Translator

Thursday

Babi masuk kafe siber

MUAR: Pelanggan sebuah kafe siber di Jalan Salleh di sini, gempar apabila seekor babi hutan yang sesat tiba-tiba menyerbu masuk dan menyerang mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, babi hutan betina seberat 50 kilogram dikatakan merempuh pintu kaca kafe siber hingga pecah sebelum meluru masuk dan menyerang pelanggan yang leka bermain permainan video.

Selepas berlegar-legar di bahagian depan, babi hutan itu kemudian menuju ke belakang kafe siber itu yang menempatkan sebuah tandas dan menunggu di depan pintunya.
Bagaimanapun, ketika itu seorang pelanggan dikenali sebagai Mike, 22, berada di dalam tandas dan apabila dia membuka pintu untuk keluar, haiwan itu terus menyerbu masuk.

“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat seekor babi hutan tiba-tiba berada di depan pintu seolah-olah menunggu giliran.

“Apabila haiwan itu menyerbu masuk, saya segera melompat keluar sebelum menarik pintu dan menguncinya,” katanya.

Pekerja kafe siber yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Aradi, 23, berkata, ketika kejadian dia berada di kaunter utama dan terdengar jeritan beberapa pelanggan disusuli bunyi haiwan pelik.

“Saya melihat seekor haiwan hitam mengamuk dan melanggar peralatan komputer serta cuba menyerang pelanggan.

“Bimbang kejadian buruk berlaku, saya segera menjerit mengarahkan pelanggan melarikan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, sejurus kemudian dia terus menghubungi majikan dan memaklumkan kejadian.

Babi hutan itu dibunuh di dalam tandas berkenaan kira-kira 30 minit kemudian dengan bantuan orang ramai menggunakan batang besi.

“Saya bekerja di kafe siber ini sejak lebih setahun lalu dan inilah kali pertama kejadian pelik dan menakutkan iaitu diserang babi hutan.

“Saya hairan dari mana datangnya babi hutan berkenaan kerana kawasan ini berhampiran bandar dan terletak jauh dari hutan.

“Apa pun, saya bersyukur kerana tiada pelanggan cedera,” katanya.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor