Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya
tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan
pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera
penontonnya.
Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, fi lem Jalan Kembali:Bohsia 2
(JKB2) merupakan fi lem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri
bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan
Harun Salim Bachik cukup rencahnya.
Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya
menghasilkan fi lem box-offi ce sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap
dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja
kini, Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran
kepada golongan remaja untuk berfi kir.
Pada pandangan penulis, jangan terlalu melihat syot-syot negatif
dipaparkan termasuk syot Sofi Jikan (Keting) menolak seorang imam di
depan masjid, sebaliknya lihat segala mesej tersirat yang cuba
dipaparkan.
JKB2 mengisahkan dua bohsia - Amy (Salina Saibi) yang sedang cuba
kembali ke jalan yang benar ditempatkan di Rumah Pengasih selepas
kejadian di pengakhir fi lem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam. Berbeza
dengan nasib Tasya, yang semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai
seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting.
Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk
mengeluarkannya daripada lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga
bertaubat dan tidak mahu bergelumang lagi dengan kehidupan yang pernah
mensia-siakan hidupnya.
Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu saudara Tasya lalu berjanji
untuk mengembalikan Tasya ke pangkuannya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasya
enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya ke
jalan kembali. ‘Raja’ kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan
aktiviti songsangnya dengan Tasya di sisinya.
Dalam masa sama, dia meneruskan niat jahat menjejaki Amy untuk
menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Bagaimanapun, pengakhiran
cerita ini yang sedikit longgar menyebabkan penulis tertanya-tanya
mengenai nasib Ejan dan kurang berpuas hati dengan cara kematian Keting.
Namun, kelemahan itu boleh dimaafkan dengan jalan cerita yang begitu
mantap sepanjang satu jam 35 minit fi lem ini dimainkan.
Sumber : Sinar




No comments:
Post a Comment