Translator

Showing posts with label Cer Citor Punya. Show all posts
Showing posts with label Cer Citor Punya. Show all posts

Monday

Pegawai PTD mati lemas ketika jalani latihan

PEKAN - Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, dekat sini hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.
  
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai di sebatang tali air berdekatan Sungai Miang, dekat sini.
  
"Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
  
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Yahya berkata Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 Sept ini.
  
Difahamkan mangsa, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
  
"Mangsa juga telah menjalani ujian perubatan sebelum menjalani latihan tersebut," katanya.
  
Beliau turut dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Jalan Sultanah, Alor Setar malam ini juga untuk urusan pengebumian.
  
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia sempat menyaksikan saat Allahyarham Aldy Hasmi terjatuh ke dalam air ketika latihan itu diadakan.
  
"Ketika dia jatuh, jurulatih memanggilnya tetapi dia tidak menyahut dan dengan segera jurulatih menariknya naik ke darat, tetapi mendapati mulut Aldy Hasmi sudah berbuih," katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Intan menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.
  
Ini, katanya berikutan insiden kematian Aldy Hasmi ketika sedang menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.
  
Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.
  
"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya. - Bernama

Sumber : Metro

Friday

Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej

Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera  penontonnya.

Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, fi lem Jalan Kembali:Bohsia 2 (JKB2) merupakan fi lem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan Harun Salim Bachik cukup rencahnya.

Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya menghasilkan fi lem box-offi ce sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini,  Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfi kir.

Monday

‘Guru Kini Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya.

Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat.

Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri.

Ini menjadikan hubungan antara guru-pelajar semakin jauh, dingin dan bergolak. Kesannya, semangat guru kian pudar melaksanakan tanggungjawab lebih dedikasi.


Disebabkan tidak mendapat sokongan selain bebanan tugasan semakin bertambah, motivasi sebahagian guru mulai luntur dan culas melaksanakan tanggungjawab. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata.

Mengajar lebih menjurus kepada kaedah 2M iaitu membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan dari guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual atau akademik.

Manakala mendidik membentuk sahsiah atau akhlak dan memerlukan tempoh masa panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik.

Persoalannya apakah beza mendidik dan mengajar?

Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan antara konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan.

Beliau berkata, mengajar lebih ketara berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai ‘sentuhan’ emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.

“Boleh dikatakan sebahagian guru hari ini hanya menumpukan pada konsep mengajar berbanding mendidik. Mereka datang ke sekolah hanya untuk mengajar, menghabiskan silibus dan menerima gaji hujung bulan.

“Tiada lagi ‘sentuhan’ atau perasaan kasih sayang telus seperti ditunjukkan golongan guru dulu. Guru dan pelajar kurang berinteraksi, sentiasa mencipta konflik.

“Bagaimanapun, menuding jari pada guru semata-mata adalah tidak adil kerana kita terpaksa menerima keadaan itu kerana senario hari ini tidak semuanya memihak kepada mereka,” katanya.

Katanya, kadangkala guru dibebani kerenah pelajar yang pelbagai menyebabkan ada yang sukar menumpukan perhatian. Akibatnya, akan ada pelajar yang terabai terutama mereka yang bermasalah.

“Tambah memburukkan keadaan, ibu bapa pula datang menyerang dan mempersoalkan kredibiliti guru. Apabila semua pihak menghentam, tidak mustahil ada yang mengambil langkah drastik bersikap sambil lewa dan enggan mengambil tahu,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa hanya tahu mengambil pendekatan ‘lepas tangan’ atau bertindak secara melulu tanpa usul periksa. Secara tidak langsung memberi tekanan kepada guru untuk mencorakkan gaya pembelajaran mereka.

“Jalan mudah, mereka hanya mengajar dan tidak mahu mendidik. Ironinya, guru berpendapat, tidak perlu menjalin atau mengambil berat mengenai pelajar kerana ibu bapa sendiri kurang memberi sokongan.

“ Mengapa mesti menanggung beban sedangkan ibu bapa hanya relaks. Ia seperti barah hingga akhirnya menghakis sikap profesionalisme guru yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap tugas dan tanggungjawabnya,” katanya.

Ditanya mengapakah guru zaman dulu mempunyai nilai ‘sentuhan’ ajaib hingga menerbitkan hubungan rapat dengan pelajar, beliau berkata tugas guru dulu jarang ‘diganggu’ atau digugat pelbagai tugas sampingan lain.

Menurutnya, guru dulu boleh menumpukan perhatian pada tanggungjawab hakiki kerana semua pihak faham makna pendidikan dan menuntut ilmu.

“Masalahnya hari ini guru atau pihak berkenaan kurang memahami makna itu tapi lebih mementingkan keputusan akademik . Malangnya itu bukan jaminan cemerlang sahsiah diri.

“ Secara tidak langsung, menggambarkan bagaimana proses mendidik gagal dilaksanakan sedangkan untuk berjaya, gabungan keduanya perlu seimbang supaya dapat menampung kekurangan yang ada,” katanya.

Guru pula sebaliknya ada yang tidak mampu mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas kerana segelintirnya menjadi guru semata - mata mahu mempunyai gaji dan pendapatan samping yang lebih berbentuk material.

“ Dibandingkan guru dulu, mereka ikhlas dan tidak berkira mengenai bayaran, guru sekarang sebaliknya malah ada yang terus melanjutkan tugas di luar dengan harapan memperoleh pendapatan sampingan, misalnya tuisyen.

“ Itu tidak salah namun sejauh manakah guru mampu membina hubungan baik dan mesra dengan pelajar. Adakah mereka mengambil berat dengan bertanya khabar atau masuk kelas, mengajar, beri kerja rumah kemudian keluar?

“ Suasana seperti ini tidak sihat kerana perhubungan guru - pelajar hanya termaktub dalam kelas semata - mata. Guru tidak mengenali pelajar, begitu sebaliknya, justeru bagaimanakah sentuhan kasih sayang itu boleh menerbitkan hubungan yang erat,” soalnya.

Guru, katanya, perlu berusaha mengembalikan semula martabat sebagai golongan dihormati manakala masyarakat termasuk ibu bapa perlu memberi peluang golongan itu mencorakkan proses pendidikan mengikut acuan tersendiri asalkan tidak menyalahi peraturan.

Guru jadilah golongan bertanggungjawab, kembalikan semula maruah yang sudah lama tercalar. Proses melahirkan masyarakat dan bangsa berguna tidak boleh dizahirkan melalui satu mekanisme semata-mata.

“Boleh mengajar tapi tekankan juga kepentingan mendidik. Barulah lengkap pakej untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik, budi dan peribadi seperti termaktub dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Tokoh Guru Kedah 2009, Sayed Mahadzir Sayed Omar pula berpendapat teknik mendidik dan mengajar guru berbeza dibandingkan guru zaman dulu.

Menurutnya, guru dulu mengajar berasaskan kasih sayang dan semangat patriotisme juga menerima kepercayaan tinggi daripada ibu bapa yang rela ‘menyerahkan’ anak untuk dididik.

“ Mereka tidak kisah anak ‘dipukul’ kerana tahu itu tanggungjawab guru menjadikan mereka berjaya. Malangnya hari ini tidak boleh kerana banyak akta atau peraturan perlu dipatuhi.

“ Bayangkan, kalau pelajar bermasalah, tapi tangan guru ‘terikat’, apakah boleh pelajar itu diasuh menjadi manusia yang baik? Justeru tidak hairanlah, ramai guru hari ini lebih senang mengajar daripada mendidik kerana tidak mahu masalah berbangkit,” katanya. 

Berfikir secara kritis

PUTRAJAYA: “Guru perlu berfikir secara kritis, boleh mengatasi masalah yang rencam dan membuat keputusan tepat,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, golongan pendidik perlu peka yang kemahiran mendidik sentiasa berubah, sekali gus memerlukan kepada usaha peningkatan dan penyesuaian diri dengan perubahan dan persekitaran semasa.

“Jika dahulu guru mengajar tulis baca, mengatasi masalah buta huruf sebagai tugas hakiki, tetapi kini cabaran yang digalas oleh guru jauh lebih berat.

“Realitinya masyarakat kini memerlukan guru berkualiti tinggi dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya berucap merasmikan Istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jika usaha tidak dibuat untuk bergerak seiring dengan perkembangan ilmu, tenaga pendidik akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia dan melahirkan generasi berwibawa.

Justeru, beliau meminta golongan itu menguasai ilmu dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan generasi berilmu, membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar. Beliau juga mengingatkan, guru bertauliah tidak merasakan ilmu yang dipelajari mencukupi, sebaliknya memahami konsep pengetahuan kandungan pedagogi serta melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab.

“Bidang pendidikan memberikan sumbangan besar dan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara. “Hakikat ini lebih relevan lagi dalam era siber di mana kemajuan dan kejayaan anak bangsa bergantung kepada penguasaan ilmu dan teknologi.

“Oleh itu peranan dan tanggungjawab guru dan pendidik hari ini semakin penting dan kritikal berbanding pada masa dahulu,” katanya.

Katanya, guru juga perlu membuktikan dan menunjukkan iltizam tinggi untuk berkhidmat dengan keikhlasan luhur, malah mempunyai nilai diri tinggi dan berakhlak mulia.

Sumber : Metro

Friday

Minda: Elak murka Yang Maha Pengasih

KALAU minggu lalu kita sibuk membicarakan kehebatan Rasulullah, keagungan dan kegemilangannya dengan ada yang sanggup berpanas dan berpenat lelah menganjur perhimpunan besar-besaran yang penulis lihat untuk memartabatkan perjuangan dan menzahirkan kasih sayang terhadap Nabi.

Dalam Februari ini juga, ada sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali Valentine Day yang sudah mula dihebohkan melalui media massa, termasuk corong radio dan televisyen pula sibuk menayangkan cerita atau filem berunsur cinta demi membangkitkan ‘semangat’ mereka yang berpasangan.


Apapun, penulis ingin mengingatkan mereka yang bergelar Muslim dan baru saja melafazkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan, sebagai junjungan, sebagai idola kehidupan mereka dalam mendepani Hari Kekasih.

Isu ini dibawa memandangkan promosinya sudah mula didendangkan iaitu tidak sampai seminggu syiar Maulidur Rasul dibangkitkan, rasa cinta terhadap Nabi diterjemahkan dengan alunan nasyid, program keagamaan di pelusuk masjid dan institusi tanah air.

Kini, syiar Maulidur Rasul seakan tumbang dengan munculnya Hari Kekasih.
Persoalannya daripada manakah asal perayaan Hari Kekasih? Bagaimana Hari Kekasih digambarkan kepada masyarakat awam?

Penulis ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan pembaca mengenai realiti dan hakikat sebenar Hari Kekasih atau Valentine Day agar mereka mampu mengubah haluan dan niat untuk menjadikan hari itu sebagai tanda cinta kepada pasangan masing-masing.

Apakah sejarah atau asal usul Hari Kekasih? Hari Kekasih mempunyai banyak jalan cerita dan sejarahnya tetapi yang pasti ia bukan berasal daripada Islam.

Penulis bawakan beberapa jalan ringkasan sejarah mengenai Hari Kekasih yang menjadi anutan dan amalan segelintir umat Islam di Malaysia khususnya.

Secara ringkasnya Valentine adalah nama seorang paderi bernama Pedro St Valentino.

Pada 14 Februari 1492 Kerajaan Islam Sepanyol tumbang lalu St Valentino mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang atau hari yang sesuai untuk manusia berkasih sayang kerana bagi paderi itu, Islam adalah agama yang menolak kasih sayang dan zalim kepada manusia.

Maka, hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Sejarah yang lain pula mengaitkan perayaan atau sambutan masyarakat kaum Rom kuno sebelum datangnya Kristian yang dinamakan Lupercalia.

Mengikut kepercayaan mereka, Lupercalia adalah upacara penyucian dan pembersihan jiwa yang berlangsung daripada 13 hingga 18 Februari dan banyak lagi kisah di sebalik Hari Kekasih yang ditunggu-tunggu oleh pasangan berkasih sayang untuk menjadikan hari itu sebagai hari kejutan atau gimik kasih untuk pasangan mereka.

Amatlah memalukan andainya kita yang baru seminggu berada dalam suasana kelahiran Rasulullah, namun tanpa segan silu mengangkat syiar kuffar (orang-orang kafir) ini dalam kehidupan kita?

Adakah kita tidak malu memilih tarikh itu sebagai tarikh paling penting dalam hidup kita? Lebih dahsyat lagi jika ada di kalangan kita yang mengabadikan tarikh itu sebagai tarikh untuk pertunangan, perkahwinan dan hari penting dalam kehidupan mereka.

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am: 116).

Begitu juga dengan sabda Rasulullah: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Abu Dawud: 4,031, Al-Albani dalam Shahih Al-Jami: 2,831).

Ini dikuatkan lagi dengan dalil lain bahawa Islam mempunyai tatacara dan metodologi atau ‘manhaj’ tersendiri untuk umatnya. Ia disebut dalam al-Quran: “Dan bagi setiap umat itu Kami jadikan (bagimu) satu syariat tertentu untuk mereka patuhi, maka janganlah ahli syariat lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” (Surah al-Hajj: 67).

Ayat ini disokong dengan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah melalui kisah riwayat Anas bin Malik iaitu beliau berkata: “Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah ketika mana masyarakatnya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang jauh lebih baik, dan ia adalah Aidiladha dan Aidilfitri.” (Al-Nasaai dan juga Abu Dawud dalam Kitab Solat Dua Eid).

Cukuplah beberapa dalil di atas menjadi panduan kita yang bergelar Muslim untuk beriman atas apa yang diturunkan Allah, Rasul serta menjadi insan bermanhaj dan berprinsip dalam hal ini.

Penulis pernah ditanya mengenai perihal Hari Kekasih. Adakah salah dan haram bagi kita memberi hadiah kepada insan disayangi seperti isteri, suami ataupun bakal pasangan kita?

Nabi menggalakkan umatnya memberi hadiah sebagaimana hadis: “Berilah hadiah di kalangan kamu, sesungguhnya hadiah itu dapat menghilangkan perasaan marah dan dendam.” (Imam Syaukani, Nailul Author, 6/101).

Walaupun majoriti di kalangan ulama menyebut hadis lemah, namun Islam menyuruh kita memberi hadiah dan berkasih sayang, malah memberi hadiah tidak menjadi kesalahan, tidak kira apa bentuk hadiah tetapi yang menjadi masalah, kenapa tarikh tersebut dijadikan pilihan. Kenapa tidak 364 hari yang lain?

Malah, daripada segi ekonominya pula, harga barangan seperti coklat dan bunga ros yang menjadi hadiah utama naik berlipat kali ganda sempena Hari Kekasih.
Mengapa kita harus sama dengan mereka? Tidakkah Rasulullah menyebut di dalam hadis: “Berbezalah dengan al-yahud (yahudi).” (Al-Suyuti, dalam Al-Jami’ Al-Saghir: 3,879).

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan amalan dalam keghairahan kita mengikut sesuatu perkara. Penulis berharap ketika pelbagai pihak mempromosikan Hari Kekasih lebih baik bagi kita menghebohkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 yang mengatakan Hari Kekasih jelas daripada Kristian, wajib dijauhi umat Islam dan boleh meruntuhkan akidah umat Islam.

Ia juga dilihat sebagai hari yang membuka pintu kerosakan dengan berlakunya maksiat dan lahirnya anak luar nikah sebagai ‘hadiah’ Hari Kekasih.

Renungilah hadis Nabi: “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.”

Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Al-Bukhari dan Muslim).

Jangan kerana Hari Kekasih, kita dimurkai oleh Yang Maha Pengasih!

Monday

Misteri gempa


HAMPIR setiap bulan kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian gempa bumi yang sekali gus mencetuskan persoalan dan kebimbangan - mengapakah kejadian itu kian kerap sehinggakan negara seperti Malaysia yang suatu ketika dulu asing dengan gegaran gempa, kini turut berasakan tempiasnya? Jika keadaan makin kerap, mungkinkah gempa paling kuat bermagnitud 9 ke atas atau ‘ibu’ gempa belum berlaku dan bilakah agaknya?

Kebimbangan itu ada asasnya kerana Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan kira-kira 1.5 juta gempa bumi dengan magnitud 2.0 pada skala Richter dicatatkan setiap tahun. Berdasarkan andaian itu, bererti purata 134 gempa bumi magnitud antara 6 dan 6.9 berlaku setiap tahun.
Tahun ini saja menyaksikan banyak gempa bumi yang di luar jangkaan dan besar berlaku termasuk kejadian di Fukushima, Jepun pada Mac lalu, berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang, serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl.
Satu lagi gempa besar berlaku di Christchurch, New Zealand pada September lalu dengan 6.3 skala Richter yang membunuh hampir 200 manakala 6 September lalu gempa bumi 6.6 melanda pulau Sumatera, Indonesia, membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang jatuh katil dan seorang lelaki yang terkena serangan jantung ketika melarikan diri waktu kejadian.

Baru-baru ini pula, negara yang sudah lama tidak dilanda bencana alam itu seperti Amerika Syarikat, Cuba, India dan Nepal turut merasai gegaran walaupun ukuran gempa dilabelkan sebagai sederhana masih menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.

Ini tidak termasuk negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti Indonesia, Filipina, China, Taiwan dan Jepun yang mana setiap tahun pasti merasai gegaran gempa sama ada bersifat lemah hingga yang paling kuat.

Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!
Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

Kes di Amerika Syarikat, Cuba dan Guatemala pula berlaku serentak dan berselang hari yang meningkatkan keyakinan saintis dan pakar geologi bahawa akan berlaku bencana lebih besar dalam tahun ini atau awal tahun depan.

Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac lalu, mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat. Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran pada Mac lalu namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion). Malah, sebelum Mac kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh 30 tahun akan datang,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal bila akan berlaku.

“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.
Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac, jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan. Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

Sementara itu, gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 54 orang yang berpusat di Sikkim, India Ahad lalu dianggap luar biasa jika dilihat kepada ukuran magnitud dan sifat asal gempa di kawasan berkenaan kerana wilayah itu terletak di plat tektonik Tibet dengan catatan gegaran sederhana.

Beberapa ahli geologi India berpendapat tahap gegarannya sangat berbeza dengan ukuran yang pernah dicatatkan di kawasan itu sebelum ini.

Ahli geologi Institut Sains India, CP Rajendran berkata, gempa di Sikkim berbeza kerana "magnitud yang luar biasa besar". USGS menyatakan, gegaran dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan. Pusat gempa terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7 kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

Beliau juga berpendapat, gempa di wilayah itu berbeza dengan kejadian gegaran yang selalu berlaku di jajaran Himalaya kerana ia di berlaku secara melintang akibat pelanggaran plat Eurasia dengan plat Eurasia

Pakar geologi Institut Penyelidikan Geofizikal Kebangsaan India di Hyderabad, Vineet Gahaulat berkata, gempa bumi di Sikkim berlaku secara melintang merentasi Himalaya dan beliau percaya akan berlaku gempa susulan yang lebih besar selepas ini

“Kejadian ini pernah dijangkakan akan berlaku dan kita percaya ia akan sebesar kejadian gempa bumi sekuat seperti kejadian di Chamoli pada 1999 dan Uttarkashi pada 1991,” katanya.

Petanda gempa

Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:

1. Deria unik haiwan
  • Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku
  • Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.
  • Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
  • Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.
  • Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.
  • Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.
  • Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
  • Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
  • Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.


2. Perubahan di darat/air
  • Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.
  • Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.


3. Langit/awan
  • Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.


4. Elektronik
  • Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
  • Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
  • Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.

Taming Sari - Antara Mitos dan Realiti

Keris tersohor di alam Melayu lambang kebesaran Diraja Kesultanan Perak

KERIS iaitu sejenis senjata pendek yang digunakan untuk mempertahankan diri sejak lebih 600 tahun dulu tidak dapat dipisahkan daripada warisan galur bangsa.
Senjata unik di dunia Melayu ini boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand; Mindanao, Filipina serta Brunei dengan nama yang digunakan untuk senjata ini berbeza mengikut daerah.
Misalnya, di Mindanao ia dikenali sebagai sundang manakala di Bali dipanggil kedutan, Jawa Barat menggelarkannya kujang serta penduduk Sumatera merujuk keris sebagai kareh.

Dipercayai perkataan keris berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

Selain digunakan untuk mempertahankan diri ketika bersilat, keris juga menjadi alat kebesaran diraja atau lambang kedaulatan Melayu. Dalam ratusan jenis senjata ini, keris tersohor yang paling dikenali ramai pastinya Taming Sari.

Sebut saja Taming Sari, rata-rata semua orang teringat kepada pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah, begitulah sebaliknya. Gabungan Taming Sari dengan Hang Tuah sangat sinonim dengan sejarah dan kebudayaan Melayu.
Apabila timbul isu bahawa pahlawan Melayu, Hang Tuah sebenarnya tidak wujud seperti yang dipertikaikan sesetengah pihak, maka timbul persoalan sama mengenai kewujudan keris Taming Sari.

Benarkah keris Taming Sari itu wujud atau sekadar mitos untuk mengukuhkan lagi kewujudan Hang Tuah? Rona minggu ini mendapatkan pandangan sejarahwan yang juga pakar keris dan Muzium Perak bagi merungkai persoalan itu.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Mohd Ramli Raman berkata, keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip alam Melayu yang lain.

Mohd Ramli berkata, apa yang jelas, keris Taming Sari memang wujud dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak. Malah, berdasarkan rupa dan ciri yang ada pada keris Di Raja itu, senjata ini memang asli dan berasal dari abad ke-14 kerajaan Majapahit.

Malah, beliau berkata, beberapa manuskrip lama yang ditemui juga menceritakan mengenai keris berkenaan dan terbukti senjata itu memang wujud serta masih terus terpelihara sebagai peralatan Diraja Perak.

“Keris Taming Sari mendapat nama daripada hulu balang Jawa pada pemerintahan kerajaan Majapahit seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu mahupun Hikayat Hang Tuah serta manuskrip lain. Tidak kiralah sama ada benar wujudnya pendekar Taming Sari itu atau tidak, namun keris itu memang ada.

“Mengenai keaslian pula, mengapa perlu dipertikaikan kerana senjata berkenaan adalah alat kebesaran Diraja Perak. Ia benar wujud dan asli kerana ciri yang ada termasuk jenis logam yang digunakan memang terbukti sejak lebih 600 tahun dulu,” katanya.

Mohd Ramli berkata, banyak mitos dikaitkan dengan keris berkenaan, namun mitos itu adalah kepercayaan. Jadi, soalnya, mengapa perlu diketepikan kepercayaan itu.

Menceritakan sejarah keris tersohor itu, beliau berkata, mengikut Hikayat Hang Tuah, keris berkenaan mendapat nama daripada nama pemilik keris itu, hulubalang Majapahit, Taming Sari.

“Selepas pertarungan antara Majapahit dengan Hang Tuah, yang mana kemenangan berpihak kepada Hang Tuah, keris itu dihadiahkan Ratu Majapahit dengan Sultan Melaka dan kemudian diserahkan kepada Hang Tuah.

“Selepas kegagalan Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang, beliau menyerahkan keris itu kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali kepada Paduka Raja.

“Namun, yang pastinya saya melihat keris Taming Sari adalah lambang kewibawaan, kekuasaan, darjat, rezeki dan mempunyai pengisian serta spiritual di dalamnya,” katanya.

Mohd Ramli berkata, selepas keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah, kerajaan Majapahit tumbang manakala Melaka menjadi lebih maju dan terkenal di mata dunia.

“Selepas keris diserahkan kepada Sultan Melaka tetapi dibawa Tun Mamat ke Riau, maka berlaku kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan apabila ia dibawa ke Perak, ‘roh’ atau spiritual Taming Sari melonjakkan Kesultanan Perak sehingga hari ini,” katanya.


Pantang larang Taming Sari

RIWAYAT dan kisah pertarungan hebat antara lagenda pendekar Melayu terulung, Hang Tuah dengan pahlawan Jawa dalam kerajaan Majapahit, Taming Sari akhirnya menzahirkan kewujudan keris teragung dalam sejarah ketamadunan Melayu iaitu Keris Taming Sari.

Mengambil nama sempena pahlawan hebat kerajaan Majapahit itu, Taming Sari dianggap keris sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam. Malah, cerita silam mengisahkan pemilik asal keris itu, Taming Sari akhirnya mati di tangan Hang Tuah selepas ditikam keris berkenaan.

Kehebatan senjata itu tidak pernah terhenti diperkatakan sehingga kini, apatah lagi ia sering dikaitkan dengan Hang Tuah iaitu laksamana Melayu yang terkenal dengan ketaatan serta kesetiaannya kepada raja.

Namun, kebelakangan ini ada pula yang seakan menolak kewujudan Hang Tuah dan pada saat itu, Taming Sari yang tersimpan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, menjadi bukti kewujudan pahlawan Melayu tersohor itu. Masakan tidak, Hang Tuah dan Taming Sari begitu sebati dalam sejarah Melayu.

Sumber dari laman rasmi Pejabat Sultan Perak menyatakan keris berkenaan diselaputi dedaun emas manakala sarung atau hulunya juga diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya adalah serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Pemiliknya bukan saja tidak lut senjata lawan, senjata dipercayai berusia lebih 500 tahun itu dikatakan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Taming Sari juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Kelebihan dan keistimewaan keris itu turut dibuktikan dengan kajian Muzium Perak yang mendapati keris Taming Sari memang wujud kerana senjata itu menepati ciri-ciri yang diperlukan, termasuk gambar rajah pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno mengandungi zikir dan amalan perang amalan Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.

Walaupun wujud pertikaian mengenai keaslian Keris Taming Sari yang kini tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu Rona bahawa keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Keris Taming Sari yang sebelum ini pernah dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

"Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya.

Walaupun ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak, tetapi Muzium Perak mempertahankan Keris Taming Sari itu adalah asli dan menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

"Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

"Disebabkan itu, muzium negeri secara berterusan akan mengadakan pameran berkaitan peralatan bersejarah seumpama itu untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.

Biarpun pelbagai dakwaan dan pandangan dikemukakan mengenai kewujudan keris sakti ini, Taming Sari yang juga keris kuasa atau bawar menjadi lambang kedaulatan Kesultanan Melayu Perak kini disimpan rapi bersama 26 alat kebesaran Perak lain dalam sebuah peti besi khas di istana berkenaan.

Berikutan senjata itu mempunyai 'kuasanya' tersendiri, beberapa 'penjaga' alat kebesaran Perak mendakwa ada pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang mengendalikan atau membawa Taming Sari.

Antaranya, keris keramat itu tidak dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.

Dikatakan, keris Seri Gading yang juga salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak itu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.

Kesimpulan, walaupun ada pelbagai versi mengenai Taming Sari, rakyat Malaysia harus berbangga dengan memiliki seni warisan yang penuh dengan sejarah bahkan apa yang diwarisi adalah setanding dan diiktiraf negara luar.

Saturday

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah
 
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.
 
Salam Maulidur Rasul

Friday

Buktikan diri cinta Rasulullah

APABILA berbicara mengenai bulan Rabiulawal, pasti umat Islam akan mengaitkan dengan hari kelahiran Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w.

Setiap lapisan generasi dan masyarakat, tua dan muda, lelaki dan wanita sibuk menyiapkan diri untuk ‘menyambut’ suatu perayaan yang dinamakan Maulidur Rasul. Masyarakat di negara ini sudah sebati dengan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia bagi menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah.

Demi Rasul junjungan, institusi kerajaan, swasta dan orang ramai sanggup menyediakan peruntukan yang besar demi kecintaan kepada Baginda.
Ini dapat kita lihat dengan adanya perarakan membawa sepanduk memuji dan mengagung-agungkan peribadi Baginda selain program TV, radio dan forum yang membahaskan sirah perjuangan Rasulullah.

Persoalannya, jika atas nama “cinta dan kasih sayang” kepada seseorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, utusan Allah SWT Rasul terakhir dan penutup segala nabi, sampai bilakah masyarakat kita ingin menterjemahkan dengan sekadar perarakan serta sambutan? Apakah ada mesej lebih besar yang patut kita sama-sama fikirkan? Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 31 yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu itu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Ayat itu membawa isu hubungan cinta Allah dan Rasulullah secara hakiki. Bagaimana Allah mengingatkan kita bahawa jika kita benar-benar menyintai Allah, maka cara yang paling baik dan berkesan ialah mengikuti perjalanan Baginda.

Di sini dapat kita fahami bahawa kalimah “ikutilah aku” membawa maksud tidak lain iaitu mengikuti sunah Baginda, sesuai dengan erti sunah itu sendiri yang disandarkan kepada Rasulullah daripada perkataannya, perbuatannya, pengakuannya serta sifat-sifat akhlak Baginda termasuk sifat kejadiannya.

Ibnu Rajab ra mengatakan: Sunah adalah jalan yang ditempuh, maka hal itu mencakupi dengan berpegang teguh dengan apa yang pernah dicontohkan Rasulullah dan khulafa Al-Rasyidin, baik masalah akidah, amalan dan perkataan. Dan inilah sunah yang lengkap dan sempurna.

Selain itu, soal cinta dan kasih sayang ini ditekankan dalam sebuah hadis Baginda, bermaksud: “Tidaklah dianggap beriman (tidak sempurna iman) di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya, anaknya dan sekalian manusia.” (Hadis al-Bukhari).
Hadis ini membawa mesej yang jelas mengenai hirarki cinta dan sayang yang harus ada pada diri kita yang bergelar Muslim. Cinta dan sayang ini harus ditanam bahawa insan yang terlebih dahulu dicintai dan berhak disayangi ialah Rasulullah.

Sebagai umat Islam, bagaimana kita mencintai Rasulullah? Bagaimana pula jika dibandingkan dengan kecintaan para sahabat kepada Baginda? Justeru, Nabi ada bersabda dalam sebuah hadis, bermaksud: “Menyintai Ansar sebahagian daripada iman.” (Al-Jami’ Al-Saghir, Al-Suyuti).

Walaupun di zaman Rasulullah tiada perarakan gergasi, tiada sambutan khusus kepada Baginda, tiada upacara gilang-gemilang baik ketika zaman kenabian atau selepas wafatnya, kecintaan mereka diiktiraf penghuni langit dan bumi.

Mengapa? Ini kerana aqidah mereka jelas dan yakin mengenai kenabian Rasulullah serta cara mereka mengikuti sunah Nabi dalam setiap kehidupan. Inilah bukti cinta yang sebenar yang harus kita ikuti dalam membuktikan cinta dan kasih sayang kita kepada Rasululllah.

Kesimpulannya, cinta sebenar yang harus dizahirkan seseorang bergelar Muslim merangkumi empat perkara asas: Pertama, beriman kepada Rasul iaitu dengan mentaati, mengikuti, mempraktikkan sunah Baginda tanpa bantahan dan keraguan.

Ini sesuai dengan hadis Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya telah aku tinggalkan dua perkara bagi kalian sehingga kalian tidak akan tersesat selamanya jika berpegang teguh dengan kedua-dua perkara itu. (yaitu) Kitabullah dan sunahku.” (Riwayat Imam al-Hakim) Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: “Berpegang teguhlah kalian kepada sunahku dan sunah khulafa Rasyidin setelahku, gigitlah dengan geraham (dengan kuat) dan waspadalah dari hal-hal yang baru, kerana semua yang baru (bid’ah) adalah kesesatan. (Hadis Abu Dawud (460), Al Tirmizi (2676), Ibnu Majah (44)).

Kedua, beriman dengan Rasul iaitu dengan tidak menolak sunah Rasulullah. Ini kerana ramai di antara masyarakat kita yang mengaku mencintai Rasulullah tetapi menolak beberapa sunah Baginda.

Allah mengingatkan kita dalam firmannya, “Hendaklah berhati-hati orang yang menyelisihi (Rasulullah) dalam urusannya akan ditimpa cubaan atau ditimpa seksa yang pedih.” (Al-Nur: 63).

Dalam hadis lain, “Barang siapa yang menolak sunahku maka dia bukanlah sebahagian dariku.” (Hadis Bukhari) Selain itu dalam tulisan yang lain, “Barang siapa yang menolak hadis Nabi ketahuilah bahawa ia berada pada bibir jurang kebinasaan.” (Thabaqat al Hanabilah).

Ketiga, berusaha menyebarkan, menerangkan dan menyampaikan sunah Rasulullah yang sahih kepada masyarakat.

“Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat.” (Hadis al-Bukhari). Keempat, menghidupkan sunah Rasulullah yang sahih, sudah lama terpinggir di kalangan masyarakat seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis sebagaimana hadis al-Tirmizi dan Ibn Majah dari riwayat Abu Hurairah.

Bahkan, sepatutnya dianjurkan sunah yang paling senang tanda cinta kita kepada Rasul dengan berselawat kepada junjungan Baginda setiap hari bersesuaian dengan hadis: “Barang siapa yang berselawat sekali, maka Allah dan malaikat akan berselawat ke atasnya tujuh puluh kali” (Al-Munziri, Al-Targhib wa Al-Tarhib dan Al-Haithami).

Kesimpulannya, walaupun tarikh keputeraan dan kelahiran Nabi ini masih menjadi perdebatan di kalangan sarjana seluruh dunia, janganlah kita jadikan rasa cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah terbatas hanya pada hari tertentu.

Kita patut tekankan untuk menerapkan sunah Rasulullah dalam kehidupan seharian, bukan sekadar semangat mengangkat dan menjulang kain sepanduk sambil berarak yang kadangkala membawa kepada pembaziran.

Ini sesuai dengan peringatan hadis Nabi yang bermaksud: “Jangan kamu memujaku sebagaimana Nasrani memuja Isa anak Maryam.” (Hadis Al-Bukhari).

Penulis berkelulusan dalam bidang hadis di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

Sumber : Metro

Wednesday

Alza lebih murah

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkenalkan varian terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza SR dengan harga jualan lebih rendah sebagai tambahan kepada varian sedia ada dengan tempahan dibuka mulai esok Khamis.

Model Alza berkuasa 1.5 Liter (L) pertama kali diperkenalkan pada 2009, menerima sambutan memberangsangkan apabila mencatat jualan sebanyak 37,400 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada rekod jualan sebanyak 180,000 unit kenderaan keluaran syarikat itu.

Antara ciri perbezaan model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi beg udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem kawalan audio di stereng.
Ciri lain seperti rim sport, sistem kunci penggera keselamatan, sistem audio pemain cakera padat (CD) dan padanan kerusi fabrik masih ditawarkan kepada pembeli dengan pilihan enjin transmisi manual serta automatik.

Sumber automotif berkata, model Alza SR yang membawa maksud pemanduan bijak (Smart Ride) itu ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih.

Berdasarkan harga jualan dalam laman web rasmi Perodua, harga jualan bagi model Alza 1.5 L varian GX (manual) ialah RM55,503.50 manakala model varian 1.5L EZ (automatik) ialah RM58,503.50. Bagi model versi Advance pula ditawarkan pada harga RM64,203.50 (automatik). Sementara itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam ucapannya ketika majlis makan tengah hari bersama media sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam berkata, pengguna boleh mengharapkan sesuatu yang ‘menarik’ di semua bilik pameran Perodua pada Khamis ini, namun enggan mendedahkan apa tarikan itu.

Difahamkan, pengenalan model Alza SR pada harga cukup berdaya saing berbanding model standard adalah susulan garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) yang memerlukan institusi kewangan tempatan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Seorang jurujual kereta Perodua ketika dihubungi berkata, pengenalan harga model Alza SR pada harga rendah membolehkan seseorang pembeli mendapat pembiayaan penuh dalam pinjaman kenderaan berbanding kaedah sekarang yang memerlukan seseorang itu menyediakan deposit tinggi. “Model ini lebih kepada model mampu milik dengan beberapa ciri penting tidak dilengkapi, namun tempahan boleh dibuat dan tempoh penyerahan kereta ini bergantung kepada kelulusan bank,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.

Sumber : Metro

Sunday

Wajib Baca : Sejarah Lengkap Dajjal

Meskipun telah banyak artikel tentang Dajal telah dibincangkan tetapi mungkin ramai daripada kita yang masih kabur-kabur. Siapakah itu Dajal? Apakah bukti-bukti kewujudan Dajal? Sejak bilakah dia wujud dan adakah dia yang menyesatkan umat manusia di setiap peradaban ketamadunan? Dan kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mempunyai ilmu secukupnya untuk untuk menghadapi The False Messiah ini. Perhatikan tanda-tanda kedatangannya di sekeliling kita, sudah begitu banyak bagi yang celik mata dan hati.


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
A'li-Imraan 191

Insya Allah semua persoalan yang sering bermain di benak anda itu akan terjawab apabila membaca artikel rakan seperjuangan kami ini dan sedikit sebanyak info tambahan dari kami. Selamat Membaca!

Kredit to Konspirasi Teoris
Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains. KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi cerdik sungguh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.


KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL

Mengenalpasti & Menyusun kod

Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam
 
 














  Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.
 Apa yang dimaksudkan dengan sabda di atas ialah, Dajal akan memberikan kita melalaikan kita dengan syurga dunia iaitu kemewahan, pangkat, harta dan wanita yang sekaligus akan menyebabkan kita lupa diri dan hanyut dengan keduniaan semata-mata walhal itu hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik kembali nikmat-nikmat yang dikecapi itu. Inilah Benedictine Order yang mereka laksanakan dan ramai yang terpedaya lupa apa yang patut sebenarnya kita kejar.



    Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

    Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

    "Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

    Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

    Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

    "Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

    "Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

    Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

    Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

    Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

    Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

    Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

    Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

    Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

    Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

    Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

    Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

    Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

    Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

    Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

    Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

    Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

    Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

    Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"

    Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

    Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


    Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

    - Akan muncul pada akhir zaman
    - Mengaku bahawa dia adalah Tuhan
    - Menyebar fitnah dan dusta
    - Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)


Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun

1 hari = Sebulan

1 hari = Seminggu

37 hari = Seperti hari kita

Tentang hari-hari Dajal di dunia telah dikupas dengan begitu baik oleh Imran N. Hosein.

Kod-kod sumber Yahudi

"This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666)." (Bible, Revelation 13:18)

    - ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.


    “For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)

    - ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta


Jika kita perasan, kehidupan kita seharian dikelilingi oleh angka 666 ini. Boleh dikatakan semua barangan anda hari ini mempunyai angka 666 ini secara tersembunyi. Hanya mereka yang prihatin akan menyedari tentang perkara ini. TIDAK PERCAYA? Tidak mengapa. Cuba anda perhatikan setiap barangan yang anda beli di kedai-kedai, termasuklah kasut, baju, peralatan sekolah dan banyak lagi, semuanya mempunyai kod bar barang!

 inilah bukti Dajal menguasai sistem kita sekarang. Kita tidak dapat lari dan elak dari membeli barang keperluan seharian kita yang semuanya mempunyai mark of the beast ini. Untuk artikel lanjut, anda boleh membaca artikel sahabat saya, Sang Tawal berkenaan perkara ini.
  
Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.

    Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God
 














Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

 Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

  Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

    Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.

 Lambang Horus ini banyak digunakan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia Dajal, antaranya Freemason dan Illuminati. Siapakah Horus yang akan kembali ini seperti yang dipercayai masyarakat mesir purba ini? Biarkan jawapan itu kekal di benak anda, dan baca kata kunci yang seterusnya.








Part 2 : Klik Disini

Friday

Maruah wanita di mana nilainya?

“SAYA terkedu apabila dengan tidak sengaja melayari sebuah laman sesawang, mutaah.com yang berfungsi sebagai perantara mengiklankan lelaki yang ingin keseronokan semata-mata tanpa mahu bertanggungjawab menjadi seorang suami yang sewajarnya,” demikian luahan insan prihatin terhadap situasi melanda umat Islam kini.

Berdasarkan dialog di atas jelas menerangkan runcingnya keadaan masyarakat Islam yang seakan tidak dapat membezakan antara halal dan haram. Jika ditanya apa itu nikah mutaah pasti ramai menggeleng kepala, tanda tidak mengerti maksudnya.

Rehal mengungkap sejauh mana kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan di mana letaknya nilai wanita apabila perkara itu menjadi duri dalam daging kepada masyarakat yang seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof menjelaskan dengan mendalam mengenai perkahwinan itu yang jika dilihat hanya untuk keseronokan dan ia dimonopoli pengamal fahaman Syiah.


HARAM DALAM ISLAM

“Mutaah berasal daripada perkataan mata’a dalam bahasa Arab membawa maksud berseronok. Kahwin mutaah ialah perkahwinan sementara yang dalam akadnya dinyatakan tempoh sama ada seminggu, sebulan, setahun dan mempunyai mahar. Ternyata berbeza dengan perkahwinan dituntut dalam Islam. Kriteria akad nikah mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah menggariskan dalam akad tidak boleh sama sekali menyatakan tempoh.

“Perkahwinan mutaah asalnya daripada tradisi masyarakat Arab semasa zaman jahiliah. Kahwin mutaah biasanya dipraktikkan apabila seorang lelaki memerlukan perempuan sebagai teman dalam tempoh tertentu.

“Ketika Islam mula disebarkan Nabi Muhammad SAW, nikah mutaah ini masih diteruskan kerana ia kuat diamalkan oleh kaum jahiliah, namun pada pembukaan Kota Makkah tahun ke-10 Hijrah (sesetengah riwayat menyatakan pada peperangan Khaibar) ia telah diharamkan untuk selamanya. Walaupun mutaah pernah dibenarkan suatu ketika dahulu, namun keizinannya terhad ketika berperang atau berdagang,” katanya.

Menurut Nabilah, Islam mengharamkan pernikahan seperti itu sama seperti dua pernikahan lain, iaitu kahwin muhalil (kahwin cina buta) dan kahwin sighar kerana tidak selari dengan tujuan disyariatkan nikah, di samping meninggalkan kesan negatif ke atas institusi kekeluargaan.

Terdapat hadis diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah melarang amalan nikah mutaah (berseronok dengan wanita) dan Baginda bersabda lagi ia haram sehingga hari kiamat.

“Segelintir puak Syiah masih berpegang dengan kata-kata Ibn Abbas mengenai penghalalan mutaah, sedangkan beliau sendiri dalam satu riwayat telah menarik balik hukum tersebut setelah mendengar sabda Rasulullah berkenaan pengharaman mutaah untuk selamanya.

“Jelas bukan? Memang sebelum ini ada hadis yang menghalalkan kahwin mutaah, tetapi diharamkan secara berperingkat dan bukannya sekali gus, memandangkan ia adalah adat yang sukar untuk dipisahkan dengan masyarakat pada zaman itu,” katanya.

Nabilah berkata, banyak sebab kenapa Islam mengharamkan nikah mutaah antaranya tidak menepati pensyariatan perkahwinan, tidak mengikut rukun dan syarat nikah yang sah (wali, saksi dan sebagainya). Juga tidak menjadikan pasangan itu berada dalam ketenangan serta anak yang lahir tidak mendapat pembelaan nasab, pusaka, nafkah dan kasih sayang sewajarnya. Tambahan pula, talak menurut syarak mestilah dilafazkan suami secara terang atau sindiran, namun mengikut sistem mutaah talak berlaku apabila tempohnya berakhir.


WANITA JADI BARANG SEWAAN

“Keadaan ini juga seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap golongan Hawa hanyalah tempat untuk memuaskan nafsu semata, sedangkan Islam mengangkat ciptaan ALLAH ini di tempat yang tinggi.

“Nikah mutaah bertentangan dengan fitrah wanita di mana mereka dijadikan barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran, malangnya pendapat sebegitu tidak dapat diterima fahaman Syiah yang menjadikan ia sebagai amalan tidak bertentangan syarak,” katanya.

Menurutnya , jika berkenan dengan mana-mana perempuan hanya perlu membayar mengikut kemampuan, situasi yang sinonim dengan 'pelacuran'.

Kenapa kita perlu kembali kepada zaman jahiliah dengan menjadikan wanita bahan berseronok sedangkan wanita telah diangkat martabatnya ketika Islam disebarkan. Ia serentak dengan penghapusan sistem perhambaan suatu ketika dahulu diamalkan.

Berdasarkan prinsip Islam, setiap individu, sama ada lelaki atau wanita adalah setaraf tanpa sebarang perbezaan. Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan." (surah al-Nahl ayat 14:97)

“Betapa sedihnya saya melihat situasi ini masih diamalkan, dan tidak salah jika saya katakan ia adalah 'pelacuran yang terancang' dan bersistematik walaupun mempunyai mahar dan akad.


RUNTUHNYA INSTITUSI KELUARGA

"Apakah agaknya kesahtarafan keturunan terhasil daripada kahwin kontrak ini?," soalnya.

Nabilah berkata, sistem mutaah anak bukanlah tanggungjawab suami, tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Apabila tamat tempoh perjanjian dalam akad itu terbatallah perkahwinan dan ini bermakna, nafkah anak hasil mutaah tidak mendapat jaminan dan pembelaan sepertimana nikah hakiki.

“Besar implikasinya terhadap keturunan, cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya," katanya.

Sumber : sinar

Sunday

Ribut matahari bukan kiamat


BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.
Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.

Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.
ANDAIAN bumi akan musnah pada 2012 mitos semata-mata.

"Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

"Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari," kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.

Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.
Kesan

"Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.
"Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet," kata Shahrin.

Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

"Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

"Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku," ujarnya.

Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.
RIBUT matahari berlaku disebabkan bintang itu menjadi lebih panas
berbanding suhu biasa iaitu 15 juta darjah Celcius.

"Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari," tegasnya.

NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013.
Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang.

"Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit," kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta.

Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut.

"Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan.
"Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak," katanya.

Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah.

Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013.

Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi.

"Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi," jelasnya.
TANAH tandus adalah akibat fenomena pemanasan 
global dan bukan kerana ribut matahari.

Hidrogen

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya.

Menurut Pegawai Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid.

"Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.

"Sebenarnya terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam bumi," katanya.
RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.

Sumber : Kosmo

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor