Translator

Wednesday

Wanita berjaya lolos diri daripada penculik

PETALING JAYA: Seorang pereka aplikasi telefon pintar bernasib baik selepas berjaya melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di Mutiara Damansara, di sini, Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu.


Menceritakan semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata, dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya.
“Saya menunggu masa sesuai untuk membuka pintu sebelum melompat keluar. Lelaki yang duduk di sebelah saya berjaya menarik saya masuk ke dalam semula.

“Bagaimanapun, pintu kereta yang terbuka memberikan saya peluang untuk terus keluar sambil bergelut dengan lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya terdengar jeritan pemandu supaya rakannya itu melepaskan saya dan membiarkan saya melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor