Translator

Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Wednesday

Cucu Ke 2 Chef Wan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya O’ Luanaigh, kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.

“Salahudin memang mengimpikan Isabella dilahirkan pada Tahun Naga dan ia bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina kelmarin,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, di sebalik kelahiran Isabella, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan adalah individu yang terkilan apabila tidak dapat bersama menyambut kelahiran anak keduanya itu.

“Kebiasaannya, ayah (Chef Wan) insan yang begitu fanatik dan gembira dengan kelahiran cucunya, namun kali ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan dalam kenyataannya menerusi facebook berkata, dia bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Serina selamat melahirkan anak keduanya dan mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata baru itu.

“Biarpun saya kecewa tidak dapat bersama, saya gembira dengan kelahiran Isabella dan dimaklumkan Serina bersama anaknya dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Chef Wan, dia kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja dan tidak sabar pulang ke ibu kota membeli pakaian dan barang keperluan untuk cucu barunya.

Serina dan Salahudin yang bernikah pada 1 Januari 2010 sebelum ini dikurniakan seorang anak, Tristan yang berusia setahun lima bulan.

Sumber : Metro

Tuesday

Nora bukan dalang

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.


Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Sumber : metro

Friday

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee berlansung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Ally telah melafazkan nikah sebanyak dua kali dan kini telah menjadi suami yang sah kepada pasangannya.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Izwan Pilus Meninggal Dunia....Al-Fatihah

Penyanyi Izwan Pilus telah kembali ke Rahmattuwallah pada jam 6.15 petang di Hospital Ampang. Arwah dikatakan meninggal dunia kerana Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru.


Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.


Di twitter kini, rakan-rakan artis sempat untuk meluahkan rasa dukacita atas kehilangan anak seni ini, antaranya:

Dato’ Siti Nurhaliza : Al-Fatihah kepada arwah Izwan pilus ..Semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman..amin

@faizal_hotfm: Seorg yg baik dan lembut dlm berkata2.. Al Fatihah buat Izwan Pilus.

@IkaNabella: Mengikut sumber arwah meninggal akibat jangkitan paru2 .. Arwah masih di hosp Ampang.. -AlFatihah-

@DinaNadzir: Takziah buat sahabatku @KhairilAzam atas kehilangan abangmu.. Al-fatihah.. He’ll be missed dearly..

Kak Cham (editor Berita Harian) : Alfatihah…penyanyi Izwan Pilus telah pulang ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama org beriman.
 

Thursday

‘Abang Ally matang’

KUALA TERENGGANU: “Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka,” kata Nurfarahin Romli, 23, bakal isteri pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36.

Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.

“Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

“Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam.

Sumber : Metro

Azwan Ali VS Ummi Hafilda ‘Kami berdamai’

KUALA LUMPUR: “Saya buat begini kerana memikirkan emak yang mahu melihat anak-anaknya kembali bersatu sebagai satu keluarga. Saya harap dengan adanya sidang media ini, semuanya akan terhenti di sini dan tiada lagi isu mengaitkan saya dan Ummi Hafilda.

“Mulai saat ini (17 Januari 2012), saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi dengan segala perkataan yang kesat dan keji tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang abang.

“Sebagai manusia, saya akui sebagai hamba yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, saya akui sudah tersilap membuat andaian negatif terhadap dia semata-mata hanya bersandarkan hasutan manusia tidak bertanggungjawab serta mempunyai agenda tersembunyi yang saya tidak sedar ketika itu,” kata personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali.

Tampil dengan pengakuan bersumpah yang ditulisnya sendiri untuk tidak memburukkan lagi adiknya itu dan melupakan konflik yang berlaku sebelum ini, Azwan menyifatkan apa yang berlaku antara saudara kandungnya sebagai masalah keluarga dan ia sudah selesai dengan permohonan maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda.


Katanya, sebagai abang, dia memohon jutaan maaf kepada Ummi dan ibunya, Che Tom Yahya di atas apa yang berlaku dan berharap hal kekeluargaan seperti itu akan terjawab dengan pengakuan sumpah berkenaan.

Sumber : Metro

Wednesday

Tangkap,Kerat ,Bakar "Hilang sabar kerenah Azwan"

KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.


“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber : Metro

Saturday

Kasut RM20 Ribu Neelofa


Beginilah indahnya kasut rekaan pelakon dan pengacara, Neelofa sempena majlis resepsi perkahwinan Ezlynn dan pasangannya yang berlangsung pada 11 Januari lalu.

Neelofa menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20 Ribu itu daripada perunding perkahwinan terkenal, Bill Bora yang memberikan platform untuknya memperagakan kreativitidalam rekaan kasut.

Difahamkan idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir Disember lalu. sebelum ini, Neelofa sememangnya sudah dikenali di dalam perniagaan kasut apabila muncul dengan jenama kasut ' Neelofa Heels'.

Apa macam cantik tak?
Kasut bernilai samapai 20k....
Jangan lepas ini jadi sasaran perompak sudah lah yer...

Sumber : mediahiburan

Ally kahwini pilihan keluarga

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.

“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Sumber : Sinar

Friday

Hattan sah bercerai

KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Sumber : sinar

Wednesday

Aaron cedera Bergaduh

KUALA LUMPUR: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, melalui detik mencemaskan apabila terjatuh dari bumbung kereta ketika melakonkan adegan lagak ngeri ketika penggambaran filem KL Gangster 2, di Wangsa Maju, di sini.

Aaron berkata, kejadian jam 3 petang, Sabtu lalu itu berlaku ketika dia melakonkan adegan bertumbuk dengan pelakon Rosyam Nor.

“Ketika terjatuh dari atas kereta, keadaan saya masih terkawal dan tidak berasa kesakitan, tetapi sejak Ahad lalu kaki saya mula berdenyut-denyut dan semakin sakit malam Isnin,” katanya ketika dihubungi semalam.
Berikutan itu, pada malam sama Aaron mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, dekat sini, dan diberikan tiga suntikan di tangan, badan dan punggung.

“Doktor memaklumkan kaki saya tidak mengalami keretakan hanya bengkak biasa. Berikutan itu saya diberikan cuti beberapa hari untuk berehat,” katanya.

Menurut Aaron, dia akan menyambung penggambaran seterusnya selepas keadaannya pulih dan insiden itu akan membuatkannya lebih berhati-hati.

Sementara itu, pengarah filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof ketika dihubungi semalam berkata, kecederaan Aaron tidak serius seperti digembar-gempurkan pihak tertentu, sehingga ada yang meletak kesalahan ke atasnya dengan dakwaan dia mengabaikan keselamatan pelakon.

“Tidak timbul soal abaikan keselamatan kerana ketika penggambaran dijalankan kami memang mengambil berat soal keselamatan,” katanya.
Menurut Syamsul, dia sudah berjumpa Aaron petang semalam untuk mengetahui keadaannya dan lega kerana kecederaan pelakon itu tidak serius.

Katanya, ketika kejadian itu berlaku, Aaron memegang watak sebagai Malik dan bergaduh dengan Tailong (Rosyam) ketika aksi pergaduhan berlaku di atas bumbung kereta.

“Dalam adegan pergaduhan itu, cermin kereta pecah dan Aaron jatuh daripada kereta, ketika itulah dia cedera. Kejadian sebegitu memang tidak diduga dan selepas berjumpa Aaron, dia sendiri memberitahu saya keadaannya tidak serius.

“Buat masa ini, saya akan melihat kepada kemampuannya untuk meneruskan lakonan. Sekiranya kesihatannya tidak mengizinkan, saya akan membenarkan dia berehat seketika,” katanya.

Menurutnya, penggambaran KL Gangster 2 kini sudah 80 peratus siap dan baki 20 peratus lagi membabitkan babak berat yang dilakonkan Aaron. Syamsul berkata, filem itu memerlukan Aaron melalui 50 hari penggambaran termasuk 15 hari melakonkan aksi lasak.

“Saya menafikan tuduhan pihak tertentu yang menuduh keghairahan saya menyiapkan filem antara sebab Aaron tercedera. Tuduhan itu sangat melulu dan bertujuan menjatuhkan saya,” katanya.

Sumber : Metro

Tuesday

Boboi Sah Sertai UMNO!

Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau menyertai UMNO bersama rakan lawaknya dari kumpulan Boboi, Harun Salim Bachik.
Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, keputusan untuk mereka menyertai UMNO adalah disebabkan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang sebuah kerajaan yang diketuai oleh parti itu yang telah banyak berjasa kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.
“Saya sebenarnya sudah menyokong UMNO sejak umur saya sudah boleh mengundi, namun sekarang saya rasa saya tak perlu sembunyikan lagi sokongan saya.
“Saya menyertai UMNO untuk menunjukkan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, yang bersungguh-sungguh di dalam program transformasinya membetulkan apa yang perlu diperbetulkan. “Kami penyokong tegar UMNO,” kata Afdlin Shauki, menjelaskan tujuan sebenar mereka menyertai UMNO pada sidang akhbar khas tersebut.
Afdlin  berharap agar tindakannya menyertai UMNO akan menjalin kerjasama erat antara kerajaan Barisan Nasional dengan para artis.
“Saya percaya dengan perjuangan dan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita terutama sekali untuk industri seni tanah air kita dan memerlukan suara politik yang kuat untuk melihat masalah dalam industri seni,” katanya lagi.
Menurut beliau, mereka berdua akan cuba memperjuangkan dan memberi sokongan terhadap parti ini serta bersama-sama mendidik remaja hari ini melalui cabang seni agar dapat memberikan impak kepada parti UMNO sendiri dan masyarakat.
Apabila ditanya tentang tanggapan peminat setia terhadap pembabitan politik mereka, dari awal lagi sudah difikirkan semasak-semasaknya dan mereka harus berani untuk menerima apa sahaja kemungkinan terjadi.
“Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu (tanggapan peminat)…mereka punya hak sendiri untuk befikir dan janganlah kami dipolitikkan,” tegas Afdlin.
Penyertaan kedua karyawan seni tanahair itu disambut baik Datuk Abd. Raof Yusof yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dan beliau mengalu-alukan agar ramai lagi penggiat seni untuk sama-sama menyertai parti politik Melayu terbesar itu.
Dalam pada itu, Harun yang juga merupakan Presiden Seniman berkata, beliau sememangnya menyokong UMNO dari dulu dan bangga untuk membantu memberikan sokongan kepada kepimpinan kerajaan sedia ada melalui bidang seni hiburan.
“Kehadiran kami sebagai tanda sokongan usaha-usaha kerajaan khususnya UMNO dalam membentuk satu kerajaan yang adil dan saya tidak langsung teragak-agak untuk menyerahkan borang penyertaan ini,” katanya.
Sebelum ini pelakon Bob Lokman juga memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas. Ironinya, kedua-dua mereka iaitu Bob dan Afdlin pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro. Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.
Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF. Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Sumber :  http://informations-the.blogspot.com/

Saturday

Keputusan Final Maharaja Lawak Mega


Tepat dugaan cer citor.....
OSBON adalah juara Maharaja Lawak Mega 2011....
Dengan ini OSBON berjaya membawa pulang RM350,000
Berikut adalah keputusan penuh MLM 2011 :

JUARA :
OSBON

NAIB JUARA:
 BOBOI

TEMPAT KETIGA :
 SAEHU

TEMPAT KE EMPAT 
SYOK


Walaupun keputusan sudah pun kita ketahui namun pemenang sebenarnya adalah mereka semua...
Ini kerana mereka telah bekerja keras untuk menghiburkan kita semua....
Walau pun orang lama namun sebenarnya mereka tetap berbisa kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.....

SYABAS MAHARAJA LAWAK MEGA!!!!!!!


Friday

Final Maharaja Lawak Mega


Tepat jam 10.00pm malam ini siaran lansung pertandingan Maharaja Lawak Mega Tepat akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam...

 Siapakah menjadi juara akan ditentukan pada malam ini.
sama-sama kita nantikan....
Yang pastinya peserta pilihan cercitor yang bakal jadi juara adalah:
OSBON

Sama-sama kita nantikan Pertandingan yang mendebarkan ini.....

Monday

Personaliti Paling Kontroversi 2011

Senarai Artis   2011 Paling Kontroversi berdasarkan GUA.COM :

1) Azwan Ali

Kalau bercerita pasal personaliti seorang ini, memang kita tidak boleh nafikan dia seorang yang suka mencari publisiti dengan mencipta kontroversi. Walaupun jarang muncul di televisyen, tetapi Azwan tidak pernah sunyi dengan pelbagai cerita. Tahun ini perang Twitter antara Azwan  dan Didie Alias paling menyengat . Semuanya bermula apabila Azwan Ali melalui Twitternya mengatakan dua orang hos untuk satu rancangan game show (dipercayai merujuk kepada Didie Alias dan Enot) macam chimpanzi.  Berang dengan tindakan Azwan itu, Didie Alias telah membalas kesemua tweet yang dibuat oleh Azwan. Berlaku satu insiden di mana Azwan telah melarikan diri daripada Didie Alias apabila mereka terserempak dalam satu acara hiburan. Menurut mereka yang berada di tempat kejadian, Azwan tidak berani bersemuka dengan Didie. Persoalannya, kenapa harus takut kalau tidak ada buat salah?


2) Gambit 

Kontroversi yang dikaitkan dengan pelakon ini tidak ada kena-mengena dengan kerjaya lakonannya, sebaliknya tugasnya sebagainya pengarah klip video lagu ‘Marilah’ yang dinyanyikan oleh Prema Yin. Klip video itu dikutuk habis-habisan kerana menampilkan adegan-adegan kurang sopan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Tambah mengeruhkan keadaan, Gambit tidak boleh menerima kritikan tersebut. Dia sebaliknya tampil dengan kenyataan angkuh yang meminta supaya orang lain tidak masuk campur dalam urusan produksi itu. Malah, Gambit juga memaki-hamun segelintir blogger yang mencemuh dirinya.  Kontroversi ini berakhir setelah Gambit memohon maaf.

3) Neelofa

Tidak keterlaluan kalau GUA katakan tahun 2011 ini adalah tahun membawa tuah kepada Neelofa. Saban hari, ada sahaja cerita tentang gadis ini. Dalam masa yang sama, satu demi satu kontroversi hinggap di bahu pendatang baru ini. Timbul desas-desus mengatakan Lofa dibenci oleh segelintir artis wanita yang sudah lama berada dalam industri. Fazura adalah salah seorang daripadanya. Mengikut cerita orang produksi, Fazura telah bergaduh dengan Lofa di set penggambaran ‘Tahajjud Cinta’ kerana mendakwa Lofa cuba merampas kekasih hatinya yang merupakan seorang kerabat diraja.  Selain itu, Lofa juga dikatakan sebagai punca perpisahan antara Shahz Jaszle dengan Maria Farida.

4) Jimmy Shanley

Personaliti Astro ini menjadi perhatian ramai apabila masalah rumahtangganya berantakan. Pelbagai cerita timbul apabila isterinya Suhaila menuntut cerai di usia perkahwinan mereka baru menginjak ke beberapa bulan. Setelah kes dibawa ke mahkamah, barulah umum mengetahui bahawa Jimmy dan Suhaila sudah tidak tinggal sebumbung selepas 20 hari bernikah.  Kemelut rumahtangga Jimmy bagaikan tidak berpenghujung apabila Suhaila tetap bertegas mahu berpisah walaupun Jimmy dilihat mahu beralah dengan memaafkan semua kesalahan isterinya itu. Buktinya, Jimmy pernah memberitahu yang dia akan menarik balik kes nusyuz terhadap isterinya itu. Sehingga kini, tuntutan cerai Suhaila terhadap Jimmy masih belum selesai.

5) Khairul Fahmi Che Mat

Penjaga gol skuad Harimau Muda ini selain dipuja kerana kehebatannya beraksi di padang, dia juga tidak ketinggalan dengan cerita-cerita yang kurang menyenangkan. Namun, di antara banyak-banyak cerita itu, berita putus tunangnya menjadi bualan hangat. Ekoran perpisahan dengan Elia itu, ramai peminat menuduh Khairul Fahmi atau Apek kaki perempuan atau ‘playboy’. Oleh kerana kurang senang dengan pelbagai spekulasi yang timbul, Apek akhirnya tampil membuat penjelasan kerana mahu menjaga maruah diri dan keluarga.  Jelas Apek, semua yang berlaku bukan kerana orang ketiga tetapi kerana masalah yang sudah lama berpanjangan.
Walaupun penjelasan Apek itu sedikit sebanyak mampu meredakan cakap-cakap orang di sekeliling, namun Apek terus-terusan menjadi bahan berita apabila dia akhirnya mengaku menjalin hubungan cinta dengan Dahlia, perempuan yang dikatakan menjadi orang ketiga di antara dia dan Elia.


Wajah-Wajah Selebriti Paling Kontroversi Versi Gua.Com


 Sumber : Gua.Com

Wednesday

Fizo Omar takut diisytihar muflis

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.

Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.

"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.

Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.

Sumber : kosmo

Monday

Gambar Pernikahan Chef Riz Dengan Ana Dahlia





Hanya dengan sekali lafaz sahaja Mohd Nadzri Redzuawan ( Chef Riz ) sah menjadi suami kepada Diyana Mastura Jaafar ( Ana Dahlia ) di rumah pengantin perempuan di Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak pada jam 12.20 tengah hari pada 11.12.11. 


Wang hantaran sebanyak RM20 000 dan mas kahwin RM1001 berserta hantaran sebanyak 13 dulang dari pihak lelaki manakala dibalas doleh pihak perempuan dengan 15 dulang hantaran.


Majlis persandingannya berlangsung di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak disebelah malam. Manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember ini.


Tahniah dari cer citor semoga berbahagia hingga ke hujung hayat....

Sunday

Ombak Rindu boleh kutip RM14 juta

KUALA LUMPUR . - Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel berjudul sama dijangka mampu mengutip RM14 juta jika tempoh wajib tayang dipanjangkan sehingga enam minggu.

Penerbitnya, Sharad Sharan berkata, jangkaan itu berdasarkan sambutan positif penonton selain promosi berterusan yang dilakukan oleh produksi filem itu.

Menurutnya, kutipan filem itu kini mencecah RM6.5 juta dalam tempoh lapan hari ditayangkan.
"Saya sangat bersyukur dengan sambutan itu. Kami dimaklumkan untuk hari ini sahaja kebanyakan pawagam penuh.

"Malah, pihak pawagam juga menambah jumlah tayangan bagi menampung permintaan penonton pada hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Filem arahan Osman Ali membariskan pelakon Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Sumber : utusan

Penulis Buku Ombak Rindu Tamak

Semasa Majlis Prebiu Media Filem Ombak Rindu, novelis Ombak Rindu, Fauziah Ashari berkecil hati kerana tidak terlibat sebagai penulis skrip bersama. Penulis ini juga katanya hanya menerima RM1,600 dan tak setimpal selepas karyanya menjadi filem yang mencetuskan fenomena pada masa ini.



(kiri) Penerbit filem Ombak Rindu, Sharad Sharan, tenang mendengar komen Fauziah Ashari sewaktu di majlis pra-tonton yang lalu.

Semalam, bertempat di Karangkraf Shah Alam, Alaf 21 mengadakan sidang media untuk menjelaskan kenyataan Fauziah Ashari. Sebagai Penerbit Eksklusif novel, Alaf 21 menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk mengangkat menjadi sebuah filem. Fauziah Ashari menerima 40% dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Bukan strategi Alaf 21 meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem. Memang satu jumlah yang sangat kecil.

Lagi pun, projek filem adaptasi ini sikit sebanyak telah melariskan kembali novel yang telah dicetak sebanyak 40ribu naskah. Pergh! banyak tu!

Untuk cetakan terbaru, setakat ini sudah pun laris sebanyak 20 ribu naskah. Dan sekiranya semua habis dijual, Fauziah Ashari bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Untuk rekod, novel tersebut sebelum ini sudah pun tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah Ashari sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.

Bagaimana pun, menurut pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacob, pihak beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan sebaliknya menyatakan rasa terkilan dengan sikap novelis popular itu yang disifatkan sebagai tidak bersyukur namun telah memaafkannya.

Friday

Ombak Rindu kutip tertinggi RM5.5 juta 7 hari tayangan

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Fenomena filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari sebuah novel terkenal, terus melanda peminat filem di negara ini apabila jumlah kutipan meningkat kepada RM5.5 juta dalam masa tujuh hari tayangan.

Menelan belanja sebanyak RM1.6 juta, filem ini memulakan tayangan pertamanya pada 1 Disember lalu di 72 pawagam seluruh negara.

Menurut penerbit filem itu, Sharad Sharan, dia sangat gembira dengan sambutan yang telah diberikan oleh penonton terhadap filem ini.

"Saya dapat merasakan filem ini mampu mencapai kutipan sehingga RM10 juta.

"Harapan saya agar tempoh wajib tayang filem ini dipanjangkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, pengarahnya, Osman Ali yang juga pengarah filem Anak Halal berkata, dia sangat gembira dengan penerimaan penonton terhadap filem keempat arahannya.

"Ombak Rindu merupakan filem keempat saya. Di antara keempat-empat filem yang pernah diarahkan saya, Ombak Rindu merupakan filem terlaris," jelasnya.

Osman Ali memberitahu, dia turut berharap agar filem Ombak Rindu akan ditayangkan ke negara jiran, Indonesia.

"Terdapat beberapa rakan karyawan saya di sana yang bertanya kemungkinan Ombak Rindu akan menghiasi pawagam mereka juga.

"Bagi saya ini merupakan penghargaan jika filem ini dapat ditayangkan di Indonesia, memandangkan terdapat permintaan daripada penonton di sana," katanya

Bagaimanapun kejayaan kutipan filem ini terus dicalarkan dengan kisah bayaran kepada penulis novel Fauziah Ashari, yang dikatakan tidak setimpal.

Menurut Osman Ali, dia tidak mahu komen mengenai isu itu kerana ia di luar bidang kuasanya.

Sumber : Utusan

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor