Translator

Thursday

Remaja tidur ditarik, ditetak

HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun parah dan terlantar di hospital selepas diserang empat lelaki bersenjatakan parang dan sebatang besi di rumahnya, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang tinggal bersama abangnya di rumahnya di Ulu Bernam, di sini, sedang tidur sebelum diserang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, keempat-empat suspek yang bertindak ala samseng terus memasuki rumah dan menarik mangsa keluar.


Ketika itu, abang mangsa yang berusia 32 tahun berada di dalam rumah, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana suspek bersenjatakan parang dan sebatang besi.

“Seorang suspek kemudian menarik mangsa keluar dari rumah sebelum menetak dan membelasahnya bertubi-tubi,” katanya.

Menurutnya, akibat insiden itu, mangsa cedera di telinga kiri, belakang badan, kaki kanan, dua jari kanan dan bahu.


“Keempat-empat suspek kemudian melarikan diri. Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dihantar ke hospital berhampiran,” katanya. Norel berkata, abang mangsa tampil membuat laporan berhubung kejadian serangan ke atas adiknya itu sebelum sepasukan polis menjalankan siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut polis menahan seorang lelaki manakala tiga lagi rakan suspek sedang diburu.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor