Translator

Showing posts with label Sukan Dunia. Show all posts
Showing posts with label Sukan Dunia. Show all posts

Sunday

Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris



BERIKUT keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi (waktu Malaysia).

Bolton (2) - QPR (1)

Aston Villa (1) Fulham (0)

Chelsea (1) Stoke (0)

Sunderland (1) Liverpool (0)

Wolves (0) Blackburn (2)

Saturday

Terry digugur jawatan kapten skuad England

LONDON - John Terry digugurkan daripada jawatan ketua pasukan bola sepak, demikian menurut Persatuan Bola Sepak (FA) negara itu.

Bintang Chelsea berusia 31 tahun itu telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi FA, David Bernstein menerusi panggilan telefon.

Terry dijadual berhadapan dengan perbicaraan pada Julai ini berhubing dakwaan mengeluarkan kata-kata rasis selepas satu insiden membabitkan pemain  QPR, Anton Ferdinand.

Dalam kenyataannya, FA berkata, Terry tidak akan mengetuai pasukan England sehingga dakwaan-dakwaan ke atasnya selesai.

Ia menambah: "Lembaga FA perbicaraan berharap kes akan selesai sebelum Kejohanan Eropah."

Terry didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Ferdinand semasa perlawanan tahun lalu.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, yang membawa kepada siasatan polis. 

Kes itu didengar di Mahkamah Majistret London Barat.

Sumber : Sinar

Friday

PROFIL : ROBERTO MANCINI VS SIR ALEX FERGUSON



PROFIL ROBERTO MANCINI:

Tarikh lahir: 27 November 1964 (47 tahun)
Tempat lahir: Jesi, Ancona, Itali

Kejayaan sebagai pemain: Sampdoria dan Lazio (2) Serie A, Coppa Italia (6), Supercoppa (2), Piala Pemenang Piala (2), Piala Super UEFA - Lazio (1)
Tempat ketiga Piala Dunia 1990 (Itali)

Kejayaan sebagai pengurus: Serie A (3), Coppa Italia (4), Supercoppa (2), Piala FA (1)

Mancini menang 14 trofi sebagai pemain dan menang 10 trofi untuk dua negara sebagai pengurus.

PROFIL SIR ALEX FERGUSON:

Tarikh lahir: 31 Disember 1941 (70 tahun)
Tempat lahir: Glasgow, Scotland

Kejayaan sebagai pemain: St. Johnstone dan Falkirk (2) Divisyen 2 Liga Scotland

Kejayaan sebagai pengurus: St. Mirren - (1) Divisyen Pertama Scotland;
Aberdeen - Divisyen Perdana Scotland (3), Piala Scotland (4), Piala Liga Scotland (1), Piala Pemenang Piala UEFA (1), Piala Super UEFA (1)
Manchester United - Liga Perdana Inggeris (12), Piala FA (5), Piala Liga (4), Perisai Sumbangsih/Komuniti FA (10), Liga Juara-Juara (2), Piala Pemenang Piala (1), Piala Super UEFA (1), Piala Intercontinental (1), Piala Dunia Kelab (1)

Sir Alex Ferguson menang 2 trofi sebagai pemain dan 48 lagi ketiga bergelar pengurus di England dan Scotland, menjadikannya pengurus bola sepak Britain paling berjaya dalam sejarah.

Thursday

Henry yakin dengan Arsenal

THIERRY Henry percaya Arsenal mampu tergolong di dalam empat pasukan teratas pada akhir musim ini dan seterusnya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

"Sudah tentu kami mahu layak ke Liga Juara-Juara Eropah, cabaran untuk tergolong di empat pasukan teratas agak sukar sekarang. Tetapi saya fikir Arsenal mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya jika kita lihat kebangkitan pasukan ini di awal musim." kata pemain berusia 34 tahun itu.

Henry dipinjam dari New York Red Bulls sehingga 16 Februari ini tetapi beliau dikatakan mahu memanjangkan tempoh pinjaman selama 10 hari lagi bagi membantu Arsenal menentang Tottenham Hotspurs dan AC Milan dalam perlawanan pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah.

"Perlu diingat, saya adalah pemain Red Bulls. Semua ini terletak kepada keputusan pengurus tentang berapa lama saya akan berada di sini. Tetapi impian saya adalah untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah dan bermain menentang Tottenham." katanya.

Di dalam perlawanan pertamanya menentang Leeds kelmarin, beliau telah menjaringkan gol kemenangan dengan keputusan berakhir 1-0.

Sumber : Sinar

Saturday

Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
 
 
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
 
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.
 
Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
 
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.
 
Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.
 
Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.
 
 Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)
 
Sumber : Sinar

Tahniah.....
Diharap Nazmi akan menjadi Lagenda suatu hari nanti

Keputusan Malaysia VS Liverpool ( 3 - 6 )

Pertahanan kita terlalu longgar dan banyak kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan......Apa dah jadi? memang benar lah kita bukan lawan kepada Kelab dari Eropah ini..Namun kita boleh berbangga dengan 3 gol yang dihasilkan...Go Malaysia.....Go Malaysia....


 Full Highlight malaysia VS liverpool







Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor