Translator

Thursday

Dadah RM3j dalam beg baju

BUKIT KAYU HITAM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua gadis dipercayai keldai dadah apabila cubaan menyeludup syabu bernilai lebih RM3 juta dengan menyembunyikannya dalam beg pakaian terbongkar selepas ditahan pihak berkuasa, kelmarin.

Kedua-dua gadis dari Kuching, Sarawak itu yang menaiki sebuah bas ekspres dipercayai dari Hat Yai, Thailand ditahan ketika pemeriksaan di Unit Bas dan Pejalan kaki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini.


Malah, pemeriksaan anggota kastam ke atas beg pakaian dibawa seorang gadis berusia 26 tahun yang bekerja sendiri dan kelihatan mencurigakan apabila mendapati beg itu agak berat sedangkan pakaian dibawa sedikit.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, dalam pemeriksaan lanjut jam 12.10 tengah hari, pihaknya menemui tiga bungkusan mengandungi dadah jenis syabu seberat 5.5 kilogram dalam beg dibawa gadis itu.

Menurutnya, bungkusan dibalut dengan plastik dilekatkan di lapisan bawah beg di bawah batang penarik beg dan di kedua-dua sisi beg itu untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Berdasarkan penemuan itu, pegawai dan anggota kastam membuat pemeriksaan lebih rapi ke atas penumpang lain dalam bas itu sebelum mengesan seorang gadis berusia 24 tahun turut membawa beg serupa.

“Gadis itu dikesan duduk bersebelahan gadis pertama ditahan dan mereka dipercayai saling mengenali walaupun pada mulanya cuba menafikannya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas beg pakaian dibawa gadis kedua itu turut menemui tiga bungkusan mengandungi serbuk hablur putih berwarna putih dipercayai syabu dengan berat kira-kira 5.6 kilogram yang turut disembunyikan di ruang sama,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor