Translator

Friday

‘Kami bukan samseng jalanan’

Kuala Lumpur: “Walaupun kami dilantik sebagai ‘Ayahanda’, tetapi kami bukan samseng jalanan.
“Sebaliknya penyertaan kami dalam pertubuhan adalah usaha selebriti mengembalikan anak muda ke landasan Melayu dan Islam sebenar,” kata tiga artis iaitu Lando Zawawi, 37, Zed Zaidi, 33 dan pelakon era 80-an, Ebby Saifullah Ali, 52, yang kini berjawatan ‘Ayahanda’ dalam pertubuhan disertai mereka.

Demikian jawapan diberikan ketiga-tiga artis terbabit selepas difahamkan mereka antara selebriti terbaru dilantik Ayahanda selain pelantikan itu memberikan tanggapan buruk iaitu wujud semula ‘samseng artis Malaysia’.

Mendapatkan kefahaman itu, Harian Metro yang menemubual ketiga-tiga artis berkenaan difahamkan pembabitan mereka dalam pertubuhan adalah usaha menjaga kebajikan masyarakat Melayu dan Islam, namun disalah anggap kebanyakan masyarakat.

Ebby Saifullah bergelar Ayahanda dalam Pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) di Cheras berkata, dia menerima lantikan itu lebih lima tahun lalu dan pembabitannya membawa anak muda yang terbabit di dalam jenayah kembali ke pangkal jalan.

“Saya bukan samseng seperti didakwa laporan wujud semula artis bergelar Ayahanda. Tetapi lantikan saya membina jaringan anak Melayu dan Islam yang tersasar balik ke pangkal jalan,” katanya.
Kata Ebby Saifullah, tujuan dia menyertai pertubuhan itu untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam selain mendidik pemuda bermasalah untuk kembali ke jalan kebaikan.

Lando pula berkata, dia menerima lantikan Ayahanda lebih setahun lalu dan berkhidmat sebagai Exco Pendidikan dan Ekonomi menerusi Pertubuhan Cahaya Haluan Amanah Insan Malaysia (CHAI) di Semenyih.
“Saya dilantik atas kapasiti kerja amal antaranya aktiviti menurap jalan dan memberi pendidikan kesedaran keselamatan jalan raya.

“Maka tidak timbul isu samseng kerana kami menjalankan kerja amal,” katanya. Presiden Seniman Zed Zaidi dilantik sebagai Ayahanda bagi Pertubuhan Kebajikan Erat Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (E-PANCO) dan menerima lantikan itu Ahad lalu.

Dia menerima watikah pelantikan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam Majlis Kebangkitan Gabungan NGO-NGO Anak Muda Selangor (Liga Keramat) di Keramat.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor