary Steven Robbat yang sebelum ini tercedera dalam kempen awal Kelayakan Olimpik, sudah beransur pulih namun Syahrul Azwari Ibrahim dan Syazwan Tajudin.

Mengenai perlawanan persahabatan pemanas badan kata Kim Swee, setakat ini sebuah kelab Singapura, Home United sudah pun membatalkannya dan memaksanya mendapatkan sebuah lagi pasukan republik itu apabila menghadiri majlis pelancaran Liga S 2012 di sana, hari ini.

Sementara itu, penyerang muda Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md. Ali yang dipanggil semula ke skuad Olimpik, berkata, penggugurannya sebelum ini sudah memberikan banyak pengajaran kepadanya untuk kembali menampilkan prestasi terbaik.

“Saya sedar pasukan ini memerlukan seorang penyerang ekoran ketiadaan Izzaq Faris Ramlan yang tercedera (sejak Sukan SEA tahun lalu) dan saya berjanji untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan jurulatih Kim Swee.

“Dulu saya digugur kerana kurang menyerlah tetapi peluang kali ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya percaya, dua gol dalam Liga Super setakat ini belum memadai untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Olimpik,” katanya.

Sumber : Utusan

Monday

Apek Jutawan

KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,

Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.

KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,

Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.

“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.

Sumber : Metro

Thursday

Safee penyerang kedua terbaik rantau Asia

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali mendapat tempat kedua di dalam undian orang ramai sebagai penyerang terbaik rantau Asia di laman web goal.com, hari ini.

Beliau tewas kepada pemain Thailand, Teerasil Dangda yang mendapat undian sebanyak 54.93% manakala Safee mendapat undian sebanyak 38.37%.

Antara penyerang rantau Asia lain yang dicalonkan adalah pemain paling berharga K-League, Lee Dong-Gook, pemenang kasut emas J-League, Joshua Kennedy, pemain Arsenal, Park Chu-Young, Mike Havenaar (Jepun), Firas Al Khatib (Syria), Younis Mahmoud (Iraq), Ismail Abdul-Latif (Bahrain) dan Bader Al Mutwa (Kuwait).

Undian tersebut bermula pada hari Ahad, 8 Januari lepas dan berakhir semalam.


Sumber : Sinar

Apek atasi Al Habsi sebagai penjaga gol terbaik Asia

PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com, hari ini.

Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.

Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.

Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).

Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.

Sumbetr : kosmo

Sunday

Gambar : Negeri Sembilan Benam Kelantan

Tahniah buat Negeri Sembilan kerana berjaya menundukkan Kelantan dengan jaring 2 berbalas 1....

 
Walaupun jaringan itu bukanlah dari kaki pemain tempatan, tetapi gol tetap gol. 2 gol dari awang hitam, Jean Emmanuel Effa Owona melenyapkan hasrat Kelantan untuk terus menjulang Piala Sumbangsih itu.
 
Tahniah Buat Negeri Sembilan.....Sabar buat Negeri Kelantan
Gambar Perlawanan Piala Sumbangsih 2012 - Negeri Sembilan lawan Kelantan





Chong Wei tebus maruah benam Lin Dan

 

SELEPAS dihantui pelbagai isu mengenai persembahanya ketika menentang Lin Dan, hari ini jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa Lin Dan bukanlah halangan terbesar dalam kerjayanya.


Hasilnya, Lin Dan tersungkur di kaki Chong Wei pada aksi final Siri Super Terbuka Korea, sebentar tadi dengan catatan 12-21, 21-18, 21-14. Chong Wei pulang dengan hadiah lumayan AS$75,000 (RM235,875).

Friday

Siaran Lansung KELANTAN vs NEGERI SEMBILAN piala sumbangsih

Perlawanan pembuka tirai liga malaysia musim 2012 dimulakan dengan perlawanan diantara negeri sembilan vs kelantan dalam merebut piala sumbangsih. juara piala malaysia vs juara liga super itu akan beraksi di stadium bukit jalil pada hari sabtu jam 8.45 malam dan akan bersiaran langsung dari rtm1 dan astro arena.



 Senarai pemain NEGERI SEMBILAN


 Senarai pemain KELANTAN
 
  Kelantan adalah pasukan yang terawala mengumumkan skuadnya bagi musim 2012 yang akan datang. Menurut laman Kelantan FA , seramai 28 pemain yang akan bersama TRW pada musim 2012. Jom kita tengok. 3 Pemain Import iaitu dari Ghana dan Lebanon yang diimport Kelantan.
 
1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okime ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof ( Penjaga Gol Piala Presiden )
21 : Reserve
22 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
23 : S.Chanturu
24 : Zairol Fitree Ishak
25 : Azlan Ismail
26 : Izuan Solahuddin
27 : Khairul Izuan Rosli
28 : Aris Zaid

Thursday

Nik Aziz nasihat Apex cepat kahwin

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.

Sumber : Sinar

Apek sedia kahwin 2012

KOTA BHARU: Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini.

Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.
Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.

Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.

Sumber : metro

Wednesday

Rumah Banglo Khairul Fahmi

Nanti masa serah banglo

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

 “Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

Sumber : metro

 

Thursday

Khairul Fahmi Gantung But

Apek terlintas nak gantung but awal

KUALA LUMPUR: Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.

Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.

Sumber : metro

Cer citor kenapa nak gantung but pulak....
Relax la benda kecil ajer....
Berani keran benar takut kerana salah....
Anda kini menjadi idola pelbagai lapisan masyarakat...
Semua orang sebut -sebut....
Kini anda setaraf Artis Di malaysia......
Jangan kerana hal peribadai kepntingan negara anda ketepikan....
Jangan risau anda masih ramai penyokong seprti Cer Citor ini.....

Just Sekarang berhati-hati lah dalam segala pekara....
ingat lah bukan semua orang senang melihat kita senang.....

Wednesday

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus


Keputusan Penuh

Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Pertahanan Terbaik
Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)
Pemain Tengah Terbaik
Safiq Rahim (SELANGOR)

Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Jurulatih Terbaik
Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)

Pemain Muda/Harapan Terbaik
 Wan Zack Haikal (HARIMAU MUDA A)
Kelab Terbaik
PKNS Selangor
  
FA Terbaik  
Selangor FA

Pemain Paling Bernilai Supermokh
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)


SENARAI CALON-CALON ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011

Penjaga gol terbaik
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Pertahanan terbaik
· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Pemain tengah terbaik
· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Penyerang terbaik
· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

Jurulatih terbaik
· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

Pemain muda terbaik
· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Monday

Skandal Khairul Fahmi Che Mat


Sendiri Fikir lah yer......
Cer citor tertarik dengan cerita ini kerana KHAIRUL FAHMI adalah sebahagian Idola baru negara kita .....

Benarkah ini ???
Dialog Panas Khairul Fahmi Bersama Shida Harmi:

Bukti Kemesraan...Anda Fikirlah Menilainya

Cer citor adakah ini semua benar?
Cer citor apakah ini pekara biasa bagi orang popular?
Cer citor apakah pandangan orang tentang SKANDAL ini?
Cer citor tak tahu nak cakap ape......
Kita sendiri-sendiri menilai nya.....

SUMBER : ROTIKAYA.COM

Thursday

Kelayakan Olimpik London 2012: Keputusan Penuh Malaysia VS Syria


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MALAYSIA VS SYRIA 23 NOVEMBER 2011 | Berikut merupakan Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012, Malaysia vs Syria 23 November 2011.

Nampaknya momentum kemenangan skuad Harimau Muda gagal diteruskan apabila tumbang di tangan Syria, 2-0 di hadapan ribuan Penyokong Malaysia.


Sumber : Ammboi

Gol Syria dijaringkan oleh Solaiman 50' dan Nassouh Nakkdahli 80'


Solaiman Penjaring Pertama


Gol Nassouh Nakkdahli minit ke 80'

Tuesday

Sukan Sea ke 26 Indonesia : FINAL Bola Sepak Malaysia VS Indonesia


Akhirnya Garuda Muda tumbang di Halaman sendiri.
Tahniah kepada Harimau muda kerana menundukkan Garuda Di halaman sendiri
Satu peningkatan yang  menakjubkan......
Suatu semangat Juang yang tinggi anda telah tunjukkan....
Tahniah....tahniah.....tahniah......
Terima kasih kerana Anda memberikan Suatu persembahan yang menakjubkan.....

Malaysia ( 1 ) VS ( 1 ) Indonesia
Malaysia menang Sepakan Panalti 4-3 

Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kemenangan ke atas Indonesia 5-4 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir Sukan Sea Indonesia 2011 di Gelora Bung Karno


Artikel menarik 

Malaysia Menang Emas Bola sepak





Sunday

Sukan Sea ke 26 Indonesia : FINAL Bola Sepak Malaysia VS Indonesia

 


Perlawanan akhir malaysia akan berjumpa dengan tuan rumah Indonesia pada 21 November 2011
Yang pasti Seluruh Stadium Akan Bergelora dengan penyokong Indonesia...
Malaysia Pula macam biasa akan naik kereta Perisai indonesia...
Nampak gaya nya Tuan Rumah gagal mengawal penyokongnya sendiri...
Tapi tak mengapa yang penting pemain Malaysia mesti berusaha keras untuk membawa pulang emas untuk negara.

Selamat Berjuang Pahlawan Negara


Artikel Menarik





Saturday

Sukan Sea ke 26 Indonesia : Bola Sepak Malaysia VS Myanmar



Bola sepak Separuh akhir Sukan SEA Indonesia 2011 akan mempertemukan Malaysia menentang Myanmar, manakala tuan rumah Indonesia pula bakal berentap bersama Vietnam.

Malaysia dilihat sedikit beruntung kerana tidak bertemu Vietnam yang dilihat salah satu pasukan yang merbahaya pada temasya sukan SEA kali ini. Namun begitu kita juga tidak boleh begitu memandang ringan saingan yang bakal diberikan oleh pasukan Myanmar keran sudah semestinya mereka juga mahu menempah tempat ke final sekaligus muncul sebagai pemenang pingat emas.

Diharap pasukan Malaysia mampu mempamerkan rentak permainan yang bertenaga dan hebat seperti aksi ketika mereka menumbangkan tuan rumah Indonesia pada perlawanan akhir peringkat kumpulan A Khamis lepas.

Perlawanan separuh akhir diantara Malaysia dan Myanmar akan bermula pada pukul 4:45 petang, di Stadium Gelora Bung Karno. Astro Arena 801 akan membawakan secara langsung perlawanan ini. Begitu juga dengan RTM TV1. Tidak ketinggalan TV3 juga akan memancarkan perlawanan ini di kaca tv anda secara langsung.

sumber artikel : SuaraBawahTanah 

Cer citor adakah Malaysia akan bermain seperti hari Menentang Indonesia......?

Malaysia ( 1 ) VS ( 0 ) Myanmar 


Gol Dijaringkan Pada Minit 83






KLIK VIDEO JARINGAN

Artikel Sempena Perlawanan Malaysia VS Myanmar

Detik Sukar Kim Swee

Naik Barracuda suntik Semangat 

Harimau Muda Mampu Tundukkan Myanmar 

 Apek Kembali Jadi Tumpuan

Sultan Ahmad Yakin Pertahankan Kejuaraan

Ujian Harimau Muda 

Ikrar Khairul Fahmi


Baham Myanmar

Harimau Malaya Tentukan Dalam Tempoh 90 Minit








Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor