Translator

Friday

Leher warga Myanmar dikelar

GURUN: “Saya terkejut sebaik mendapati seorang lelaki warga asing rebah berhampiran rumah dalam keadaan berlumuran darah hampir keseluruhan tubuhnya.

“Saya panik dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa,” kata seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berusia 50 tahun.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditemui mati manakala seorang rakannya putus tangan akibat ditetak dalam pergaduhan di sebuah tapak pembinaan rumah teres di Taman Sri Utama, di sini.


Mayat lelaki itu ditemui dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam serta kelihatan beberapa kesan tompok percikan darah di sekitar dinding rumah yang dalam pembinaan berkenaan.

Manakala rakannya yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad, berkata mayat lelaki berkenaan ditemui oleh seorang penyelia tapak binaan berkenaan pagi semalam.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor