Translator

Thursday

Syabu dalam beg kertas

SERDANG: Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pengedar dadah di Jalan Kenari 6, Puchong, di sini, Ahad lalu.

Lelaki warga Iran itu ditahan jam 2 petang bersama dua bungkusan berisi bahan kristal disyaki syabu seberat 2.011 kilogram (kg) yang disorok dalam beg kertas jenama kasut terkenal di atas tempat duduk belakang keretanya.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata, susulan penahanan itu, polis dibawa ke sebuah kondominium milik suspek di Menara Duta, Kuala Lumpur dan merampas syabu seberat 150 gram serta sebuah alat penimbang.

“Suspek dipercayai pengedar dadah kerana penemuan alat penimbang yang digunakannya bagi menimbang dadah sebelum dipasarkan untuk menampung keperluan penagih di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor