Translator

Showing posts with label Sukan Kita. Show all posts
Showing posts with label Sukan Kita. Show all posts

Wednesday

keputusan terkini malaysia vs qatar 6 februari 2013

Masanya sudah tiba untuk pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal bagi melaksanakan misi utamanya selepas memenangi Piala AFF 2010 iaitu merealisasikan harapan peminat bola sepak tanahair yang inginkan pasukan itu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia

Malam ini menyaksikan Harimau Malaya lawan Qatar pada aksi perlawanan pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, skuad Qatar menduduki tangga ke-106 dunia, jauh meninggalkan Malaysia (158)
Sebagai rekod,Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada 1976 dan 1980 sebelum beraksi atas tiket tuan rumah pada 2007

Cercitor.....Siapa akan menang?......

Keputusan Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung di beberapa venue malam ini:

KUMPULAN A:

Johor (0) - Lions XII (0)
Selangor PKNS (1) - Johor FC (1)


KUMPULAN B:

Angkatan Tentera (1) - Kelantan (1)
Kedah (2) - Terengganu (1)


KUMPULAN C:


N.Sembilan (0) - Perak (0)
Felda United (2) - Sime Darby (3)


KUMPULAN D:


T-Team (0) - Selangor (1)
Pahang (6) - Sarawak (0)


Sumber Bernama

Monday

Chong Wei Kecewa.....


LONDON: Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak buat Malaysia setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London, malam ini.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Olimpik Beijing, empat tahun lepas. - Bernama

P/S :Tidak mengapalah kerana Datuk Lee Chong wei telah menunjukkan semangat juang yang begitu tinggi......Chong wei kecewa lagi ditangan Lin dan

Friday

Leuniey ‘diburu’ produser

KOTA BHARU: Usahawan dan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey yang namanya menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, Februari lalu, mengakui berdepan dilema sama ada mahu bergelar pelakon selepas ‘diburu’ produser yang menawarkannya berlakon.

Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang disifatkan bertuah oleh banyak pihak kerana kini semakin dikenali selepas terpilih menjadi model untuk klip video iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, sudah mendapat tawaran berlakon daripada produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan produser Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Menurut Leuniey, dua produser terkenal itu menawarkan sendiri peluang untuk dia berlakon baru-baru ini, tetapi terpaksa ditolak buat sementara waktu.
“Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan.

Thursday

Harimau Malaya jatuh ke tangga 154

  Keputusan kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini menyebabkan kedudukan mereka dalam peta bola sepak dunia kembali merosot.

Menurut ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal itu turun satu anak tangga untuk berada di tempat ke-154 dunia berbanding 153 bulan lepas.
  
Kedudukan itu merupakan pencapaian terburuk skuad bola sepak negara selepas menghuni kedudukan ke-148 pada Januari, 150 pada Februari, 152 pada Mac.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (155) dan Samoa (156), yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.
  
Di kalangan Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima, di belakang Vietnam (98), Thailand (136), Filipina (149) dan Indonesia (151).
  
Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia kekal di kedudukan ke-27 daripada 46 negara.
  
Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,456 mata.
  
Pasukan Amerika Selatan, Uruguay, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga merampas tempat kedua daripada Jerman selepas mengumpul 1,292 mata, berkelebihan empat mata.
  
Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 negara. - Bernama

Friday

'Harimau Malaya ada ramuan terbaik lawan Filipina'

JURULATIH pasukan kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyarankan anak buahnya agar bermain dengan baik dan memenangi perlawanan persahabatan menentang Filipina di Stadium Shah Alam, esok.

"Apa yang bermain di fikiran saya sekarang ini ialah untuk pasukan saya bermain dengan baik dan menang malam esok.

"Kami sudah merangka perancangan dan saya sudah mengkaji kelemahan Filipina," jelas beliau kepada pemberita di Wisma FAM disini.

"Saya sudah mengkaji permainan mereka dan mempunyai ramuan terbaik berdasarkan pengalaman pernah beraksi menentang mereka pada bulan Febuari lalu di Manila," katanya lagi.

"Saya berharap pemain-pemain ini bebas dari kecederaan ketika menentang Filipina memandangkan kita masih memiliki dua perlawanan persahabatan menentang Singapura pada Jun ini.

"Sudah tentu kita mahukan kemenangan dan mungkin ada kejutan dengan barisan utama yang akan diturunkan terutama membabitkan pemain-pemain Terengganu dan Kelantan.

"Kami berazam untuk memberikan aksi yang terbaik dengan mempamerkan corak permainan yang pantas dan agresif nanti selain berharap dapat menjaringkan gol awal ketika menentang Filipina," jelas beliau.

Pengendali Harimau Malaya itu juga sudah bersedia yang untuk membuat terbaik untuk menghalang mereka.

"Saya sudah memberitahu para pemain supaya jangan hilang fokus dalam setiap minit. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku," kata Rajagobal.

Beliau juga yakin dengan kekuatan pemain tengah, yang diketuai Kapten Safiq Rahim, akan memberikan aksi yang terbaik dan mencapai keputusan yang positif.

Sementara itu bagi pengendali Filipina, Hans Michael Weiss memberitahu mereka berharap untuk mencatat keputusan yang baik malam esok.

"Kami memandang ke hadapan untuk menentang pasukan Malaysia yang merupakan antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Ia merupakan perlawanan yang sungguh mencabar," katanya.

Jurulatih yang berasal dari Jerman itu berkata mereka akan berhati-hati dengan muslihat Harimau Malaya malam esok.

"Kami harus berwaspada dengan ancaman mereka. Ia bergantung kepada melalui strategi kami. Saya harap boleh menang malam esok," jelas beliau.

Sumber :Sinar

Tuesday

Skandal rasuah kembali

BERBAKI kurang 10 perlawanan dalam saingan Liga 2012, negara sekali lagi digemparkan dengan insiden 'jijik' bola sepak tempatan melibatkan rasuah yang kali ini membabitkan pengadil perlawanan.

Enggan menuding jari mana-mana pihak, ia turut pernah membelenggu pemain negara pada tahun lalu membabitkan pasukan Piala Presiden, Negeri Sembilan dan T-Team yang digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dengan skandal rasuah.

Namun apa yang lebih mengejutkan kini, sebuah pasukan bola sepak negeri di utara Semenanjung berkemungkinan mengalami mimpi ngeri sama apabila dilihat dengan sengaja tewas dalam perlawanan meskipun dibarisi pemain yang pernah beraksi di pentas antarabangsa.

Gaji Nazmi sebulan RM300,000

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Sumber : Sinar

Friday

Piala AFC: Penyokong Punya Hal

SEBARANG hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan insiden segelintir penyokong yang bertindak agresif akan memberi imej buruk kepada  The Red Warriors dalam dunia bola sepak tempatan, kata Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid.

Beliau yang kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir bukan atas semangat kesukanan dengan melakukan sesuatu menyalahi undang-undang hanya mencemari imej persatuan dan nama baik Kelantan selaku gergasi bola sepak Malaysia.

"Saya kesal dengan kejadian ini kerana kejayaan layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepatutnya diraikan dengan penuh kemegahan tetapi ia dicemari tindakan segelintir penyokong yang tidak berdisiplin.

"Kita bangga mempunyai ramai penyokong namun apabila segelintir penyokong tidak berdisiplin, ia memberi masalah kepada seluruh penyokong dan pasukan dimana bukan sahaja dikenakan denda malah nama baik Kelantan yang kini melonjak naik turut akan tercemar," kata Khairi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  mengenai nasib Kafa yang dilaporkan bakal menerima hukuman denda berjumlah AS$5,000 (RM15,773) untuk setiap kesalahan berikutan segelintir penyokong The Red Warriors yang bertindak membakar mercun, selain membaling objek seperti bekas minuman didalam stadium ketika perlawanan Piala AFC antara Kelantan dan Terengganu, kelmarin.

Demi menjaga nama baik Kelantan, Khairi berharap peminat-peminat The Red Warriors mampu mengawal emosi setiap kali pasukan beraksi di atas padang walaupun ada kalanya keputusan perlawanan tidak memihak kepada pasukan.

"Saya harap insiden seumpama ini tidak berulang. Tidak mereka meraikan kemenangan itu tapi ada batasnya. Seharusnya mereka meraikan dengan cara yang selamat dan tidak memberi kesan kepada persatuan," tegas Khairi.

Saturday

Keputusan Final Piala FA 2012 Kelantan VS Sime Darby


Malam ini adalah malam yang di tunggu oleh semua Penyokong dan Rakyat kelantan bagi melihat sama ada piala yang di idam kan oelh mereka dapat ke Kelantan atau tidak. Diatas kertas Kelantan adalah Gergasi yang sukar untuk dijinakkan. Namun Bola dalah bulat dan keputusan diatas padang adalah penentu segalanya...

Sime Darby telah menjinak kan Gergasi Terengganu di Tempat nya sendiri. Tidak Mustahil Sime Darby boleh menghancurkan hasrat kelantan walaupun dibantu oleh ber ratus ribu penyokong. Kita nantikan keputusannya Malam ini jam 8.40pn di astro arena dan RTM..

Nantikan keputusan malam ini.....

Piala baru.....
Pasukan baru.....
Juara baru......

Malam ini akan menyaksikan satu sejarah bola sepak akan berlaku di negara kita.....

Siapakah Perasmi Piala FA yang baru ini?.....

Thursday

Aidil Zafuan dan Rita Rudaini BERCERAI?

“Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di mahkamah semalam (kelmarin). Saya juga sudah beritahu dia (Rita Rudaini) mengenai perkara itu dan serahkan kepada peguam untuk menguruskannya,” kata Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24.

Kemelut rumah tangga pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dengan pemain bola sepak kebangsaan itu berterusan apabila Aidil tampil memfailkan permohonan cerai melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, kelmarin.


Mohd Aidil Zafuan yang kini bermain dengan pasukan tentera mengesahkan dia sudah memaklumkan perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Menurutnya, tindakan memfailkan permohonan cerai itu terpaksa dilakukan sebagai jalan penyelesaian kemelut rumah tangganya yang sudah sekian lama hingga menjadi perhatian ramai walaupun mengakui ia bukan diinginkannya.


Aidil bagaimanapun enggan mengulas lanjut, namun pantas menafikan dia tidak mempedulikan keluarga serta soal nafkah, termasuk makan minum terutama kepada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 1.

Sumebr : Metro

Tuesday

Sah Safee Bercerai

Mengapakah pekara ini terjadi? apakah sebabnya ?

Surat khabar Utusan Malaysia baru sahaja melaporkan bahawa safee sali SAH bercerai dengan isterinya secara rasmi. Safee sali telah melafazkan Cerai terhadap isterinya Sabrina Yusof dihadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

The Star juga ada menyebut yang punca penceraian tidak di ketahui dan peguam mewakili Sabrina Yusof berkata keputusan bercerai ini telah di ambil secara sukarela dan sebarang tuntutan akan di laksanakan secara bersepakat.

Kita nantikan berita selajutnya mengapakah pekara ini terjadi.

Monday

Pejabat Apex disimbah cat, dipercayai angkara khianat

KOTA BHARU - Belum pun reda kontroversi yang melanda penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, selepas dikatakan menjadi punca putusnya pertunangan seorang gadis, semalam pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd pula disimbah cat dipercayai perbuatan khianat.

Pengurusnya, Syed Ahmad Syed Mohd Yusof berkata, beliau mengetahui tentang kejadian berkenaan setelah dimaklumkan pekerjanya yang tiba di pejabat pagi semalam, sebelum mendapati pejabat yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, di sini disimbah cat hitam.

“Ini merupakan kejadian ketiga pejabat KFR disimbah cat berwarna hitam. Ketiga-tiga kejadian berlaku dalam bulan ini iaitu pada 5, 10, dan 12 Februari.

“Kami tidak tahu angkara siapa dan apa sebenarnya motif di sebalik semua ini,” katanya yang masih terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat berkenaan dipenuhi tompokan cat hitam.

Menurutnya, beliau percayai kejadian tersebut berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi kerana ketika itu suasana di kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.

“Apex (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini, jika sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi dalam kejadian semalam, kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan dalangnya,” katanya.

Syed Ahmad berkata, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi, 23, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

“Saya dan Apex telah membuat laporan polis dan kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu menyelesaikan kes ini,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun kini apa yang lebih membimbangkan ialah keselamatan Khairul Fahmi.

“Bila berlaku kejadian macam ni, Apex turut bimbang, manalah tahu dia pula yang dicederakan selepas ini, sebab itulah kami membuat laporan polis, tetapi rasanya tak ada masalah sebab Apex sekarang sudah ada pengawal peribadi yang sentiasa mengiringi pergerakannya,” katanya.

Sementara itu, Apex yang juga penjaga gol terbaik Asia, menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, dia akan memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi memudahkan urusan sepanjang siasatan dijalankan.

“Saya tak nak komen apa-apa berhubung kes ini, dan semuanya saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Sumber : sinar

Tuesday

Penjelasan Awek Khairul Fahmi Che Mat

KOTA BHARU: Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.
PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan Noor Laila tampil memberi penjelasan 

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.
“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.

“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.
Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.

Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.

Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.

Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.

Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.

Sumber : Metro

Monday

Khairul Fahmi pasang pengawal peribadi

KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.
Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

“Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apek keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalaysia.org atau mendapat maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.

“Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya anak jati Kelantan ini tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif,” katanya

Sumber : Berita

Malaysia boleh lupa hasrat ke Olimpik London

KUALA LUMPUR - Malaysia sudah boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik di London Julai ini selepas kalah 1-2 kepada Bahrain pada perlawanan keempat pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Kebangsaan Bahrain di Manama, malam tadi.

Kekalahan itu merupakan kekalahan keempat skuad kendalian Ong Kim Swee itu selepas tunduk 2-3 kepada lawan sama pada perlawanan ketiga 27 November lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan sebelum itu mereka juga mengalami kekalahan masing-masing kepada Jepun dan Syria dengan jaringan 0-2.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Olimpik negara dikejutkan dengan jaringan penyerang tuan rumah Husain Hashem Mohamed Al Alawi pada minit ke-26 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Malaysia bangkit pada babk kedua untuk menyamakan keduduk menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-84 selepas menerima hantaran cantik daripada Wan Zack Haikal Wan Noor. 

Tersentak dengan gol tersebut, pengendali sementara Bahrain Peter Taylor membuat pertukaran tiga pemain dan hasilnya pemain tengah tuan rumah Husain A.

Jalil Khalil Al Farhan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Bahrain pada minit ke-89. 

Kemenangan tersebut membolehkan Bahrain mengumpul enam mata untuk mengekalkan kedudukan ketiga kumpulan manakala skuad negara terus menduduki tangga tercorot tanpa mengutip mata selepas empat perlawanan.

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada 22 Februari ini sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Syria pada 14 Mac ini di laman lawan.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Syria mengatasi  Jepun, 2-1 di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah di Amman, Jordan.

Gol Syria dijaringkan oleh Mohamad Ahmad Fares pada minit ke-18 dan Ahmad Al-Salih pada minit ke-90 manakala gol saguhati Jepun dijaringkan oleh Kensuke Nagai pada minit ke-45.

Kemenangan tersebut membolehkan Syria merampas kedudukan pendahulu daripada Jepun dengan mengumpul sembilan mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan. - Bernama

KFR nafi Apex perampas

KOTA BHARU- Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd menolak dakwaan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex perampas tunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di sini.

Pengarah Urusannya, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali kerana Apek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gadis terbabit iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey.

Menurutnya, tuduhan tersebut adalah salah faham dan Apex tidak ada kaitan dengan isu putus tunang antara Leuniey dan pasangannya, malah Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pemain itu.

“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,” katanya dipetik dari portal detikperubahan.com di sini, semalam.

Mohd Irwan Azni, yang juga kontraktor rumah Apex merupakan bapa saudara kepada Leuniey, mengakui hubungan rapatnya dengan penjaga gawang terbaik Asia itu. Namun menafikan anak saudaranya itu menjalin hubungan cinta dengannya.

Mengulas kontroversi itu, Mohd Irwan Azni berkata, ia bermula apabila beliau membawa Apex ke rumah Leuniey untuk mengambil anaknya, Disember lalu.

“Saya hantar anak ke rumah abang ipar, dan sewaktu mengambilnya saya bawa Apex bersama, anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang bergambar dengan Apex, sebelum gambar berkenaan dimuat turun dalam Facebook yang seterusnya
mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya, ketika gambar itu diambil Leuniey tidak ada di rumah kerana keluar mengandam pengantin, dan kami hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah ketika hendak pulang.

Mohd Irwan Azni berkata, kontroversi berkenaan semakin panas apabila abang iparnya, Nazri, yang juga ayah Leuniey, dipanggil ke rumah Apex untuk membincangkan urusan perniagaan kerana Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat baru Apex.

“Kunjungan Nazri itu disalahertikan pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu hujung pangkalnya,” katanya yang terus menegaskan, soal hubungan Apex dengan Leuniey tidak timbul kerana mereka berdua tidak pernah bercakap atau keluar bersama.

Beliau berkata, tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apex selama ini, dan harap isu berkenaan akan menjatuhkan pemain bola sepak berkenaan.

“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan. Bagaimanapun saya berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah itu segera menghentikannya sebelum sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini,”
katanya yang mengakui keakrabannya bukan sahaja dengan Apex tetapi juga ahli keluarga ikon sukan negara itu.

Menurutnya, beliau kesal dengan berita ini kerana keluarga abang iparnya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apex dan hanya berhubung disebabkan urusan kerja.

Sementara itu, Apex yang berada di Bahrain untuk aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Manama, melalui khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan menyatakan isu berkenaan tidak sedikit pun menggugat semangat dan keyakinan beliau untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, bapa Apex, Che Mat Hussin 60, kesal dengan tindakan penyebar fitnah dalam satu laman twitter yang mengatakan anaknya merupakan punca utama Leuniey putus tunang.

“Saya terkejut apabila membaca laporan dalam sebuah akhbar tempatan yang mengatakan anak saya punca utama gadis itu putus tunang.

“Berita ini memang memberi tekanan bukan sahaja kepada dia sendiri malah saya dan keluarga turut merasainya,” katanya.

Che Mat berkata, dia berasa pelik dengan berita seumpama itu yang sering kali menjadi bualan dan topik hangat apabila anaknya ingin beraksi pada perlawanan penting.

“Dia perlu konsentrasi untuk fokus dalam perlawanan dan tidak boleh diganggu dengan cerita seumpama ini kerana ia akan menggugat prestasinya.

“Saya kenal dengan anak saya dan tahu tingkah lakunya lagipun dia seorang yang mendengar kata dan yakin dia tidak terlibat dalam situasi ini,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, dia yakin ada pihak yang ingin menjatuhkan karier anaknya yang mula mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air.

“Apa yang saya harapkan agar dia (Apex) selamat berada di Bahrain bagi menentang pasukan terbabit untuk sesi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia.

“Risau juga dengan keadaannya di sana namun saya doakan agar dia bermain dengan baik dan semoga penyokong akan sentiasa memberikan sokongan padu untuknya serta pasukan Malaysia dalam perlawanan itu,” katanya semalam.

Sumber : Sinar

Sunday

Live Streaming Malaysia VS Bahrain



Perlawanan Hidup atau mati ini dapat anda saksikan pada jam 11.15pm waktu malaysia.
Adakah Malaysia dapat mencuri 3 mata penuh di tempat lawan?
Adakah igauan di malukan di gelanggang sendiri akan berulang?
Mari kita ramai-ramai saksikan perlawanan ini dan memeberikan sokongan walau apa pun yang berlaku...

Perlawanan ini dapat anda saksikan secara langsung di RTM 1 dan Astro Arena 801.


LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 5 FEBRUARI 2012



Saturday

Tak putus fitnah Apek

KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila didakwa sebagai punca terputusnya ikatan pertunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di negeri ini yang hanya bertahan selama 28 hari.

Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi.


Dakwaan itu kemudian dipetik di beberapa laman blog hiburan, semalam.

Wartawan Harian Metro yang mendapatkan penjelasan daripada bekas tunang Leuniey semalam mengesahkan hubungan mereka berakhir pada 14 Januari lalu selepas bertunang pada 16 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, dia enggan namanya disiarkan, namun mengakui dia anak seorang usahawan terkenal di negeri ini. 

Sumber : Metro

Friday

Alasan "Apek"

KELIBAT penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya kelihatan pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, petang semalam selepas gagal melaporkan diri tanpa sebarang alasan bersama skuad Olimpik negara kelmarin sehingga menimbulkan keresahan pengendalinya, Ong Kim Swee.

Kapten skuad Olimpik negara itu tampil bersemangat menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan lain sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama pada Ahad depan.

Ketika ditanya punca sebenar kegagalannya untuk melaporkan diri, Khairul Fahmi menjelaskan mungkin berlaku kesilapan komunikasi antara dirinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan FAM sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.

“Surat (melapor diri) sampai, namun mungkin terdapat kekeliruan mengenai tarikh sebenar saya perlu menghadirkan diri, sama ada sebelum aksi Liga Super (menentang Kuala Lumpur pada Sabtu) atau selepas itu dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas dengan lebih lanjut kesilapan komunikasi itu.

 “Saya mendapat pelepasan tengah hari tadi (semalam). Apa yang penting adalah saya sudah hadir di sini dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terus memberikan fokus untuk aksi ini (menentang Bahrain),” katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus menabur bakti kepada skuad negara serta pasukan diwakilinya, Kelantan.

“Saya hormati kontrak bersama Kelantan selain tugas besar untuk negara yang perlu digalas,” katanya yang dijangka pulang ke Kelantan hari ini bagi membantu Red Warriors menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super sebelum kembali ke pangkuan skuad Olimpik.

Khidmat Khairul Fahmi amat ditagih skuad Olimpik negara dan Kelantan selain skuad senior berikutan ketangkasannya mengawal gawang negara sehingga menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011.

Sumber : Metro

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor