Translator

Monday

Penyakit berkaitan jerebu meningkat

Terdapat peningkatan pesakit asma serta penyakit berkaitan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik di sekitar negeri Johor dan Melaka, sejak jerebu melanda kedua-dua negeri itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berlaku peningkatan melebihi seratus peratus bagi penyakit asma semenjak krisis jerebu.
"Di Johor pesakit asma meningkat kepada 122 peratus manakala di Melaka meningkat dengan ketara iaitu 127 peratus," katanya pada sidang media selepas melancarkan 'Kempen dan Seminar Keselamatan Pesakit Peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.
Beliau berkata turut meningkat ialah jangkitan saluran pernafasan iaitu di Johor sebanyak 38.5 peratus dan Melaka 20.7 peratus.

Peningkatan juga berlaku terhadap simptom konjunktivitis atau sakit mata dengan Melaka mencatat peningkatan 63.6 peratus manakala di Johor tiada peningkatan, kata Dr Noor Hisham.
Justeru itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah atau menggunakan penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah.
Beliau berkata bagi memberikan rawatan yang sebaiknya kepada pesakit yang mengalami simptom jerebu di dua buah negeri tersebut, hospital dan klinik kerajaan kini memfokuskan kepada kes kecemasan.

"Kita mengurangkan pembedahan dan perkhidmatan lain, sekarang hanya fokus kepada kecemasan dan mengerakkan tenaga utama kepada unit kecemasan," katanya. 
Kempen yang pertama kali diadakan itu menggabungkan kerjasama sektor awam dan swasta berkaitan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan pesakit dan bagaimana ini boleh dicapai.
Kempen dua hari bermula hari ini bertemakan 'Bersama-sama untuk keselamatan' dihadiri 500 peserta. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor