Translator

Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Friday

‘Kami bukan samseng jalanan’

Kuala Lumpur: “Walaupun kami dilantik sebagai ‘Ayahanda’, tetapi kami bukan samseng jalanan.
“Sebaliknya penyertaan kami dalam pertubuhan adalah usaha selebriti mengembalikan anak muda ke landasan Melayu dan Islam sebenar,” kata tiga artis iaitu Lando Zawawi, 37, Zed Zaidi, 33 dan pelakon era 80-an, Ebby Saifullah Ali, 52, yang kini berjawatan ‘Ayahanda’ dalam pertubuhan disertai mereka.

Demikian jawapan diberikan ketiga-tiga artis terbabit selepas difahamkan mereka antara selebriti terbaru dilantik Ayahanda selain pelantikan itu memberikan tanggapan buruk iaitu wujud semula ‘samseng artis Malaysia’.

Mendapatkan kefahaman itu, Harian Metro yang menemubual ketiga-tiga artis berkenaan difahamkan pembabitan mereka dalam pertubuhan adalah usaha menjaga kebajikan masyarakat Melayu dan Islam, namun disalah anggap kebanyakan masyarakat.

Ebby Saifullah bergelar Ayahanda dalam Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) di Cheras berkata, dia menerima lantikan itu lebih lima tahun lalu dan pembabitannya membawa anak muda yang terbabit di dalam jenayah kembali ke pangkal jalan.

“Saya bukan samseng seperti didakwa laporan wujud semula artis bergelar Ayahanda. Tetapi lantikan saya membina jaringan anak Melayu dan Islam yang tersasar balik ke pangkal jalan,” katanya.
Kata Ebby Saifullah, tujuan dia menyertai pertubuhan itu untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam selain mendidik pemuda bermasalah untuk kembali ke jalan kebaikan.

Lando pula berkata, dia menerima lantikan Ayahanda lebih setahun lalu dan berkhidmat sebagai Exco Pendidikan dan Ekonomi menerusi Pertubuhan Cahaya Haluan Amanah Insan Malaysia (CHAI) di Semenyih.
“Saya dilantik atas kapasiti kerja amal antaranya aktiviti menurap jalan dan memberi pendidikan kesedaran keselamatan jalan raya.

“Maka tidak timbul isu samseng kerana kami menjalankan kerja amal,” katanya. Presiden Seniman Zed Zaidi dilantik sebagai Ayahanda bagi Pertubuhan Kebajikan Erat Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (E-PANCO) dan menerima lantikan itu Ahad lalu.

Dia menerima watikah pelantikan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam Majlis Kebangkitan Gabungan NGO-NGO Anak Muda Selangor (Liga Keramat) di Keramat.

Sumber : Metro

NABILA HUDA SEKSI DI PULAU MABUL

Pelakon terkenal, Nabila Huda telah pergi bercuti di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini. Percutiannya kali ini ditemani seorang rakan artis iaitu Nita Hamzah yang turut berkongsi minat diving sepertinya.
 
 
 
Sumber : Katak Comel

Monday

Abby Dan Norman Rujuk Semula?


KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008. 

Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

Sumber : Metro

Friday

Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej

Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera  penontonnya.

Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, fi lem Jalan Kembali:Bohsia 2 (JKB2) merupakan fi lem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan Harun Salim Bachik cukup rencahnya.

Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya menghasilkan fi lem box-offi ce sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini,  Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfi kir.

Thursday

Impian Nurul, Eric tercapai

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, apa yang saya impikan bersama Eric akhirnya menjadi kenyataan,” kata penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, sebaik saja sah menjadi isteri Eric Daniel Depp, 47, dalam majlis yang diadakan di Duchess Place, di sini, semalam.
Pasangan itu sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz oleh Eric di depan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman, jam 12.20 tengah hari berwali abang Nurul sendiri, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Nurul berkata, kehadiran Eric mengisi kekosongan hidupnya selepas lebih lima tahun hidup sendirian. “Keikhlasan Eric menerima saya dan anak saya (Ayu Nazirah, 14) sangat-sangat saya syukuri,” kata penyanyi Cinta Azali itu.
Nurul yang anggun dengan persalinan putih dan hitam rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (kira-kira RM20,000) serta empat dulang hantaran lagi daripada pengantin lelaki.

Sumber : Metro

Selamat pengantin Baru

Ina Naim gembira dapat anak perempuan

KOTA TINGGI: Penyanyi, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam.

Dia yang ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki.
“Malah, naluri keibuan mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT kelmarin, hasil ujian imbasan dilakukan sebelum melahirkannya, semalam.


Sementara itu, suaminya, Mohd Suhaimi Saad berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid In-Team berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya kerana kini, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini, tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak.

“Bagi saya, lebih penting nama diberikan itu memberikan makna bagi menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya.

Sebelum ini, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2 tahun.

Sumber : Metro

Wednesday

Apek Gagal Dakwa David Teo

SUBANG JAYA  - Pelakon dan pelawak popular, Saiful Apek akhirnya akur dan reda apabila keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau terhadap penerbit, David Teo yang didakwa gagal melunaskan pulangan pelaburannya berjumlah RM200,000 sebelum ini.

“Apalagi saya boleh buat apabila, saya mungkin itu bukan rezeki saya dan saya tidak mahu membangkitkan lagi isu itu lagi.

“Bagaimanapun, saya tetap berbangga dengan cara saya memperjuangkan isu tuntutan ini.

“Saya mungkin ‘buta kontrak’ tetapi jika diberi skrip boleh saya faham malahan, ramai artis yang tidak faham isi kandungannya,” katanya pada sidang media hari ini.

Tuntutan tersebut berkaitan bayaran untuk filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan di mana Apek melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Selain itu, Apek turut mendakwa Teo gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada tahun sama.

Sehubungan itu, Apek bercadang mahu menubuhkan sebuah biro yang dikenali sebagai Kesatuan Anak Seni (Kemas) yang memperjuangkan hak-hak anak seni melalui saluran yang betul.

“Saya menyeru supaya mana-mana artis yang mempunyai masalah untuk tampil berjumpa dengan saya dan saya akan jadi orang tengah untuk utarakan masalah itu kepada orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut.

“Kalau boleh biarlah kita bergabung untuk menuntut hak kita sebagai artis dan mendidik orang yang berkarya mengenai undang-undang mengenai perjanjian yang berkaitan anak seni.

 “Semua krew penerbitan yang terlibat perlu lebih peka dengan isu kebajikan dan undang-undang,” katanya lagi.

Sumber : Sinar

Nursuhaila Eliani Suhaimy di tampar

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.

Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.
“Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,” terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila pada sesi soal balas perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat.

Tambah bekas pengacara Trek Selebriti dan Akademi Fantasia itu, dia berjumpa dengan isterinya pada 4 Oktober 2011 selepas ibu mentuanya memaklumkan defendan mahu berjumpanya.

“Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah.

“Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan,” katanya.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.
Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.

“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh dan Nursuhaila, 25, kini dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012.

Fasha Sandha Mengandung?....

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan disahkan mengandung seminggu lebih selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang, semalam.
Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, pada 28 April lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan.

Fasha yang dihubungi semalam menyifatkan berita itu hadiah paling istimewa buat dia dan suami.
“Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.

“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.

“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.

Fasha yang sebelum ini popular menerusi puluhan filem dan drama termasuk Cicak-Man dan Anak Halal sah menjadi isteri kepada Rizal yang juga seorang usahawan berjaya dalam majlis perkahwinan yang cukup indah dan sederhana di hadapan ahli keluarga dan sahabat rapat.

Pasangan ini baru saja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu pada minggu lalu selama lima hari.
Sementara itu Rizal yang lebih dikenali sebagai Jejai berkata, dia bersyukur dengan berita gembira ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

“Siapa gembira apabila dia (Fasha) menghubungi saya dan menyampaikan berita ini. Saya terlalu seronok dan bersyukur kerana diberikan rezeki begitu awal. “Sudah pasti saya akan lebih menjaga Fasha dan inginkan dia berehat dengan cukup bagi menjaga kandungan anak kami bersama. Inilah hadiah paling bermakna buat saya dan isteri,” katanya.

Sumber :Metro

Thursday

‘Reda janda semula’

“Saya reda untuk bergelar janda dan ibu tunggal jika bercerai buat kali kedua kerana hati saya sudah tawar untuk menerimanya kembali dalam hidup kami,” kata kata pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36.

Rita mengulas mengenai status terkini krisis rumah tangganya selepas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, memfailkan perceraian ke atasnya dan memaklumkan tindakan itu kepadanya hanya menerusi SMS.


Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, ‘boleh dikira dengan jari’ dia mengecapi detik bahagia.

“Saya mampu bertahan dan mendapat kekuatan selama ini pun kerana anak. Sebagai ibu saya inginkan yang terbaik buat mereka. Anaklah yang sentiasa berada di sisi saya dalam keadaan suka dan duka selama ini.


“Jika ini sudah ditakdirkan dan tertulis dalam hidup, saya terima dan tidak akan menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya yang menitiskan air matanya ketika ditemu bual media pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-36, di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.

Sumber : Metro

Wednesday

Fasha Sandha Nikah 27 April 2012

Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.

Fasha yang dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) buat kali keenam, Ahad lalu berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja.

“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.

“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Awal bulan lalu, Fasha selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya mengesahkan mengenai perkahwinannya dengan Rizal selepas gambar mereka berdua menghadiri kursus perkahwinan tersebar di portal berita hiburan di Internet.

Namun, ketika itu pelakon yang baru pulang dari Paris selepas selesai penggambaran drama Seindah Sakura, masih enggan memaklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Sementara itu, Rizal ketika ditanya perasaannya menjelang persiapan majlis perkahwinan mereka berkata, dia hanya inginkan sebuah majlis sederhana, tetapi meriah.

“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat,” kata usahawan berusia 36 tahun yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.

Sumber : Metro

Ketika ditanya mengenai khabar angin mengatakan pasangan glamor ini akan mengadakan majlis resepsi gilang gemilang sama ada di Jakarta atau Pulau Bali, Indonesia pada Jun depan, Rizal berkata: “Biarlah kita lakukan mana yang wajib dulu. Majlis bersanding atau majlis lain kemudian,” katanya.

 Hope bahagia selamanya....

Friday

Wajah anak sulung Mawi, Cahaya Malaika

Wajah anak sulung Mawi, Cahaya Malaika


SETELAH dua hari menanti, gambar wajah anak Mawi dan Ekin, yang diberi nama Cahaya Malaika, dikongsi bersama para peminatnya, hari ini.

Gambar bayi perempuan itu dibekalkan kepada media pihak Astro petang ini.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.
“Jujurnya, saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun debaran saya terbalas apabila mendakapnya.

“Saya pasti akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya dan Ekin akan membahasakan diri kami Abi dan Ummi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Astro, hari ini.

Monday

Farhan AF4 dah diikat

AMPANG: Nur Farhan Azizan (Farhan AF4), 28, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, di The Flora, Ampwalk Mall, di sini, petang semalam.

Sempena hari berbahagia itu, bakal ibu mentuanya, Faridah Hussin, menyarung sebentuk cincin berlian di jari manis Farhan yang turut menerima lima dulang hantaran berupa sirih junjung, kek cawan, buah-buahan, potpuri dan wang pendahuluan. Keluarga Farhan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran iaitu kek cawan, coklat, manisan, buah-buahan, dua naskhah al-Quran, sejadah dan kek fondan yang digubah cantik dihiasi kuntuman bunga segar oleh Elynnz Collections Wedding Planner.

Selepas selesai acara menyarungkan cincin, keluarga kedua-dua belah pihak berbincang mengenai jangka masa pertunangan itu dan jumlah hantaran yang belum diputuskan lagi jumlahnya. Farhan tampil berseri mengenakan gaun petang rona kelabu ditaburi kuntuman bunga renda rona ungu rekaan Syarakim. Kedua-dua kombinasi warna itu warna kegemaran Farhan.

“Kami sudah tujuh tahun berkenalan dan Rashdan tidak mahu menangguhkan lagi majlis pertunangan ini. Kalau ikutkan ibu bapa kami berdua, mereka mahu kami terus melangsungkan pernikahan tetapi memandangkan Rashdan baru balik dari United Kingdom dan baru bekerja sebagai akauntan di Petronas, saya minta tempoh pertunangan selama setahun,” katanya.


Sumebr ; metro

Saturday

Watie & Joey Sah Sudah Bernikah



Teka-teki status perkahwinan antara Watie dan Joey akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengesahkan bahawa mereka telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

Kenyataan Watie di dalam sebuah akhbar menjelaskan pernikahan ini dirahsiakan kerana menghormati permintaan Joey dan keluarga. Namun, difahamkan mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini bagi meraikan sahabat-handai dan peminat mereka.

Pasangan bahagia ini juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan secepat mungkin bagi melengkapkan rumahtangga yang dibina.

Tahniah MH ucapkan. Semoga perkahiwanan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber : Media hiburan

‘Kami tak berhutang’

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira menafikan dakwaan mereka belum menjelaskan bayaran kepada pihak katering untuk majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada September lalu.

Azad, 36, berkata, dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini sangat keterlaluan dan mengaibkan mereka berdua serta keluarga.

“Saya bersumpah tidak pernah berhutang dan semua bayaran sudah lama dibuat. Deposit saya bayar pada 18 November tahun lalu sebanyak RM4,000 dan bayaran selebihnya pula sebanyak RM5,000 saya buat secara tunai pada 25 Disember.

“Resit bayaran ada pada saya untuk membuktikan kami tidak pernah berhutang,” katanya, semalam. Pasangan itu dinikahkan pada 16 September lalu di kediaman keluarga Eira di Putrajaya dan menurut laporan akhbar berkenaan, mereka berhutang RM9,000 untuk majlis persandingan yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa di Cheras pada 18 November lalu.

“Mengapa mereka tidak meminta penjelasan daripada kami berdua dulu? Kalau akhbar itu tidak memohon maaf secara terbuka, saya tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkamah,” katanya.

Eira, 28, pula berkata, bukan soal profil kerjayanya sebagai pelakon yang menjadi kebimbangan, sebaliknya apa yang lebih menyedihkannya apabila keluarga turut terkena tempias malu.

“Kini saya dan Azad terpaksa berdepan pelbagai persepsi daripada keluarga kami sendiri hingga membuatkan kami tertekan. Sebagai selebriti, saya dan Azad masih boleh melihat dari sudut positif, namun tidak pada keluarga kami yang memandang dakwaan seperti ini hanya menjatuhkan maruah,” katanya.

Sumber : metro

Wednesday

Ana Raffali nikah jurugambar 25 Februari

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ana Raffali atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, bakal melangsungkan pernikahannya pada 25 Februari ini dalam majlis yang dirancang secara sederhana di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu memilih jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, sebagai suaminya ketika memaklumkan perkara itu dalam sidang media di PNB Darby Park, di sini, semalam.

Ana berkata, majlis bakal bermula dengan acara pertunangan pada jam 10.30 pagi dan disusuli akad nikah sejam kemudian.

“Selama ini saya tidak pernah menganggap diri sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga. Jadi, kami ingin mengadakan majlis ini secara sederhana,” kata Ana.

Menurutnya, majlis pernikahan akan disempurnakan sendiri bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor manakala majlis resepsi turut diadakan pada hari sama di pekarangan masjid itu.

“Keluarga Naim merisik saya Disember lalu dan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan pada 25 Februari ini. Sepatutnya, majlis itu diadakan pada 24 Februari bersamaan hari jadi Naim, tetapi tarikh itu tidak sesuai.

“Tidak salah sekiranya majlis itu dianjakkan lewat sehari kerana lebih penting kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu yang dianggarkan 1,000 orang,” katanya.

Sumber : metro

Tuesday

‘Saya tak buat’

KUALA LUMPUR: “Saya masih waras dan tidak pernah melakukan aksi mengghairahkan ketika meraikan sambutan hari jadi ke-25 di sebuah kelab malam, Rabu lalu,” begitu kata pelakon meningkat naik, Tasha Shila, 25, atau nama sebenarnya, Natashasheila Abdul Razak.

Dia mengakui bersama rakan ada menganjurkan majlis sambutan hari jadinya ke-25 di ibu kota, Rabu lalu tetapi tidak beraksi di luar kawalan dan menari dalam keadaan mengghairahkan seperti didakwa pihak tertentu.

“Saya bukan bodoh untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan periuk nasi kerana tahu setiap perkara pasti ada batasan. Tuduhan dilemparkan terhadap saya terlalu melulu dan tidak berasas,” katanya.
Katanya, dia terkejut dan hairan mengapa ada pihak sanggup melemparkan fitnah sedemikian dan sedar gosip liar itu sudah menular dalam beberapa blog hiburan tempatan yang dianggap menjatuhkan maruahnya.

“Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi, itu saja,” katanya.

Menurutnya, dia tahu dirinya dikenali peminat, sehubungan itu masih berpegang kepada prinsip hidup, peka menjaga kelakuan dan tindak-tanduk terutama ketika berada di khalayak ramai.

“Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita konon melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ketika meraikan sambutan hari jadinya itu, dia tiba di kelab malam berkenaan sudah lewat dan hanya menari bersama temannya.
Tasha yang kini sibuk dengan penggambaran drama, Atas Nama Cinta, menyifatkan tuduhan itu kontroversi pertamanya sejak bergelar artis selain berazam memperbaiki kelemahan diri.

“Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata, bukan untuk menari tiang,” katanya.

Sumber ; metro

Saturday

Pelantikan AC Mizal dipertikai

Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.


Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.


Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber : Metro

Thursday

Kad Kahwin Yusry Dan Lisa Surihani


Inilah rupa kad kahwin Yusry dan Lisa Surihani....
Simple dan Cute....
Semoga Segalanya berjalan dengan lancar.....

Wednesday

Dafi Difitnah Meninggal Dunia

Sehari selepas seniwati Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia, semalam seorang lagi anak seni tempatan menerima nasib yang sama iaitu Dafi.

Menurutnya, cerita yang mengatakan dia meninggal dunia tersebar di laman Twitter sekitar jam 8 malam.

"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.

"Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya panjang umur," kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.

Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi;

"Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main."

Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan.

"Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian," katanya ringkas.

Sumber : Media Hiburan

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor