Translator

Thursday

Mangsa belasah mati lepas 14 hari koma

ALOR SETAR: Keghairahan seorang lelaki melanggani seorang wanita membawa padah apabila mangsa koma 14 hari akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang berang selepas mangsa dikatakan gagal menjelaskan wang langganan kepada rakan mereka sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Dalam kejadian 7 Disember lalu, kira-kira jam 6 petang, mangsa yang hidup sebarang kara berusia 30-an dikatakan pergi ke sebuah kedai minuman di Jalan Putra, di sini, untuk bertemu wanita berkenaan yang berusia 20-an.

Selepas berurusan, mangsa dikatakan gagal menjelaskan bayaran kepada wanita itu menyebabkan dia berang dan memanggil beberapa rakan lain termasuk seorang wanita untuk membelasah mangsa.
Difahamkan, mangsa yang datang seorang diri parah di kepala akibat dipukul dengan topi keledar dan kayu di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Mangsa terpaksa bertarung nyawa selama 14 hari akibat koma sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata mangsa berusia lingkungan 30-an dikatakan melanggani seorang wanita di premis berkenaan yang dijadikan tempat untuk ahli kumpulan itu bertemu.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa dikatakan gagal membayar sejumlah wang kepada wanita itu menyebabkannya berang lalu memanggil beberapa rakan lain yang kebetulan berada di kedai berkenaan.


“Rakan suspek termasuk seorang wanita kemudian terus memukul mangsa tanpa belas kasihan dengan topi keledar dan kayu di kepala menyebabkannya parah dan tersungkur di tempat kejadian.

“Suspek yang melihat mangsa rebah terus melarikan diri ke kawasan berhampiran manakala mangsa kemudian dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan kepada anggota polis yang menjadi mangsa banjir.

Bantuan disampaikan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor