SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak
pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga
patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini.Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya.
Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur.
Mangsa cuba bangun semula, tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.
Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan zalimnya itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum dia diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.
Sumber : Metro



No comments:
Post a Comment