Translator

Monday

Lawak Mat Rempit

Mat Rempit masuk sungai

IPOH – Nasib tidak menyebelahi seorang 'Mat Rempit' yang panik melihat sekatan polis apabila dia terhumban ke dalam sungai berhampiran Jalan Silibin, di sini ketika cuba melepaskan diri dari sekatan, semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 2 pagi itu, lelaki berusia awal 20-an itu dikatakan cuba untuk membuat pusingan U, namun tersasar sebelum terhumban bersama motosikalnya ke dalam sungai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis  Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, keadaan itu sedikit mengejutkan anggota bertugas.

Bagaimanapun menurutnya, lelaki berkenaan berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikal di sungai itu.

“Air sungai cetek kira-kira paras lutut dewasa sahaja, penunggang itu meninggalkan motosikalnya dan berjaya melepaskan diri daripada ditahan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam operasi bersepadu membanteras samseng jalanan di sepanjang Jalan Silibin itu, polis berjaya menahan 126 motosikal membabitkan 113 penunggang dan pembonceng dengan enam daripadanya wanita.

Anuar berkata, 39 pemilik motosikal dikesan berjaya melarikan diri dengan meninggalkan motosikal masing-masing.

Katanya, hasil pemeriksaan awal, polis mendapati rata-rata pemilik mengubahsuai karburetor motosikal bagi meningkatkan kelajuan untuk tujuan berlumba.

“Sebanyak 113 saman telah dikeluarkan membabitkan 264 kesalahan, paling ketara adalah kesalahan mengubah suai kenderaan.

“Semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 25 tahun dengan 13 daripada mereka masih bersekolah, sementara 13 lagi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang melanggar salah seorang anggota  Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) ketika operasi dilakukan, semalam.

Namun, anggota PVR berusia awal 20-an yang baru berkhidmat selama tiga bulan itu hanya mengalami cedera di tangan.

“Setelah ujian air kencing dilakukan, lelaki yang bekerja di pasar malam itu positif dadah dan mengaku menunggang dalam keadaan mabuk, dia turut cedera di jari dan tangan,” katanya.

Dalam operasi sama, tiga lagi penunggang dilaporkan cedera ringan ketika cuba melarikan diri.

Operasi membabitkan dua pegawai dan 99 anggota pelbagai jabatan itu  turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Rela.

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor