Translator

Monday

'Rawat' punca jerebu

Semua pihak perlu mengambil pendekatan 'merawat' punca jerebu yang mengancam kesihatan supaya tidak berulang, bukan menghabiskan masa dan tenaga merawat penyakit akibat bencana itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
   

Beliau berkata bencana jerebu berpunca daripada buatan manusia yang boleh dibendung dengan tindakan tegas.
   
Katanya jerebu memberi kesan amat buruk kepada orang ramai terutama mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, jantung serta kanak-kanak dan wanita mengandung.
   
"Debu jerebu amat kecil dan ia boleh masuk ke dalam paru-paru. Seorang yang sihat mungkin menghadapi masalah minimal tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mungkin berdepan isu serius," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini semasa diminta mengulas keadaan jerebu teruk melanda negara berikutan pembakaran terbuka di Indonesia.

Sehingga 11 pagi ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk tiga kawasan di negara ini mencatatkan bacaan yang dikategorikan 'sangat tidak sihat' iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan (292); Pelabuhan Klang, Selangor (288) dan Kemaman, Terangganu (253).
   
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan telah bersedia sepenuhnya untuk menerima serta merawat pesakit yang menghadapi masalah kesihatan akibat jerebu di seluruh negara.
   
"Kita sudah bersedia daripada awal untuk menghadapi peningkatan kes penyakit akibat jerebu ini, namun saya nasihat langkah untuk mencegah penyakit ini perlu kita utamakan dulu seperti memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar," katanya.
   
Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia akan menyokong tindakan tegas Indonesia terhadap syarikat yang terlibat melakukan aktiviti pembakaran terbuka termasuk syarikat dari Malaysia.
   
"Sama ada (ia melibatkan) syarikat Malaysia, Singapura atau Indonesia, sila ambil tindakan mengikut undang-undang Indonesia. Ambil tindakan, kami rakyat Malaysia akan sokong," katanya dan menurutnya syarikat berkenaan tidak berhak melanggar undang-undang di negara yang mereka beroperasi.  - Bernama

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor