Translator

Thursday

Pencuri sawan

IPOH: Hajat seorang pencuri mahu melarikan diri bersama besi dipotong tidak kesampaian apabila suspek diserang penyakit sawan menyebabkan dia berbuih mulut dan menggelupur.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, suspek berusia 20-an turut mengalami kecederaan apabila motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakannya terbabas sebelum mereka terjatuh di Taman Bercham Baru, di sini. Suspek kemudian dihantar ke klinik berhampiran oleh penduduk kampung yang sebelum itu mengepung mereka.

Insiden berlaku selepas seorang penduduk kampung itu menyedari perbuatan suspek memotong dan mencuri besi dari sebuah rumah di kawasan itu.


Saksi kejadian kemudiannya meminta bantuan daripada penduduk sebelum cuba memberkas suspek dengan bantuan kira-kira 30 ahli Persatuan Keselamatan Sukarela Kawasan Bercham (PKSKB) dan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.

Pengerusi PKSKB, Leong Wing Fat, 44, berkata, kegiatan mencuri atau samun di sekitar kawasan kediaman itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini menyebabkan pihak persatuan turut mengadakan pemantauan pada waktu siang.

“Kejadian disedari penduduk yang ternampak dua pencuri berkenaan cuba mencuri beberapa bahagian besi dari rumah berhampiran. Kami kemudian cuba mengepung suspek, namun suspek memecut menaiki motosikal untuk melarikan diri.


“Namun motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terjatuh. Saya difahamkan seorang pencuri berkenaan mengalami luka di bahagian tangan akibat ditimpa motosikal.

“Manakala seorang lagi pencuri diserang penyakit sawan hingga menyebabkan buih keluar dari mulutnya. Penjenayah kemudian segera dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Dia turut menolak dakwaan segelintir pihak yang menuduh pihak persatuan memukul dua penjenayah berkenaan sebelum polis dipanggil ke lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis yang dihubungi mengesahkan pihaknya memberkas dua suspek pencuri yang disyaki mensasarkan besi dan kabel di kawasan sekitar Bercham.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor