Translator

Friday

Apabila suami rasa terpinggir ...

Sungguh, saya berasa sangat tidak comel pada petang itu apabila terjebak dalam perbincangan kaum bapa yang mengaku cemburu kepada isteri masing-masing.

Tidak, ini tidak ada kaitan dengan isu main kayu tiga sebaliknya bapa-bapa berkenaan mengaku cemburu akan anak sendiri. Meskipun bernada picisan namun mungkin ada yang boleh direnungi oleh para isteri, untuk lebih memahami suami mereka daripada pengakuan yang tidak comel itu.

Bermulanya pengkisahan itu apabila seorang kawan bercerita bagaimana dia rasa tersisih apabila selepas mendapat anak pertama, dia tidak dipedulikan lagi oleh isterinya.


“Apa pasal… kau berebut susu dengan anak kau ke?”

seorang lagi kawan bertanya, lalu mengundang gelak ketawa yang sangat kuat, hingga bumi pun bergegar seketika. Kawan yang bercerita, yang juga turut ketawa tidak menjawab pun soalan itu tetapi terus menyambung cerita:

“Sebelum dapat anak, hidup kami sangat bahagia. Ke mana-mana berdua. Terpisah seketika pada waktu kerja dirasa seperti berada dalam neraka. Ketika mahu pulang pada waktu petang, rasa seperti mahu terbang untuk segera sampai di rumah.”

Sepanjang masa di tempat kerja, seboleh mungkin mahu bergayut. Hangat dan bahagia sungguh rumah tangga mereka. Begitulah ceritanya.

Namun keadaan berubah dengan kehadiran cahaya mata. Ya, bersyukur memanglah bersyukur. Gembira sememangnya tidak terkata. Bapa mana yang gembira , tidak bersyukur apabila hasil membajak dan menanam sudah di depan mata?

“Tapi aku terasa jugaklah apabila isteri aku sudah tak macam dulu… dia terlalu asyik dengan anak. Kalau pun telefon di tempat kerja, hanya untuk bagi tahu anak demam, tidak sihat atau ada tertinggal apa-apa. Yang aku tahu, tiap sejam sekali dia mesti telefon ke tempat asuhan,” katanya, dengan nada perlahan.

Alahai, comel teramatlah wajahnya pada masa itu. Dan adu si bapa lagi, sejak itu dia mulai terasa kehilangan.

Menariknya, apa yang dikisahkan itu diiyakan oleh seorang dua lagi kawan. Masing-masing mengaku pernah mengalami situasi yang sama, terasa dipinggirkan oleh isteri masing-masing hingga menyebabkan mereka dibelenggu satu perasaan yang sebenarnya mereka sendiri pun tidak mahu – cemburukan anak.

Seorang lagi ahli sembang kami petang itu, yang paling dihormati dalam kalangan kami berkata, hal yang seperti itu adalah lumrah.

“Perempuan memang dijadikan berbeza dengan lelaki. Jangan kata kita yang suami, sesama anak-anak saja pun mereka akan berubah, akan berbeza,” katanya.

Dan katanya lagi, lihat sahaja perubahan isteri masing-masing selepas mendapat anak yang kedua dan seterusnya.

“Jika selepas dapat anak pertama, dia berubah sikap pada kita (suami). Seolah-olah anak itu sajalah dunianya, lepas dapat anak kedua, perhatikan pulak.

Anak yang kedua itu pulak akan jadi dunia barunya. Dan ini akan jadi sebab anak yang pertama itu berasa terpinggir, seperti yang si ayah terlebih dahulu rasa…”

Kata kawan saya itu, jika isu itu tidak ditangani dengan cermat dan diterima secara salah oleh anak yang pertama, apa yang dirasainya itu akan membangkitkan perasaan cemburu kepada si adik yang mungkin berlarutanhingga
mereka dewasa.

“Sebab itu kadang kala kita jumpa ada adik beradik yang pantang tersilap sikit, sampai dewasa pun mereka masih boleh bergaduh atas perkara yang remeh temeh,” katanya.

Sebab terjadinya hal yang seperti itu, jelasnya adalah kerana hati wanita secara semula jadi dijadikan dalam keadaan “tidak reti untuk membahagi-bahagi” tidak seperti lelaki.

“Bukan mereka tidak sayang suami, atau tidak sayang anak tetapi dari segi tindak-tanduk, mereka tidak reti untuk menunjukkan perasaan yang sebenar. Mereka lebih cenderung untuk asyik hanya kepada yang satu dalam satu masa, tidak seperti kita.”

Walau apa pun katanya, kaum bapa perlu bijak dan matang menangani kereneh isteri yang seperti itu. Jangan terikut-ikut dengan perasaan. Kalau terasa tidak cukup perhatian, malah kasih sayang, pandai-pandai sendirilah menagih daripada isteri.

Ya, sangat tidak comel apabila mengaku cemburu kepada anak sendiri.

Sumber : sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor