KANGAR: Sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT),
di sini, layak digelar ‘Geng Toyol’ apabila bukan saja aktif mencuri
komputer riba milik rakan mereka, malah komputer milik IPT berkenaan
juga dilarikan kumpulan terbabit untuk mencari wang mudah.Dalam dua kejadian berasingan di Ulu Pauh, di sini, kelmarin dan Isnin lalu, kumpulan lelaki terbabit dipercayai pelajar melarikan lebih empat komputer riba milik pelajar lain dengan memecah masuk bilik mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian terbabit, bilik inkubator IPT berkenaan juga dipecah masuk dipercayai kumpulan pelajar sama sebelum melarikan komputer peribadi serta mesin pencetak.
Sumber berkata, dua kejadian yang berlaku dua hari berturut-turut itu mengakibatkan kerugian RM10,000 dipercayai dilakukan suspek sama berdasarkan modus operandi digunakan.
“Suspek dipercayai melakukan aktiviti jenayah ketika penghuni bilik mengikuti kuliah di bangunan lain.
Sumber : Metro



No comments:
Post a Comment