Translator

Thursday

Ah long silap rumah

CHERAS - Sebuah kediaman milik pasangan warga emas dekat Kampung Baru Batu 11, Cheras disimbah cat merah awal pagi semalam, dipercayai angkara ah long yang tersilap sasaran.

Anak mangsa, Ng Jeok Yen, 47, berkata, ah long tersebut turut menabur kertas yang tertera salinan kad pengenalan adik lelakinya tertulis penipu.

Menurutnya, adik lelakinya itu tidak pernah meminjam duit dengan ah long malah adik lelakinya bekerja di Singapura sejak awal tahun ini.


“Bapa dan ibu saya tinggal bersama seorang penyewa wanita namun sebelum ini pernah menyewakan bilik kepada seorang pemandu teksi lelaki berumur sekitar 50-an,” katanya.

Jeok Yen berkata, pemandu teksi tersebut menyewa bilik adik lelakinya pada Mac hingga 2 Jun lalu dan jarang ada di rumah kadangkala hanya balik sekali atau dua kali sahaja seminggu.

"Pada Mei lepas, ada seorang lelaki berusia 30-an datang ke rumah memaklumkan mereka mencari pemandu teksi yang berhutang RM2,000.

“Sebelum adik saya pergi bekerja ke Singapura, dia ada tinggalkan beberapa salinan kad  pengenalan di dalam biliknya dan kami percaya pemandu teksi berkenaan menyalahgunakan dokumen adik untuk meminjam duit dengan ah long,” katanya yang membuat laporan di Balai Batu 9, Cheras.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan DAP Selangor, Lee Ah Seng berkata, pihaknya percaya ah long tersebut tersilap orang untuk menuntut semula wang mereka. “Kita minta polis mengambil tindakan kepada ah long ini,” katanya.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor