Translator

Thursday

Syabu dalam beg kertas

SERDANG: Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pengedar dadah di Jalan Kenari 6, Puchong, di sini, Ahad lalu.

Lelaki warga Iran itu ditahan jam 2 petang bersama dua bungkusan berisi bahan kristal disyaki syabu seberat 2.011 kilogram (kg) yang disorok dalam beg kertas jenama kasut terkenal di atas tempat duduk belakang keretanya.

Berbalas bunuh

SUBANG JAYA: Tujuh lelaki ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08 dan Geng Satu Hati diburu selepas dipercayai terbabit dalam dua kes bunuh sesama mereka, pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dicari ialah Logeswaran Nagapan atau dikenali sebagai Korangati, 25, dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur; Manoharan Karnanidi atau Serdang Mano, 35, dari Kampung Bunga Melor, Puchong; Surendran Shanmugam atau Bai Suren, 27, dari Taman Puchong Utama; Kumar Manickam atau Kutti, 30, dari Taman Puchong Intan.

Remaja tidur ditarik, ditetak

HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun parah dan terlantar di hospital selepas diserang empat lelaki bersenjatakan parang dan sebatang besi di rumahnya, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang tinggal bersama abangnya di rumahnya di Ulu Bernam, di sini, sedang tidur sebelum diserang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, keempat-empat suspek yang bertindak ala samseng terus memasuki rumah dan menarik mangsa keluar.

Along ugut serah rumah

KUALA LUMPUR: “Saya sekeluarga kini trauma dan sudah tidak tahan lagi kerana sering diganggu along yang meminjamkan wang kepada adik ipar saya,” demikian luahan hati seorang jurutera, Ong Hwa Cheong, 44, yang sekali lagi menjadi mangsa kemarahan samseng along apabila keretanya pula dibakar dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di kediamannya di Klang, kelmarin.

Sebelum ini, depan rumahnya pernah dibakar samseng along sama selepas adik iparnya yang meminjam wang daripada along terbabit bagi membuka perniagaan baru menghilangkan diri. Menurutnya, tindakan adik iparnya itu menimbulkan kemarahan samseng along terbabit yang kemudian membakar depan rumah dan belakang kereta miliknya.

Along terbabit menggunakan molotov koktel untuk membakar belakang kereta mangsa. Kejadian itu disedari jirannya yang memadam kebakaran berkenaan.

“Sebelum ini, mereka memberi dua pilihan kepada saya, yang pertama, saya diminta mencari adik ipar atau terpaksa menanggung semua hutang miliknya dan yang kedua, saya perlu memberi rumah saya itu kepada ketua kumpulan along terbabit.

“Kini, jiran menyuruh saya berpindah kerana mereka khuatir terbabit dengan masalah yang dimulakan adik ipar saya itu,” katanya dalam sidang media Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Padah renungan

KUALA LUMPUR: Hanya kerana merenung, seorang lelaki dan rakan wanitanya dibelasah sehingga lembik sekumpulan individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah siber kafe di Wangsa Maju, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun bersama rakan wanitanya, 23, singgah di kafe itu mencetak beberapa dokumen.

Menurut sumber, selang beberapa minit, dia berasa seolah-olah dirinya diperhatikan sebelum menoleh ke arah seorang lelaki yang berhampirannya.

“Lebih pelik lelaki itu memandang secara sinis seolah-olah tidak berpuas hati dengannya menyebabkan dia memberanikan diri menegur lelaki itu dan meminta penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Bagaimanapun, lelaki itu memberitahu mangsa hanya salah faham sebelum mereka berdua berjabat tangan dan lelaki itu beredar,” katanya.

Sumber berkata, sangkaan mangsa kejadian terbabit selesai ternyata meleset apabila lelaki berkenaan datang semula bersama rakannya dan menyerangnya.


“Kejadian terbabit berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat melawan menyebabkan dia dibelasah. Malah rakan wanitanya yang ingin membantu menerima tempias apabila dipukul kumpulan terbabit.

“Selepas beberapa minit dipukul, orang awam yang menyaksikan pergaduhan terbabit menyuraikannya,” katanya.

Rakan wanita mangsa menghantar mangsa ke klinik berhampiran sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber : Metro

Dadah RM3j dalam beg baju

BUKIT KAYU HITAM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua gadis dipercayai keldai dadah apabila cubaan menyeludup syabu bernilai lebih RM3 juta dengan menyembunyikannya dalam beg pakaian terbongkar selepas ditahan pihak berkuasa, kelmarin.

Kedua-dua gadis dari Kuching, Sarawak itu yang menaiki sebuah bas ekspres dipercayai dari Hat Yai, Thailand ditahan ketika pemeriksaan di Unit Bas dan Pejalan kaki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), di sini.

Tumpas kena cili

KUALA LUMPUR: “Kami semua ketakutan dan terpaksa menyorok dalam kedai serta mengunci pintu, apabila seorang lelaki separuh bogel tiba-tiba mengamuk bersenjatakan sebatang besi panjang selain dua pisau dengan mengejar sesiapa saja yang lalu depannya,” kata Kenny Lee, 29, saksi kejadian seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa Permai, Kepong, di sini pagi semalam.

Latih budak kebas susu

IPOH: Dua wanita dikesan memperalatkan dua kanak-kanak masing-masing berusia empat dan sembilan tahun sebagai ‘toyol cilik’ yang ditugaskan menyelinap dan mencuri tin susu tepung bayi berjenama mahal di beberapa pasar raya sekitar bandar raya ini.

Kanak-kanak terbabit dipercayai dilatih khas mencuri susu tepung sebelum disorokkan ke dalam beg khas dibekalkan kepada mereka. Dalam kes terbaru jam 3 petang semalam, seorang wanita tempatan berusia 40-an bersama anak perempuannya berusia sembilan tahun diberkas seorang pemilik pasar raya di Gunung Rapat, di sini, selepas didapati cuba melarikan beberapa tin susu bayi. Suspek didakwa tidak menyedari gerak-geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum kedua-duanya ditahan ketika mahu keluar dari premis.

Pencuri sawan

IPOH: Hajat seorang pencuri mahu melarikan diri bersama besi dipotong tidak kesampaian apabila suspek diserang penyakit sawan menyebabkan dia berbuih mulut dan menggelupur.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, suspek berusia 20-an turut mengalami kecederaan apabila motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakannya terbabas sebelum mereka terjatuh di Taman Bercham Baru, di sini. Suspek kemudian dihantar ke klinik berhampiran oleh penduduk kampung yang sebelum itu mengepung mereka.

Insiden berlaku selepas seorang penduduk kampung itu menyedari perbuatan suspek memotong dan mencuri besi dari sebuah rumah di kawasan itu.

Ina Naim gembira dapat anak perempuan

KOTA TINGGI: Penyanyi, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada jam 8.35 pagi semalam.

Dia yang ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki.
“Malah, naluri keibuan mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT kelmarin, hasil ujian imbasan dilakukan sebelum melahirkannya, semalam.


Sementara itu, suaminya, Mohd Suhaimi Saad berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid In-Team berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya kerana kini, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini, tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak.

“Bagi saya, lebih penting nama diberikan itu memberikan makna bagi menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya.

Sebelum ini, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2 tahun.

Sumber : Metro

Lelaki baru kahwin diburu ratah adik angkat

SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini.

Gadis urut rebah

SUBANG JAYA: Seorang tukang urut wanita warga China tiba-tiba pengsan menyebabkan enam rakan sekerjanya panik dan menjerit ketika pusat urut aromaterapi tempat mereka bekerja di Pusat Perniagaan Regalia, USJ1, di sini, diserbu polis selepas premis itu dikesan menjalankan kegiatan pelacuran, kelmarin.

“Peluru itu masih dalam kepala"

MIRI: “Peluru itu masih dalam kepala dan turut mengenai otaknya, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal.

“Kerana kecuaiannya (jiran) meletakkan senapang di tempat tidak sepatutnya, nyawa anak saya kini terancam,” rintih Maderom Matassan, 41, bapa kepada Nurul Afifah, 8, kanak-kanak perempuan yang cedera parah terkena tembakan di dahi dalam kejadian di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, kelmarin.

Guru miang melampau

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Lembik disambar karan

MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”

Wednesday

Tetak budak 2 tahun

SEREMBAN: Seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai tidak berhati perut apabila tergamak melibas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hingga cedera parah di beberapa anggota badan dalam serangan di sebuah rumah di Batu 9, Labu, di sini, Ahad lalu.

Selain kanak-kanak malang itu, empat sekeluarga turut menimpa nasib sama dipercayai akibat dendam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lima mangsa termasuk kanak-kanak perempuan itu parah di tangan, kepala dan badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) serta Hospital Mawar, di sini. Mangsa, K Suthenthran, 25, berkata,

Tarik rambut mahu RM200

AMPANG: Seorang warga emas cedera di muka apabila dibelasah seorang wanita lain yang juga rakan serumahnya angkara tidak puas hati mengenai wang pendahuluan rumah disewa mereka di Pandan Perdana, di sini.

Difahamkan, wanita terbabit memukul mangsa berikutan tidak puas hati penjelasan mangsa mengenai penyerahan wang pendahuluan lebih RM200.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang berusia 57 tahun berada di rumahnya bersama rakannya itu dan mereka berbincang mengenai wang pendahuluan selepas wanita terbabit mahu berpindah dari rumah berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa memberi penjelasan tidak boleh memulangkan wang pendahuluan itu sehingga ada penyewa baru berpindah masuk menggantikannya.

Ugut pesta ratah isteri

KUALA LUMPUR: Dua tangannya diikat manakala mulutnya ditutup. Mangsa kemudian dipaksa menghidu serbuk putih dipercayai dadah sebelum dipukul suaminya yang juga penagih dadah.
Itu penderitaan dilalui seorang wanita berusia 22 tahun yang diperlakukan tidak ubah seperti binatang oleh suaminya berusia awal 20-an yang naik angin apabila mengesyaki isterinya berlaku curang.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin, suami mangsa turut mengugut untuk memanggil rakannya bagi merogol mangsa.

Ikan ganjil

KERTEH: “Saya terkejut melihat rupa bentuk ikan berkenaan sebelum membuat keputusan membelinya,” kata Othman Abu Bakar, 63, yang membeli ikan mempunyai fizikal ganjil sepanjang tiga meter dan berat sembilan kilogram daripada seorang nelayan di jeti Kuala Kerteh, di sini, kelmarin.

Othman berkata, ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan.

Katanya, ikan berkenaan dibawa pulang nelayan terbabit jam 11 pagi kelmarin dan dia yang secara kebetulan berada di jeti berkenaan tertarik hati untuk membelinya.
“Orang ramai yang ada di situ hairan melihat ikan berkenaan yang menyerupai naga, tetapi berwarna putih dan mempunyai kulit kasar seperti pari, namun tidak bersisik manakala sirip dan kepalanya seperti naga serta badannya lembik seolah-olah tidak bertulang.

Pelawak lelaki ditahan

TAIPING: Seorang artis lelaki yang juga pelawak terkenal tanah air ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kes tipu orang ramai dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjumlah hampir RM80,000.

Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tipu membabitkan acara penganjuran Taiping Fest 1 Malaysia, Sempena Tahun Melawat Perak 2012 awal Mac lalu.

Sumber : Metro

Tebuk dinding tandas

IPOH: Sekumpulan perompak profesional menggunakan taktik menebuk dinding tandas sebuah restoran bagi membolehkan mereka menceroboh masuk ke dalam kedai emas di pekan Menglembu, di sini dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM500,000.

Penjenayah bermodalkan pahat dan tukul besi itu dikesan menjadikan kedai emas baru beroperasi tidak sampai 12 bulan di Jalan Kledang, di sini, sebagai sasaran selepas dipercayai melakukan perancangan rapi sejak sekian lama.

7 motor terbabas minyak bas tumpah

KUALA LUMPUR: Sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas awam yang membiarkan minyak enjin kenderaannya yang rosak tumpah ke atas jalan raya mengakibatkan tujuh motosikal hilang kawalan dan terbabas di Jalan Ipoh, di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Mangsa, Nordin Misnan, 44, berkata, tumpahan minyak yang kelihatan seperti air itu menyebabkan dia tidak sempat memperlahankan motosikalnya sebelum terbabas di tepi jalan berkenaan.

Wanita berjaya lolos diri daripada penculik

PETALING JAYA: Seorang pereka aplikasi telefon pintar bernasib baik selepas berjaya melepaskan diri dalam kejadian samun dan cubaan culik di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di Mutiara Damansara, di sini, Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Pencuri kereta nahas koma

KAJANG: Seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah kereta utiliti sukan (SUV) di Batu 9, Cheras, di sini, awal pagi kelmarin kini koma selepas kereta dipandu itu terbabit kemalangan di Jalan Cheras.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, SUV dipandu lelaki berusia 30-an terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik menyebabkannya tersepit serta parah di kepala.

Abang terbedil dahi adik

MIRI: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun kritikal akibat terkena tembakan di dahi yang dilepaskan abang berusia 10 tahun menggunakan senapang buatan sendiri ketika mereka bermain dengan senjata itu di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, semalam.

Anak Dara Mengamuk

MUAR: “Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya.

Tuesday

Nasihat Wardina : ‘Wahai remaja, jangan taksub cinta!’

“SELAGI kita tidak jumpa sumber dan asas cinta, jangan kita sesekali berani untuk bercinta!” Demikian kata selebriti Wardina Safiyya, dalam memberi definisi cinta menerusi dialog “Di Mana Cinta Kita” bagi program Bicara Cinta Anak Muda, yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini.

Jelas Wardina, manusia perlu kembali ke fitrah asal, cinta manusia adalah kepada ALLAH. Maka, kita perlu kembali kepada fitrah sebenar manusia dalam mencari cinta.

Skandal rasuah kembali

BERBAKI kurang 10 perlawanan dalam saingan Liga 2012, negara sekali lagi digemparkan dengan insiden 'jijik' bola sepak tempatan melibatkan rasuah yang kali ini membabitkan pengadil perlawanan.

Enggan menuding jari mana-mana pihak, ia turut pernah membelenggu pemain negara pada tahun lalu membabitkan pasukan Piala Presiden, Negeri Sembilan dan T-Team yang digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dengan skandal rasuah.

Namun apa yang lebih mengejutkan kini, sebuah pasukan bola sepak negeri di utara Semenanjung berkemungkinan mengalami mimpi ngeri sama apabila dilihat dengan sengaja tewas dalam perlawanan meskipun dibarisi pemain yang pernah beraksi di pentas antarabangsa.

Datang ke Kluang edar dadah

KLUANG - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan pengedaran dadah sekitar daerah ini dalam serbuan dibuat di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasar Sri Lalang, dekat sini, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 10.10 pagi.

Menurutnya, suspek ditahan berumur 44 tahun dan berasal dari Muar.

Bertukang sebelum ditemui mati tergantung

KULIM - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun ditemui mati tergantung di bilik tengah di sebuah asrama di Taman Perak Indah, semalam.

Rakan serumah mangsa berkata, sejak kebelakangan ini mangsa sering kelihatan bersedih tetapi tidak menceritakan masalah dihadapi kepada sesiapa sebaliknya berdiam diri.

“Hari Ahad lalu kira-kira jam 3 pagi, saya terdengar dia bertukang di dalam biliknya.

"Saya pelik, pagi-pagi waktu  orang semua tidur dia sibuk bertukang.

Suami isteri ditahan edar dadah

KULIM - Sepasang suami isteri ditahan bersama seorang lelaki dan seorang pelajar tingkatan satu dalam satu serbuan berkaitan pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Rambai kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya telah membuat pemantauan dan mengekori pasangan itu sejak seminggu lalu.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, dengan bantuan Balai Polis Sungai Kob diketuai Pegawai Operasi dan Tahanan, Inspektor Mohd Amin Mat Yasin mengepung rumah suspek dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu gerigi besi dibuka.

Culik separuh jalan

BUTTERWORTH - Tindakan bijak pihak polis memasang perangkap dalam usaha menjejaki seorang penculik yang melarikan diri selama dua hari akhirnya berbaloi apabila diberkas tengah hari kelmarin.

Operasi diketuai Ketua Polis Balai Butterworth, Inspektor Mohd Yusof Ibrahim bersama enam anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) balai itu.

Ia adalah hasil arahan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang yang mahukan kes itu diselesaikan segera selepas satu laporan dibuat berkaitan kes itu oleh mangsa pada 25 Mei lalu.

Pomen basikal naik angin, acu parang pada ibu

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati terhadap tindakan bapanya yang secara tiba-tiba mengamuk dan membuang semua papan tanda pemberitahuan yang dipasang, seorang ‘pomen basikal’ sanggup menjadikan ibu kandungnya sebagai tempat melepaskan geram dalam satu kejadian ‘amuk’ di Kampung Wakaf Mempelam di sini, 21 Mei lalu.

Tertuduh, Zu@Mohd Zulkifli Salim, 37, telah mengacukan sebilah parang kepada ibunya yang juga seorang warga emas, 64, dengan menetak beberapa kali pagar besi rumah mereka semata-mata ingin melepaskan perasaan amarah terhadap tindakan bapanya sebelum itu.

Anak gadis lari ikut kekasih

JELI – Seorang bapa di sini,meminta bantuan orang ramai untuk mencari anak gadisnya, yang didakwa terpedaya dengan pujuk rayu kekasihnya, sehingga sanggup melarikan diri.

Sudah 10 hari Hazirah Yusof, 16, menghilangkan diri, dan kejadian itu disedari bapanya setelah pulang dari madrasah berhampiran, apabila dimaklumkan anak gadisnya meninggalkan rumah di Kampung Sungai Long, Batu Melintang dengan menaiki kereta Iswara kira-kira jam 8 malam minggu lalu.

Bapa gadis berkenaan, Yusuf Musa, 57, berkata, sebelum ini anaknya sudah tiga kali bertindak meninggalkan rumah namun, akan pulang semula selepas beberapa hari kemudian.

Yusuf berkata, mereka sekeluarga tidak pernah memarahinya walaupun dia pernah melakukan kesalahan.

“Tidak tahu apa sebab dia  mengambil keputusan itu, saya percaya Hazirah diperdaya dengan pujuk rayu kekasihnya.

“Kerana lelaki itu dia sanggup meninggalkan kami sekeluarga, dan saya berharap orang ramai yang menjumpai Hazirah segera menghubungi saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, sebelum keluar dari rumah Hazirah sempat memberitahu ibunya yang dia mahu ke kedai berdekatan untuk membeli barang.

Tambahnya, alasan yang diberikan Hazirah membuatkan isteri Zainab Yusuff, 46, tidak mengesyaki apa-apa, kerana anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahaningin lari rumah.

“Kehilangan Hazirah membimbangkan kami sekeluarga, kerana selepas dia keluar rumah masih tiada khabar berita mengenainya walaupun sudah banyak tempat kami cari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar mengesahkan ada menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan
Sumber : Sinar

Pengawal keselamatan dihukum gantung bunuh pondan

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pondan di Setapak dua tahun lepas.
  
Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhi hukuman itu terhadap V.Raja, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
  
Bapa seorang anak itu, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, didapati bersalah membunuh M. Kanan, 45, di kawasan Kolam Takungan Banjir Ayer Panas, di Lorong Air Tawar Off Jalan Air Jernih, Setapak, antara 1 pagi dan 2 pagi, 24 Ogos 2009.
  
Dalam keputusannya, Su berkata ketika memberi keterangan, salah seorang saksi pendakwaan berkata dia ternampak tertuduh menikam mangsa yang kemudiannya jatuh ke dalam kolam takungan banjir itu.
  
Dalam perbicaraan itu, Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason yang mewakili pihak pendakwaan mengemukakan 21 saksi.  

Raja diwakili oleh peguam Shamsul Sulaiman.
  
Ketika ditanya wartawan, Jean mengesahkan mangsa adalah pondan, dan menurut laporan sebelum ini, polis menemui mayat yang disangka wanita kerana mangsa memakai pakaian wanita, bercoli serta berambut kerinting panjang mencecah bahu.
  
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan belakang badan, serta satu tikaman di perut. - Bernama

Sumber : Sinar

Petinju negara bersihkan nama TMJ

JOHOR BAHRU - Petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, yang cedera dipukul sekumpulan individu, awal bulan ini, mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan situasi sebenar kejadian di Majlis Sukan Negeri Johor, semalam.

Menurutnya, spekulasi kononnya dia dipukul di restoran tidak benar.

“Saya ingin mohon maaf kepada media kerana tidak dapat beri kerjasama ketika kejadian berikutan keadaan saya tidak stabil. Saya tidak dipukul di restoran, sebaliknya diserang di rumah suspek.

“Apa saya tahu, berita kejadian ini turut diketahui media luar negara.

“Saya juga ingin bersihkan beberapa nama individu yang dikatakan mencedera dan memukul saya iaitu Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan pengusaha restoran,” katanya.

Muhamad Farkhan berkata, hubungannya bersama Tunku Mahkota Johor masih baik dan berkawan rapat sejak awal perkenalan hingga kini.

“Saya tidak dipukul kedua- dua individu terbabit. Saya ingin tegaskan DYAM Tunku Mahkota Johor sanggup mencemar duli melawat saya dan banyak memberi sokongan moral serta bantuan.

“Hubungan kami masih baik dan berkawan rapat hingga hari ini,” katanya.

Katanya, polis diharap dapat menyegerakan siasatan ke atas suspek yang kini dalam tahanan reman selain menangkap saki baki ahli kumpulan.

“Saya hanya bertinju dalam gelanggang dan tidak pernah melakukan kesalahan atau ada rekod jenayah,” katanya.

Menceritakan kembali kejadian beliau dipukul, Muhamad Farkhan akui ada terima panggilan daripada individu ketika menonton perlawanan bola sepak melibatkan dua kelab gergasi Inggeris.

“Suspek bukan dari kalangankerabat diraja Johor ini ada hubungi saya berulang kali, namun saya tidak menerima panggilan dibuat.

Bagaimanapun, panggilan kelima daripada suspek, saya terima juga dan dia minta saya ke rumahnya.

“Sebaik sahaja saya tiba di rumah suspek, saya terus diserang suspek dan enam ahli kumpulan lain termasuk seorang wanita menggunakan senjata antaranya besi, pedang samurai, kayu dan tongkat sehingga mengakibatkan saya cedera parah,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif serangan dan petinju kelahiran Johor itu turut mengakui kenal suspek, namun tidak rapat.

“Mungkin suspek mahu malukan saya. Mungkin dia cemburu, tetapi motif serangan masih dalam siasatan dan saya hanya mahu keadilan.

“Kecederaan saya merugikan Malaysia kerana saya menunggu tiket wildcard untuk layak ke Sukan Olimpik. Jika saya dapat tiket wildcard ini, saya tidak boleh beraksi.

“Doktor nasihatkan saya perlu berehat tiga hingga enam bulan,” katanya.

Muhamad Farkhan turut mengakui diseksa empat jam ketika kejadian antaranya dipaksa makan cili, diikat tangan dan kaki dan dicampakkan di dalam bonet selama 45 minit.

Selain itu, katanya, suspek mengugut mahu mengapaapakan diri dan keluarganya jika laporan polis dibuat.

“Saya dijemput pakcik selepas kejadian. Kecederaan saya kritikal dan parah sehingga tidak sedarkan diri. Saya turut rugi apabila wang tunai RM800 dan empat telefon bimbit diambil selain lampu belakang kereta dipecahkan. “Suspek dan rakan diharap diheret ke muka pengadilan dan terima hukuman setimpal,” katanya.

Sepanduk lucah, PKR kecewa

MARAN - Ceramah Perdana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Maran semalam diperlekehkan pihak tertentu yang memasang kain rentang bertulisan lucah dan tidak bermoral.

Dua kain rentang bertulisan ayat lucah dan menghina itu dipasang berdekatan lampu isyarat berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sempena kehadiran pemimpin pembangkang bagi menyampaikan ceramah di Markas Pas Bandar Maran.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran, Bustamin Bakar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap mentaliti pihak berkenaan sehingga sanggup menyediakan kain rentang sedemikian.

Menurutnya, ia membuktikan keresahan kalangan mereka yang gusar dengan kehadiran Anwar sekali gus membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat yang kini mendapat sokongan penduduk luar bandar.
“Tidak perlu melakukan tindakan tidak berakhlak ini kerana pembangkang tidak mengacau bila Umno buat program politik.

“Pihak kami menganggap ia hanya tindakan kebudak-budakan kerana mereka seharusnya lebih rasional dan menghormati orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran, Khairul Amin Osman menafikan dakwaan tindakan memasang kain rentang itu mempunyai kaitan dengan Pemuda Umno Bahagian Maran.

Dalam pada itu, Anwar dalam ceramahnya menyentuh tindakan penganjur pertandingan nyanyian lagu Mandarin yang berlangsung pada masa sama dengan jarak hanya 200 meter dari pentas ceramah perdana itu.

“Ini tindakan biadab dan tolong sampaikan salam saya kepada pihak penganjur,” katanya.
Namun, pihak penganjur pertandingan itu, MCA Bahagian Maran memaklumkan bahawa pihak mereka sudah lama merancang program tersebut sebelum mengetahui akan kehadiran Anwar pada masa dan tarikh sama.

Katanya, penganjur tidak dapat membatalkan pertandingan itu memandangkan ia membabitkan penyertaan peserta berdaftar.

Sumber : Sinar

Gaji Nazmi sebulan RM300,000

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Sumber : Sinar

warga Pakistan Minta ‘Ufti’ RM100 sebulan

NILAI: Samseng warga Pakistan kini dipercayai menguasai kawasan Pusat Jualan Borong Nilai 3, di sini, dengan menjalankan kegiatan meminta ‘duit kopi’ daripada peniaga sebagai wang perlindungan.

Sumber mendakwa kumpulan samseng terbabit dikatakan memeras ugut peniaga berkenaan sejak beberapa tahun lalu sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan peniaga tempatan.

Difahamkan, kumpulan samseng itu meminta wang perlindungan RM100 sebulan dan sekiranya tidak mengikut arahan, samseng terbabit mengugut menimbulkan kekacauan di premis individu itu.

“Kebanyakan peniaga tempatan di sini takut berikutan tidak tahan kerana terpaksa membayar wang perlindungan setiap bulan. “Ini berikutan, warga Pakistan menjalankan perniagaan di situ terlalu ramai hingga mereka membentuk komuniti tersendiri seolah-olah adalah tempat mereka sehingga berani menubuhkan kumpulan gengster,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman mengakui pihaknya menerima maklumat mengenai kebanjiran peniaga warga asing di kawasan itu termasuk ada kumpulan meminta wang perlindungan.

“Bagaimanapun, kegiatan itu di luar bidang kuasa jabatan ini, namun kami menjalankan pemantauan dan operasi dari semasa ke semasa,” katanya selepas melancarkan Ops 6P di pusat beli-belah itu jam 9.30 pagi semalam.

Dalam operasi dibantu 196 pegawai dan anggota dengan kerjasama Jabatan Imigresen Melaka, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Selangor, 106 warga asing berusia antara 18 dan 40-an ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963. “Kami menjalankan pemeriksaan berperingkat dan menahan 88 lelaki dan 18 wanita atas kesalahan tidak memiliki dokumen serta tinggal lebih masa di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Dalam operasi sama, pihaknya mengesan terdapat pendatang asing yang didapati berlumba-lumba membeli slip pendaftaran 6P palsu dijual sindiket pada harga RM300 setiap satu. “Pendatang terbabit dipercayai mendapatkan khidmat sindiket pemalsuan slip berkenaan yang aktif dipercayai diuruskan syarikat berpangkalan di Pontian, Johor,” katanya. “Kegiatan ini terbongkar selepas kami mendapati lelaki Indonesia berusia 20-an memiliki slip pendaftaran 6P palsu,” katanya.

Sumber : Metro

Sultan Johor milik WWW 1

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, mencipta sejarah apabila memiliki nombor pendaftaran WWW 1 dengan bidaan tertinggi negara berjumlah RM520,000, semalam.

Bidaan itu memadamkan rekod bidaan tertinggi sebelum ini bagi nombor pendaftaran MCA 1 bernilai RM300,100, dua tahun lalu.

Difahamkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya menyenaraikan nombor pendaftaran kenderaan paling mahal dalam sejarah itu milik Sultan Ibrahim.

Turut tersenarai dalam senarai pembida yang berjaya membeli nombor plat premium adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi nombor pendaftaran WWW5 pada harga RM220,000. Jurucakap istana berkata, Sultan Johor melakukan bidaan itu dan kini menunggu pengesahan JPJ.

“Sultan masih menunggu pengesahan rasmi daripada JPJ. “Malah, belum pasti lagi baginda akan menggunakan plat itu untuk kenderaan tertentu.

“Baginda masih menunggu pengesahan rasmi daripada JPJ mengenai keputusan lelongan terbabit,” katanya.


Sultan Ibrahim memiliki beberapa siri nombor pendaftaran lain termasuk JJJ 1, JJ 1 dan JJ 2.

Sumber : Metro

Mati dengan kesan kelar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia 30-an ditemui mati tertiarap dalam longkang loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini, dengan kesan kelar pada leher serta beberapa luka di tangan dan badan pada jam 11.30 pagi semalam.

Mangsa dipercayai cuba melarikan diri ketika diserang berdasarkan kasutnya yang tertanggal di kawasan berhampiran sebelum dia terjatuh dalam longkang beberapa meter dari tempat kasutnya ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian turut menemui sebilah parang, namun belum pasti sama ada senjata berkenaan digunakan untuk membunuh mangsa.

Sumber : Metro

remaja perkosa adik sebelum samun

GOMBAK: Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal memintas dan mengarahkannya berhenti.

Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang ketakutan akur arahan mereka.

“Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian itu.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka dengan gadis yang didakwa dirogolnya,” katanya.

Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu dicederakan.

“Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun. Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya keseorangan,” katanya.

Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Sumber : Metro

Mati merajuk

RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk.

Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.


Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.

Sumber : Metro

anjing liar baham mayat

KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini.

Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari.

Sumber : Metro

Monday

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER

Segmen menambah follower ini dianjurkan oleh amercorner.blogspot....
Jom tambah follower anda dengan mengKLIKkan banner dibawah

Semoga dengan adanya segmen seperti ini akan menambah lagi bilangan follower kita dan menguatkan lagi hubungan silaturahin sesama bloggger......


Londeh seluar di mahkamah

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret, di sini, semalam gempar apabila pemuda yang dituduh atas kesalahan mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh.

Perlakuan tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 25, yang separuh bogel itu telah menggemparkan suasana di mahkamah, sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim terpaksa mengarahkan polis bertugas agar menggari kedua belah tangannya sepanjang pertuduhan dijalankan.

Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang turut meracau-racau kononnya menampakkan dia seorang yang tidak waras sambil memohon agar mahkamah menghantar dirinya ke wad sakit jiwa kerana mendakwa sudah lama tidak makan ubat.

“Bos (Majistret), saya memang melakukan curi itu tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat,” katanya yang telah menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 22 Mei lalu jam lebih kurang 7 petang hingga 23 Mei lalu jam lebih kurang 8.55 pagi bertempat di kedai menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dalam sangkar dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan RM5,000.

Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi kemudiannya memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetepkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Sinar

Hasan Ali: 4 negeri sasaran murtad

AYER KEROH - Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

“Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka.

Sumber : Sinar

Himpunan Jutaan Belia: 22 cedera, 3 parah kereta drag terbabas

PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan ketika itu Sinar Harian difahamkan lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.

Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.

Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.
Mohd Nizam berkata, pihaknya mengarahkan penonton untuk berada di lokasi dalam jarak yang selamat sebelum perlumbaan itu bermula.

“Kita cakap kepada mereka, kalau tidak mahu pergi duduk jauh pada jarak yang selamat, kita tidak akan mulakan perlumbaan ini,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.

Sumber : Sinar

Pelajar pintar selesaikan teori Sir Isaac Newton

BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

Sumber : Sinar

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Sumber : Sinar

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor