Translator

Sunday

Budak selamba hisap rokok

BATANG KALI - Rasa kurang senang pengunjung yang makan di sebuah restoran di sini melihat seorang remaja bawah umur merokok, menyebabkan seorang lelaki menegur kelakuan remaja terbabit dengan niat menasihati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Khaliq itu bertindak kurang sopan apabila membalas kata-kata yang tidak enak didengar.

Kesudahannya, Khaliq hampir ditampar oleh pemuda, Ramlan Zainuddin, 36, yang cuba menasihatinya.

Ramlan berkata, dia hanya mahu menasihati remaja terbabit supaya lebih menghormati orang dewasa dan tidak merokok di khalayak ramai kerana perbuatannya salah.

“Ini satu kesalahan sebab dia bawah umur, malah merokok selamba di depan orang ramai.

“Saya tidak mahu adik saya begini sebab itu saya tegur,” katanya yang menganggap Khaliq seperti tanggungjawab menjaga adiknya.

Sebelum itu, Khaliq bersama seorang rakannya dilihat membeli ‘rokok batang’ yang dijual di restoran India Muslim tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Nur Aina Nabila Arshad, 35, berkata, sikap peniaga menjual rokok kepada remaja bawah umur antara faktor gejala merokok dalam kalangan anak muda berleluasa.

Menurutnya, peniaga kedai runcit dan restoran sepatutnya perlu terlibat sama dalam usaha membendung gejala tidak sihat itu.

“Ahli keluarga juga perlu bertegas sebab masalah seperti Khaliq ini jelas berpunca daripada ibu bapa yang tidak pedulikannya.

“Dia kata ibu bapanya tak tahu dia merokok dan tak peduli dia ke mana. Jadi, bagaimana anak-anak muda ini tidak rosak,” katanya.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor