Translator

Showing posts with label Kongsi Tips. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Tips. Show all posts

Wednesday

Waspada di luar rumah

KUALA LUMPUR: Golongan wanita diminta lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah kerana pelaku seks berada di mana saja terutama di kawasan sunyi dan gelap.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pelaku seks ada kaitan dengan sakit mental atau ketagihan seks dan mereka cenderung melakukan gangguan seksual dan jenayah rogol di mana saja jika berpeluang.

Katanya, pelaku seks mungkin sudah memerhatikan pergerakan mangsa sebelum menyerang dan merogol atau menunggu sesiapa saja yang datang menghampirinya, serta mengambil peluang itu untuk merogol mangsa.
“Antara kaedah meningkatkan keselamatan dengan mempelajari kemahiran mempertahankan diri, membawa senjata seperti penyembur lada atau objek lain yang boleh melindungi.

“Biarpun kaedah itu tidak seratus peratus menghalang berlaku jenayah, tetapi dapat membantu ketika berada dalam bahaya. Wanita juga diingatkan tidak berseorangan terutama di kawasan berisiko berlaku jenayah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas kejadian cubaan rogol yang berlaku di sebuah pawagam mini di Kuching, Sarawak, kelmarin.
Dalam kejadian itu, seorang wanita nekad mempertahankan kesuciannya daripada diragut walaupun dalam keadaan separuh sedar selepas disuntik ubat pelali sebanyak dua kali oleh seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Suntikan itu menyebabkan mangsa menggigil dan separuh sedar, namun tetap menguatkan tenaga untuk melawan suspek yang masih berusaha merogolnya. Sementara itu, Pegawai Kanan Program Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Lee Wei San, berkata isu keganasan terhadap wanita tidak pernah selesai, malah pada tahun lalu, 3,595 kes rogol, 3173 dera dan 2054 gangguan seksual dilaporkan.
“Biarpun banyak undang-undang dibuat untuk melindungi wanita termasuk peruntukan mengikut Akta 1994, Kanun Keseksaan dan Keganasan Rumah Tangga, namun keganasan terhadap kaum itu terus berlaku.

“Ini mungkin disebabkan pengawasan undang-undang yang kurang di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah. Kaedah baru dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat perlu diperkenalkan bagi memastikan keganasan terhadap wanita dapat dihapuskan,” katanya.

Sumber : metro

Friday

Apabila suami rasa terpinggir ...

Sungguh, saya berasa sangat tidak comel pada petang itu apabila terjebak dalam perbincangan kaum bapa yang mengaku cemburu kepada isteri masing-masing.

Tidak, ini tidak ada kaitan dengan isu main kayu tiga sebaliknya bapa-bapa berkenaan mengaku cemburu akan anak sendiri. Meskipun bernada picisan namun mungkin ada yang boleh direnungi oleh para isteri, untuk lebih memahami suami mereka daripada pengakuan yang tidak comel itu.

Bermulanya pengkisahan itu apabila seorang kawan bercerita bagaimana dia rasa tersisih apabila selepas mendapat anak pertama, dia tidak dipedulikan lagi oleh isterinya.

"Nik Aziz Suka Tidur Atas Riba"

KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.
“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.

Sumber : Metro

Wednesday

Tip penjagaan kereta

BAYANGKAN dalam cuaca hujan dan jalan licin, anda menghadapi masalah brek, pasti mengundang risiko kemalangan.

Walaupun agak remeh, fungsi brek amat penting kepada sesebuah kenderaan dan perlu diberi perhatian.

Kebanyakan kenderaan kini dipadankan cakera brek pada keempat-empat tayar, tetapi masih ada yang menggunakan sepasang saja seperti kenderaan bersesaran kurang 1,300 cc.

Tidak kira jenis sistem brek yang digunakan, pemilik kenderaan perlulah memberi perhatian lebih sebelum berlaku risiko kemalangan jika berlaku kerosakan.


Sistem itu perlu diselenggara jika terhidu bau hangit dari satu daripada empat tayar, brek tidak anjal menyebabkan kenderaan berhenti jauh daripada jangkaan dan bunyi geseran yang bising ketika membrek.

Selain itu, pelapik brek perlukah ditukar baru bagi kedua-dua belah jika ketebalannya kurang daripada 3 milimeter (mm) atau terdapat kotoran minyak pelincir.

Jika menggunakan pelapik brek yang haus atau tidak setara, ia boleh menyebabkan kenderaan membuang sebaik saja dibrek secara mengejut.

Ketika proses menukar pelapik brek, pastikan produk asli atau daripada jenama ternama bagi memberi kesan terbaik.

Jika rosak, cakera brek itu perlu melakukan proses melicinkannya semula kerana permukaannya tercalar dan kasar serta boleh menyebabkan pelapik brek tidak tahan lama.

Sementara itu, bendalir brek perlu ditambah dari setiap masa kerana tanpanya brek tidak berfungsi dengan sempurna.

Kebocoran pada sistem brek hendaklah diperbetulkan segera kerana ia akan mengotori enjin, malah boleh menyebabkan sistem itu kurang berfungsi.

Artikel Menarik :
Belajar penggunaan Kamera Anda
Tips memandu sambil menjimatkan minyak
Panduan seks supaya tidak bosan

Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal

BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.

Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau catatan fakta.

Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.



Justeru, cara hafalan yang betul ialah:


  • Menggunakan gambar sebagai memori

    Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

    Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.

    Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.




  • Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.

    Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.




  • Mula belajar sejak awal.

    Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.




  • Mengulang kaji sedikit-sedikit.

    Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.




  • Buat nota ringkas.

    Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji.

  • Friday

    Petua mengenal lelaki subur

    Patutlah ketika mengadap teh tarik pagi itu, kawan baik saya, Li Itik bukan main gembira lagi. Suaranya yang seperti bunyi itik serati waktu pagi, berkeriau bercerita itu ini.

    Sambil bercerita, dia menunjuk-nunjuk laporan dalam surat khabar, bahawa lelaki bersuara halus benihnya lebih subur berbanding lelaki bersuara garau. Patutlah Li Itik seronok dan bangga sangat nampaknya.

    Ini kerana dilaporkan dalam surat khabar hari itu, kajian sekumpulan pakar di sebuah universiti di Australia mendapati lelaki yang bersuara garau memiliki sperma yang kurang subur.

    Sebaliknya, mereka yang bersuara halus seperti Li Itik, benihnya lebih sihat malah lebih handal untuk berenang sama ada gaya bebas ataupun kuak lentang menuju garisan penamat.

    Laporan ini sekali gus membunuh rasa syok sendiri majoriti lelaki bersuara garau - termasuk saya - yang selama ini mati-mati menyangka suara kami sudah cukup maskulin dan memenuhi ciri-ciri kejantanan sejati.

    Malah wanita juga diyakini lebih menyukai lelaki bersuara garau berbanding suara yang boleh membuat mereka keliru dengan bunyi itik serati seperti kawan saya itu.

    Tetapi apa yang didedahkan kajian dari Australia itu adalah sebaliknya. Mereka yang bersuara halus sebenarnya lebih bertuah. Orang seperti Li Itik sudah tentu akan mempercayai seratus peratus tanpa sedikit pun keraguan pada kebenaran laporan itu.

    Namun jika sebaliknya ditanya kepada para jantan bersuara garau, sudah tentu 1,001 alasan diberi untuk menafikannya. Walau apa pun, dengan hanya Li Itik sendiri sebagai petunjuk, saya sendiri cenderung untuk mempercayai laporan itu benar.

    Masakan tidak, dalam usia baru menjangkau 34 tahun, anaknya sudah enam - bilangan anak yang banyak bagi orang sekarang. Malah dia juga ada sepasang kembar. Malah saya percaya potensi untuk Li Itik menambah anak - apabila memikir hal ini, saya terbayang melihat itik yang berjalan sederet di batas bendang pada waktu petang - masih teramat cerah.

    Jadi, mungkin benarlah kajian itu bahawa lelaki bersuara halus, benihnya subur. Sebab apa subur? Menurut laporan itu lagi, suara garau, bentuk badan yang berciri maskulin, tingkah laku yang dominan dan banyaknya bulu di badan, ada kaitan dengan kandungan tinggi hormon testosteron.

    Lalu apabila hormon testosteron berada pada tahap kandungan yang tinggi, ia mengganggu penghasilan sperma. Maka, terjejaslah kesuburan seseorang lelaki.

    Jadi, pilihlah... mahu suara yang garau atau benih yang subur? Saya tiba-tiba teringat, seorang Tan Sri pernah bercerita kepada saya mengenai kawannya yang punya anak ramai.

    Apabila ditanya bagaimana dia boleh ada anak yang begitu ramai, kata kawan Tan Sri itu, puncanya kerana benih yang subur.

    “Kerana terlalu subur kata dia, isterinya boleh mengandung hanya dengan dia campak seluarnya ke atas kelambu isterinya,” kata Tan Sri itu sambil ketawa. Seorang kawan saya pula, Adam namanya, bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang tokoh korporat.

    Di tempat tinggalnya di pinggir bandar Petaling Jaya, dia aktif sebagai anggota Rela. Dalam usia menjelang 40, anaknya sudah sembilan. Kerana kerja dan juga aktiviti Relanya, Adam memang jarang-jarang berada di rumah.

    Kerana itu, ramai orang hairan bagaimana dia boleh punya anak yang begitu ramai.

    “Petuanya senang saja,” kata Adam. “Di rumah, guna kipas meja... bukan kipas siling atau kipas yang ada tiang panjang. Kipas itu pula, letak di hujung kaki isteri semasa dia tidur dan pasangkan nombor tiga selalu. Tak kiralah pukul berapa pun aku balik ....,” katanya sambil terkekeh-kekeh ketawa hingga terhinggut-hinggut perut besarnya.

    Sumber : sinar

    Sunday

    Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama

    Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin ‘senja’.

    Masih banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan ‘kehangatan malam pertama’. Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan.

    Segarkan ‘Keinginan’ Dengan Rehat Yang Cukup
    Usah bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang. Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk memikirkan ‘aksi-aksi’ yang bakal dipraktikkan bersama pasangan.

    Berfantasi Sebelum Berhubungan
    Gunakan sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang bermain di fikiran tetapi sekiranya anda ‘bijak’ menukar imaginasi kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan.

    Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif
    Jangan sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan ‘persembahan’ yang anda berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap berlangsung seperti yang diharapkan.

    Tambah Potensi Diri
    Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah ‘potensi’ diri menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu, jangan tergesa-gesa menamatkan ‘aksi’ yang baru sahaja hendak bermula. Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah sampai ke ‘kemuncaknya’ barulah ‘tugas’ dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

    Sumber : Mingguan Wanita

    Teknik Agar Seks Lebih Asyik

    Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan.

    Walhal teknik inilah yang perlu dititik beratkan. Tapi apabila bercakap tentang teknik jangan hanya ingat tentang posisi seks saja, ada perkara yang lagi yang berkaitan. Antaranya seperti teknik ucapan, sentuhan selain pemanasan yang semuanya membawa kepada hubungan intim yang menarik.

    Ucapkan Dengan Cinta

    Harus diingat bahawa komunikasi yang baik berlaku secara dua hala. Kerana itu, ungkapan penuh perasaan cinta dan sayang hendaklah dilakukan dengan telus dan terbuka. Hilangkan rasa malu pada pasangan dan anggaplah bahawa anda adalah sebahagian dari hidupnya. Katakan apa yang kalian inginkan dan berbincanglah dari hati ke hati. Renungi wajahnya dan tanyalah dengan lembut sama ada pasangan dirundung masalah. Sekali-sekala, belailah rambutnya dan ramas tangannya perlahan-lahan bagi membuktikan keikhlasan. Tentu pasangan berasa selesa dan ‘bersedia’ untuk beraksi dengan anda setelah merasai betapa prihatinnya anda padanya.

    Ekspresikan Ciuman Dari Hati

    Ciuman? Ia biasa dilakukan sama ada ingin ke tempat kerja atau melelapkan mata di kamar peraduan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah ciuman yang mendalam dan terkesan di ingatan? Mungkinkah ia juga kerap dipraktikkan?

    Tahukah anda bahawa ciuman sedemikian mampu mengikis perasaan ‘badmood’ sekali gus menaikkan nafsu ghairahnya. Hadiahkan ciuman yang paling menggoda dan berbisa hinggakan pasangan terlupa bahawa sebentar tadi dia sebenarnya dirundung masalah yang membebankan kepala.

    Pentingnya Pemanasan Dalam Hubungan

    Malas melakukan pemanasan atau ‘foreplay’? Janganlah begitu kerana itulah ‘kunci’ keasyikan yang bakal ditemui sebaik anda mula berasmara. Cubalah usahakan perlahan-lahan, apatah lagi sekiranya pasangan anda menginginkan.

    Susuli dengan sentuhan-sentuhan lembut di bahagian sensitifnya. Jika perlu, selang-seli dengan gerakan erotis bagi menaikkan keinginannya. Suasana pastinya lebih romantik dengan irama lagu serta pencahayaan yang remang-remang. Tentunya ia akan menaikkan gelora cinta kalian berdua.

    Cetuskan Perubahan Dan Berfikirlah Lebih Kreatif

    Bagi menghindarkan perasaan jemu dan bosan, usahakan untuk satu perubahan. Mungkin anda perlu luangkan lebih banyak waktu intim berdua seperti mengatur makan malam yang ditemani cahaya lilin ataupun cukup di halaman rumah sahaja dengan simbahan cahaya rembulan.

    Segarkan ingatan bersama ketika menikmati bulan madu serta melayari ‘malam pertama’ yang cukup memberi makna. Kembalikan kehangatan pelukan dan ciuman tersebut ke kamar peraduan. Aplikasikan waktu bersama dengan mengembalikan memori cinta sewaktu mula mendirikan rumah tangga. Tentu ada sedikit kelainan berbanding asmara yang dilakukan sebelum-sebelumnya.

    Sumber : Mingguan Wanita

    Saturday

    Tips Takluk Wanita

    Menjalin hubungan cinta tidak semuanya manis belaka kerana akan ada onak ranjau yang perlu diharungi. Ada kalanya percintaan putus di tengah jalan kerana wujudnya pelbagai masalah seperti tiada persefahaman, berlaku curang dan sebagainya. Untuk lelaki, sedikit tip untuk anda dalam menakluki hati wanita.


    1. Jadilah pendengar setia
    Lazimnya ramai yang boleh bercakap dan menuturkan apa sahaja tidak kira perkara itu bernas ataupun tidak. Silap-silap ia dilihat seperti menceceh kerana tiada idea yang boleh digunakan. Dalam memenangi hati wanita, jadilah pendengar yang setia kerana wanita sangat memerlukan lelaki begini. Bila mereka ditimpa masalah, mereka mencari orang yang mampu menenangkan jiwa. Lontarkan sedikit idea hebat anda, nescaya anda adalah lelaki idaman mereka.

    2. Ingat Hari Penting
    Lelaki dikatakan seorang yang pelupa terutama melibatkan hari penting yang berlaku dalam kehidupan orang yang disayangi. Usahkan hari lahir kekasih, silap-silap hari lahir sendiri pun boleh terlupa. Jadi jangan hairan kalau hari pertemuan, hari nikah dah sebagainya sudah pasti terlupa. Justeru itu, dalam mengetepikan signifikan bahawa lelaki pelupa. Anda mestilah mencatat segala peristiwa penting yang berlaku dalam hidup anda berdua. Barulah anda terus disayangi.

    3. Saling Menghormati
    Bukan saja anda perlukan aspek hormat ini tetapi wanita juga begitu. Kalau anda mahu diri anda dihormati, anda juga perlu menghormati dirinya juga. Sebenarnya ia tidak susah kecuali anda yang mahu menyusahkan sesuatu perkara tersebut. 

    4. Jangan Terlalu
    bersikap kebudakbudakan Sama seperti anda yang tidak mahu mencari wanita yang bersikap kebudak-budakan, wanita juga mahukan perkara yang sama apatah lagi jika kala itu, usia mereka sudah memasuki 25 tahun ke atas. Ini kerana pada usia ini, bagi yang belajar sudah pun memperoleh ijazah dan mereka memerlukan lelaki yang matang dalam memasuki frasa perhubungan lebih serius iaitu perkahwinan. Jadilah lelaki yang matang di mata wanita dan andai anda jodohnya, nescaya anda akan menuju gerbang perkahwinan.

    5. Jadilah Diri Sendiri
    Ramai orang suka terikut-ikut dengan cara orang lain. Seolah-olah ia juga menjadi identiti mereka juga. Sebaik-baiknya jadilah diri sendiri, di mana wanita sebenarnya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung buat diri mereka. Lagi anda menunjukkan “sifat diri anda”, lagilah wanita akan tertarik.

    6. Bersikap Sederhana
    Biar papa asal bergaya. Ia sebahagian tabiat yang sukar dikikis baik lelaki mahu pun wanita. Mereka jarang mengukur kemampuan diri sendiri sebaliknya berbelanja melebihi pendapatan terutama yang menggunakan kad kredit. Untuk menjadi lelaki budiman, sebaikbaiknya bersikap sederhanalah dari segala aspek. Lagi anda merendah diri, lagi nilai anda akan lebih tinggi di mata wanita.

    7. Kenali Diri Wanita
    yang anda idamkan Mencari gadis yang baik tidak semudah membilang satu, dua atau tiga. Namun dalam mencari gadis idaman, anda perlu menilai diri anda juga. Anda tidak akan peroleh gadis yang baik kalau anda sendiri tidak berperangai begitu.
    Sebaik-baiknya, berkenal-kenalannya terlebih dahulu. Tetapkan matlamat anda, apa yang anda inginkan daripada perhubungan tersebut. Kemudian tetapkan ciri-ciri yang anda ingini. Kalau boleh bukan saja mengenali dirinya tetapi belajarlah juga mengenal ahli keluarganya. Insya-Allah, hubungan anda akan berjalan lancar. 

    8. Jaga Penampilan Diri
    Umumnya, jangan terlalu selekeh biar pun anda tidak dilahirkan sebagai lelaki kacak. Jaga kebersihan diri dan juga penampilan. Jika anda sukakan sesuatu yang cantik, wanita juga perlukan lelaki yang berpenampilan kemas dan segak. Rambut jangan dibiarkan terlalu panjang, begitu juga aspek kuku, bau badan dan sebagainya.

    9. Bersikap Sensitif
    Golongan wanita dikenali sebagai seorang yang mudah sensitif. Pantang ditegur sedikit, mulalah berkecil hati. Justeru itu, fahami sikap mereka barulah anda akan disayangi. Jika anda mencari wanita bersikap keibuan untuk dijadikan calon isteri, wanita juga mencari lelaki yang bersikap kebapaan untuk dijadikan calon suami. Bersikap lemah lembutlah dengan wanita kerana mereka dilahirkan sebegitu dan bukannya kasar seperti. Lagi pandai anda membelai dan menjaga hati mereka, lagilah anda akan dihargai.

    6 Panduan Buat Suami Isteri



    Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.

    Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.

    Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.

    1. Berupaya Galas Tanggungjawab
    Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
    Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

    2.Periksa Status Kewangan
    Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
    Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.

    3.Matang Membuat Keputusan
    Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
    Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.

    4. Dapatkan Restu Orang Tua
    Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.

    5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
    Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.

    6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
    Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

    Sumber: Mingguan Wanita

    Monday

    Tips Kebahagian : 5 Pekara Buruk Tidak Patut Dilakukan


    Untuk mengekalkan kebahagian dalam perhubungan  sebuah jalinan dan perkahwinan beberapa pekara harus di tinggalkan dan jangan di lakukan.Antaranya adalah :

    Cemburu Yang Berlebihan
    Sewaktu suami sedang berbual dengan teman lamanya (wanita) di laman web sosial sebaiknya isteri perlu bersikap tenang dan positif. Selagi berada di landasan yang betul, hal tersebut adalah satu tindakan yang tidak perlu diperbesarkan. Perasaan cemburu tidak bertempat hanya membuatkan rumah tangga panas dan banyak kongkongan. Tidak dinafikan, cemburu memang perlu tetapi biarlah berpada kerana itulah tanda cinta. Tetapi jika berlebihan, mengundang padah yang merosakkan.

    Membuka Aib Pasangan
    Setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan. Lantaran itulah kita perlu menghormatinya dengan tidak menjajanya kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi rahsia keluarga atau kitalah orang kepercayaannya. Dalam ikatan rumah tangga, baik isteri mahupun suami kelemahan diri perlu ditutup sebaik mungkin. Terimalah pasangan anda seadanya kerana keikhlasan yang terbit dari hati mencetus bahagia sampai bila-bila.

    Meskipun pasangan bertukar-ganti, belum tentu dia lebih baik dari sebelumnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan belajarlah untuk redha. Simpan sebaiknya aib, kekurangan atau masalah pasangan dari diketahui umum. Nescaya, pulangan yang diterima berkali-kali ganda.

    Dikuasai Perasaan Hasad Dengki
    Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Tetapi bila diserang PHD (penyakit hasad dengki) tiada klinik mampu berikan ubat yang terbaik. Buatlah apa jenis pembedahan, suntiklah apa jua vaksin tetapi jika tiada keinginan mengubah dari hati, sudah pasti jalan kegagalan sedia menanti.

    Sebagai pasangan suami isteri, perasaan dengki, suka menunjuk dan iri hati perlu dihapuskan serta merta. Jangan nanti bila melihat jiran sebelah menukar perabot baru maka kita pun ingin melakukan perkara yang sama biarpun kemampuannya paras-paras hidung sahaja. Mangsanya, suami ''melengkung'' melangsaikan hutang demi memenuhi kehendak isteri tersayang.

    Seharusnya bersyukurlah sentiasa dan cukuplah dengan apa yang ada. Usah merenung kelebihan orang lain hingga menangisi nasib sendiri. Berubahlah ke arah yang lebih positif bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

    Keinginan Melakukan Kemungkaran
    Tabiat buruk seperti berjudi, minum arak, seks bebas dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang mendorong ke arah kehancuran. Jangan sesekali terjebak dalam aktiviti sebegini yang hanya akan menjunamkan diri ke lembah hina. Tapi sebagai manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jika terlanjur melakukannya segeralah bertaubat. 

    Tinggalkan segera sebelum ditimpa pembalasanNya. ''Cuci tangan'' sebelum masalah berpanjangan. Ingatlah bahawa Allah sangat membenci hamba-hambaNya yang melakukan kemungkaran. Di dunia lagi Tuhan telah tunjukkan balasan seperti perpecahan keluarga, kemerosotan ekonomi dan macam-macam lagi. Bukan pada diri sendiri malah pasangan, keluarga serta masyarakat turut merasa tempiasnya. Jagalah kehormatan diri dan keluarga selain berdoa pada Yang Maha Kuasa agar sentiasa terpelihara.

     Sensitif Dan Cepat Emosi
    Hidup berumah tangga, suami atau isteri perlu menjalin kasih sayang dengan baik. Jangan kerana hal-hal yang kecil membuatkan masing-masing bermasam muka hingga berhari-hari lamanya. 

    Kalau boleh, jangan bangkitkan kemarahannya dengan bercerita kenangan lama dengan bekas kekasih atau meluahkan tentang keburukan dan kekurangan diri serta keluarganya.

    Sedarlah bahawa memuji lelaki atau wanita lain di hadapan pasangan juga boleh membuatkan si dia berkecil hati. Begitu juga sekiranya tidak peka dengan kegemaran atau kesukaannya. Hal-hal yang disebutkan tadi adalah sebahagian dari perkara yang boleh membuatkan si dia menjauh diri sekali gus menimbulkan kemarahan.

    Ingatlah, walau siapa pun pasangan anda, usah sekali-sekali meremehkan atau merendahkan kebolehan dirinya. Kerana itulah, sebelum memutuskan untuk mengikat janji setia membina mahligai bahagia maka selidikilah dirinya sedalam-dalamnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari sampai melakukan dosa yang ada kalanya tidak

    Sumber : Majalah Wanita




    Sunday

    Cara Menggoda Suami

    Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

    Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.

    Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.Saya akan kongsikan Tips Untuk Menggoda Suami ..

    1)Rambut Terurus
    Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.
    Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

    2)Bibir Merah Menggoda
    Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

    3)Pamerkan Kulit
    Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

    4)Bayangan Menggiurkan
    Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

    5)Tukar Gaya
    Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

    6)Pelihara Organ Intim
    Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.

    Saya harap selepas anda membaca 6 Tips Untuk Menggoda Suami, hubungan anda semakin rapat dan semakin mesra..

    sumber: mingguan wanita




    Monday

    Cara Kalahkan MARAH

    Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

    Antara cara Mengatasi Marah :
    1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
    2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud)
    3. Minum air
    4. Mendiamkan diri ketika marah.
    5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan. ( Istifar ) 
    6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. 
    7. Berfikiran positif. 
    8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
    9. Bawa bertenang seperti menarik nafas. 
    10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

      Marah tidak akan membawa kita kemana-mana
      Belajarlah mengawal marah.....

      Sumber : izoblog

      Backlink Terbaik

      Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

      Free SEO Tools

      SYARAT DAN PENAFIAN

      cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor