Translator

Wednesday

Tarik rambut mahu RM200

AMPANG: Seorang warga emas cedera di muka apabila dibelasah seorang wanita lain yang juga rakan serumahnya angkara tidak puas hati mengenai wang pendahuluan rumah disewa mereka di Pandan Perdana, di sini.

Difahamkan, wanita terbabit memukul mangsa berikutan tidak puas hati penjelasan mangsa mengenai penyerahan wang pendahuluan lebih RM200.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang berusia 57 tahun berada di rumahnya bersama rakannya itu dan mereka berbincang mengenai wang pendahuluan selepas wanita terbabit mahu berpindah dari rumah berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa memberi penjelasan tidak boleh memulangkan wang pendahuluan itu sehingga ada penyewa baru berpindah masuk menggantikannya.



“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit tidak puas hati dan memaki hamun serta menarik rambut mangsa,” katanya.

Menurutnya, bukan itu saja, wanita terbabit turut membelasah mangsa hingga mengalami pendarahan.

“Melihat mangsa cedera, rakan serumahnya itu melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pergi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor