SEREMBAN – Seorang bakal pengantin dijatuhkan hukuman penjara sehari dan
denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini semalam.
Mohd Azrul Ahmad Ramli, 29, yang bakal melangsungkan perkahwinannya
hujung minggu ini turut berdepan hukuman lima bulan penjara sekiranya
gagal membayar denda berkenaan.
Dia merupakan bekas ejen sebuah syarikat dilantik Measat Broadcast
Network Systems Sdn Bhd (Astro) mengaku bersalah atas tuduhan rasuah
berkai tan pakej langganan seorang pelanggan Astro.
Mohd Azrul membuat pengakuan itu didepan Hakim Datin Nursinah Adzmi
setelah pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari dibacakan oleh
jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertudu han , Mohd Azrul didakwa secara rasuah memperoleh
nilai suapan untuk dirinya iaitu sebanyak RM200 daripada pengadu,
Norizan Abdul Aziz di Restoren D Norieez TomYam Seafood, Mantin Square,
Jalan Besar Mantin.
Dia melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada pengadu untuk tidak
mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak Astro untuk
pemotongan perkhidmatan Astro bagi langganan kediaman atas nama suami
pengadu yang digunakan di premis perniagaan terbabit, kira-kira pukul
8.40 malam, 19 Oktober 2010.
Sumber : Sinar




No comments:
Post a Comment