Paul yang ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru
semalam berkata, doktor memaklumkan peluru itu mungkin tidak boleh
dikeluarkan kerana ia sudah terkena saraf.Lelaki berkenaan bagaimanapun berharap, pembedahan bagi mengeluarkan sebutir lagi peluru tertanam di punggung kanan berjalan lancar dan tidak menimbulkan masalah serius.
“Saya bimbang kerana doktor memaklumkan peluru di punggung kanan sudah menembusi tulang.
“Tambahan pula, saya risau sekiranya tidak mampu bekerja memandangkan saya menyara isteri dan anak kandung tinggal berjauhan,” katanya yang ditemani dua anak angkat masing-masing berusia 31 tahun, M Kumutha dan P Catherine.
Menurut Paul, dia berterima kasih kepada semua pihak kerana prihatin dengan nasibnya termasuk pengurus syarikat keselamatan yang mengunjunginya bagi memberi sokongan moral.
Katanya, selepas dibenarkan keluar hospital, dia bercadang berehat sementara menunggu kecederaannya pulih.
“Saya harap layak membuat tuntutan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi meringankan beban bagi meneruskan kehidupan,” katanya.
“Bapa bukan saja berani, malah berdedikasi ketika menjalankan tugas. Bapa bernasib baik kerana terselamat dan kami berdoa supaya dia panjang umur.
“Kami juga berharap majikan selain Perkeso membantu meringankan beban bapa selepas dia dibenarkan keluar hospital,” katanya.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Paul bersama seorang pemilik syarikat pengurup wang berumur 30-an keluar dari kedai pengurup wang sebelum diserang dua lelaki bertopeng yang menghujani mereka dengan tembakan.
Sumber : Metro



No comments:
Post a Comment