KULIM - Sepasang suami isteri ditahan bersama seorang lelaki dan seorang
pelajar tingkatan satu dalam satu serbuan berkaitan pengedaran dadah di
sebuah rumah di Taman Rambai kira-kira jam 2 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya
telah membuat pemantauan dan mengekori pasangan itu sejak seminggu lalu.
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, polis Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, dengan bantuan Balai
Polis Sungai Kob diketuai Pegawai Operasi dan Tahanan, Inspektor Mohd
Amin Mat Yasin mengepung rumah suspek dan menunggu kira-kira lima minit
sebelum pintu gerigi besi dibuka.
Ghuzlan berkata, seorang daripada suspek cuba melarikan diri melalui
pintu belakang rumah tetapi menyerah diri sebaik saja mendapati beberapa
polis berada di situ.
"Kami mendapati rumah pasangan berkenaan dilengkapi dengan kamera litar
tertutup (CCTV) sebagai langkah memudahkan mereka melihat pergerakan
polis sekiranya diserbu.
"Dengan serbuan ini, kami berjaya menemui dua jenis pil khayal serta
beberapa bungkusan lut sinar dipercayai mengandungi dadah seberat 75
gram.
“Plastik lut sinar berkenaan ditemui di dalam peti ais rumah itu.
Kelima-lima suspek dibawa ke IPD Kulim untuk menjalani ujian saringan
air kencing dan keempat-empat mereka didapati positif dadah," katanya.
Kesemua ditahan akan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya
1952, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum gantung mandatori.
Sumber : Sinar




No comments:
Post a Comment