Translator

Saturday

Sosej berperisa pasir

KUANTAN – Seorang kakitangan swasta tidak dapat menikmati sosej berperisa lada hitam kegemarannya selepas merasa pasir ketika mengunyah sosej itu.

Roslam Mohamad, 46, berkata, dia membeli sosej itu bersama isterinya, Norehan Zakaria, 37, di sebuah pasar raya, di sini malam kelmarin.

Menurutnya, ketika pulang dari pasar raya berkenaan, dia meminta isterinya untuk menyediakan sosej tersebut, namun kecewa setelah merasainya.

“Pada mulanya, saya menyangka rasa kasar itu ialah serbuk lada hitam yang ada di dalam sosej berkenaan.

“Namun, setelah beberapa kali merasa benda yang sama, saya jadi pelik. Dalam fikiran saya, takkanlah serbuk lada hitam sekasar itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 6, di sini semalam.

Tambahnya lagi, isterinya juga turut mengadu perkara yang sama setelah memakan sosej itu.

“Bila isteri saya menyatakan perkara yang sama, saya yakin bahawa ‘benda’ kasar itu ialah pasir, bukannya serbuk lada hitam yang tidak hancur.

“Saya dan isteri juga cuba untuk menguraikan isi sosej itu dan mendapati isinya bercampur dengan pasir,” katanya.

Roslan berkata, dia sering menjadikan sosej sebagai hidangan malamnya namun itu adalah kejadian pertama dialaminya.

“Sebelum ini, saya pernah membeli makanan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama dengan sosej itu. Puas hati dengan produk yang dihasilkan membuatkan saya ingin membelinya lagi.

“Namun, apa yang berlaku membuatkan saya benar-benar serik dan akan berhati-hati selepas ini,” katanya.

Katanya, jika benar tekstur kasar yang dirasainya itu pasir, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab lebih peka serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengguna.

“Jika dibiarkan, saya bimbang ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Justeru, saya harap pihak terbabit mengambil tindakan segera serta meneliti semula bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej itu,” katanya.

Sumber : Sinar

Lelaki ramah tiba-tiba keluar pisau

PETALING JAYA: Seorang jurujual pakaian yang menaiki bas dari Subang Perdana menuju ke ibu negara disamun lelaki yang duduk di sebelahnya selepas diugut akan dicederakan dengan pisau.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, suspek yang menaiki bas di hentian bas Sungai Way pada mulanya bersikap peramah apabila bersalaman dengan mangsa dan menceritakan kisah hidup yang menyedihkan.

Menurut sumber, mangsa lelaki yang berusia 18 tahun itu kemudiannya terkejut apabila suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan mengacu senjata itu ke pinggangnya serta mengarahkannya supaya jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan.

“Bimbang ditikam, mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri dan suspek meminta mangsa menyerahkan dompet berisi kad pengenalan, kad mesin juruwang automatik (ATM), wang tunai RM80 serta jam tangan.

“Kejadian itu tidak disedari penumpang lain kerana mangsa tak berani meminta bantuan. Selepas memperoleh habuan, suspek turun di Kerinchi dan segera menghilangkan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian memaklumkan kejadian samun itu kepada pemandu bas sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Way.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Sumber : Metro

20 Penuntut Kolej Buat Kecoh di balai Polis

GOMBAK: Bagaikan kumpulan kongsi gelap, seramai 20 penuntut sebuah kolej kemahiran di Rawang, dekat sini, bertindak samseng apabila membuat kekecohan di Balai Polis Rawang selepas mendapat tahu mangsa yang dipukul mereka membuat laporan di balai itu, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun tindakan mereka itu mengundang padah apabila mangsa mengecam suspek berusia lingkungan 17 hingga 20-an itu memberitahu polis menyebabkan 12 ditahan sementara yang selebihnya melarikan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian jam 1 pagi itu, 20 suspek terbabit didakwa menyerang tiga mangsa yang juga penuntut di kolej berkenaan kerana mangsa didakwa tidak menghormati mereka yang lebih senior.
“Ketiga-tiga mangsa dikepung di dalam bilik dibelasah selama beberapa minit sebelum mereka berjaya meloloskan diri.

“Dalam keadaan kepala berlumuran darah akibat pukulan terbabit, ketiga-tiga mangsa terus ke Balai Polis Rawang untuk membuat laporan,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang masih tidak berpuas hati bertindak mengejar mereka sehingga ke Balai Polis Rawang menyebabkan berlaku kekecohan sehingga terpaksa ditenangkan anggota polis yang bertugas.


“Mangsa yang ketakutan kemudian menceritakan kejadian menimpa mereka kepada pihak berkuasa, menyebabkan polis menahan suspek,” katanya.

Sumber : Metro

Mati dibelasah

KOTA TINGGI: “Masih terngiang-ngiang lagi janjinya untuk membantu keluarga, tapi itu semua tinggal kenangan,” kata Jalil Jusoh, 55, selepas anaknya Syaiffudin, 26, meninggal dunia akibat dibelasah pada hari pertama dia sepatutnya mendaftar untuk bekerja di sini, semalam.

Syaiffudin, yang lebih mesra dipanggil Din ditemui tidak sedarkan diri pada jam 8.40 malam kelmarin, di Dewan Serbaguna Kampung Makam, dipercayai menjadi mangsa belasahan sekumpulan individu.


Din dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru namun dia disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi, semalam.

Menurut Jalil, Din anak sulung daripada empat beradik sepatutnya mendaftar bekerja di sebuah syarikat di Johor Bahru sebagai pembantu teknikal, semalam.


“Din baru menamatkan pengajian di Pusat Giat Mara Pengkalan Batu, Mersing, beberapa bulan lalu dan begitu bersemangat untuk bekerja malah turut berjanji akan menyara persekolahan adiknya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT.

Sumber : Metro

Hakim menangis jatuh hukuman

KUCHING: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, semalam yang mulanya tenang tiba-tiba bertukar sedih apabila Hakim Yew Jeng Kie turut mengalirkan air mata sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang remaja yang mengaku bersalah membunuh dan menanam mayat rakannya di belakang sebuah rumah, tahun lalu.

Ia bermula ketika Yew dalam penghakimannya membacakan latar belakang tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 20, yang didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim dalam kejadian Januari tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan hadirin terdiam seketika sebelum Yew membacakan penghakimannya selepas tertuduh sebelum ini membuat pengakuan bersalah.
Mengikut fakta kes, Abang Ibrahim yang menghadapi tuduhan pilihan didakwa membunuh Taufik di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Kota Samarahan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 15 Januari 2011.

Sebelum kejadian, tertuduh pada jam 12.30 tengah hari, hari sama dikatakan bertemu mangsa di sebuah kedai di Kampung Sadong Jaya bagi berbincang mengenai kes kecurian motosikal.

Perbincangan itu berlangsung kira-kira sejam apabila mangsa menuduh tertuduh terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal. Bagaimanapun, setengah jam kemudian, mangsa didakwa mengeluarkan kata-kata kesat hingga mengundang kemarahan tertuduh.

Kemarahan itu menyebabkan tertuduh mengambil kayu lalu menghayun dan terkena bahagian belakang kepala menyebabkan mangsa terjatuh.

Tertuduh menghayun kali kedua dan hayunan itu menyebabkan mangsa terus tidak bergerak. Keadaan itu menyebabkan tertuduh panik sebelum mencampakkan kayu digunakan dalam kejadian itu ke kawasan hutan nipah berhampiran.
Tertuduh mengambil cangkul untuk menggali lubang di belakang rumahnya bagi menanam mayat mangsa yang sudah meninggal dunia.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili Abdul Rahman Mohd Hazmi.

Sumber : Metro

Isteri Bunuh Diri

KOTA BHARU: Seorang peniaga ayam yang bergegas ke sebuah bilik di rumahnya selepas mendengar tangisan anak perempuannya berusia 10 bulan, sebak apabila melihat isterinya tergantung di alang bumbung bilik berkenaan dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Zulkifli Azmi, 25, tidak menyangka kepulangannya ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya, Miss Apinyar Datubahae, 26, yang juga warga Thailand berakhir insiden memilukan apabila dikejutkan dengan kematian isterinya. Zulkifli berkata, ketika pulang ke rumah dia mendengar tangisan bayinya, Siti Nur Aishah Ateiyra dari sebuah bilik dan bergegas menjenguknya.

Katanya, sebaik masuk dalam bilik, dia terkejut melihat isterinya menggantung diri menggunakan tali.
“Saya segera mendukung anak dan memaklumkan kejadian itu kepada ayah sebelum menghubungi polis dan meminta bantuan penduduk kampung.

“Kejadian itu mengejutkan, namun isteri menunjukkan perubahan selepas pulang dari Kampung Wing, Thailand dua bulan lalu. Dia seperti mengalami tekanan apabila tidak banyak bercakap, sering marah dan pernah mengelar lengannya,” katanya yang berkahwin dengan isterinya lebih setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian berkenaan sebagai mati mengejut.

Sumber : Metro

Minta RM500, rampas van

KAJANG: Keengganan membayar wang perlindungan sebanyak RM500, seorang pemandu van cedera dibelasah selain diugut kenderaannya dibakar ketika dia menghantar barang di sebuah kilang di Semenyih, dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua lelaki berusia 30-an yang iri hati beranggapan mangsa, 32, ingin ‘merampas’ kawasan mereka yang turut menjalankan khidmat mengangkut barang tekstil.

Akibatnya, mereka bertindak nekad mengacau mangsa sejak empat minggu lalu apabila merampas van dan meminta perlindungan RM500 jika ingin meneruskan pekerjaannya.

Menurut sumber, mangsa pernah menyerahkan wang diminta menyebabkan dia enggan membuat bayaran kali kedua apabila suspek memintanya sekali lagi pada Rabu lalu. “Akibatnya, mangsa dibelasah dengan topi keledar dan ditumbuk bertubi-tubi dan diugut kenderaannya akan dibakar. Selepas hampir 10 minit dibelasah, suspek beredar dan mangsa yang cedera di kepala, muka dan badan mendapatkan rawatan di klinik sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan seorang daripada suspek ditahan di Hulu Selangor beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum dia dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Metro

Cinta sampai mati

KLANG: Seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih ditemui rentung dalam bilik di tingkat dua rumah kedai empat tingkat dalam kebakaran di Jalan Hulu Balang 26, Taman Ablelink, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Chua Keh Siong, 40, dan Seh Pei Kim, 34, dipercayai mati akibat lemas berikutan kebakaran yang memusnahkan satu daripada tiga bilik di rumah kedai itu.

Difahamkan pihak forensik bomba menemui satu tong bahan bakar di dalam bilik berkenaan, namun masih menyiasat sama ada bahan itu menjadi punca kebakaran berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Penolong Kanan Penguasa Zulkifli Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 6.14 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian. Zulkifli berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memecah pintu utama rumah kedai berkenaan kerana tujuh kunci mangga digunakan untuk mengunci pintu utama.

Katanya, sebaik pintu dapat dipecahkan, bomba menemui mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam bilik utama rumah berkenaan.

“Mayat Chua dijumpai berhampiran pintu bilik manakala mayat Seh pula ditemui di atas katil.

“Sewaktu bomba tiba, api di dalam bilik berkenaan tidak lagi marak dan ini memudahkan bomba menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

“Bomba dapat mengawal keadaan kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan 15 anggota dari Balai Bomba Andalas dan Kota Raja,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau berkata, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba dan mayat kedua-dua mangsa kebakaran itu sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Sumber : metro

Gadis Muda pecah flat

SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.


Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.

Sumber :Metro

Friday

Ikat, pukul warga emas

GEORGETOWN: Sekumpulan penjenayah bertindak kejam dengan memukul dan mengikat seorang wanita warga emas ketika menyamun rumah wanita berkenaan di Jalan Anson, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 66 tahun berseorangan di rumah manakala anaknya yang berusia 30 tahun berada di pejabat.

Ketika kejadian, tiga lelaki menaiki kereta Proton Waja berhenti tidak jauh dari rumahnya dan dua daripada mereka bersenjatakan kuku kambing masuk dengan mengumpil pintu depan.

Mereka mengikat wanita warga emas berkenaan menggunakan wayar dan turut memukul kepala mangsa berulang kali dalam usaha memaksanya memberitahu barang berharga yang ada dalam rumah berkenaan.

Penjenayah kemudian menyelongkar mencari barang berharga dalam rumah berkenaan dan mereka berjaya melarikan barang kemas serta jam tangan jenama Rolex yang semuanya dianggarkan bernilai hampir RM10,000.

Difahamkan, ketika keluar dari rumah itu, ada jiran ternampak dan sempat bertanya apa yang mereka lakukan sebelum dua penjenayah itu memberitahu mereka mempunyai ‘urusan’ dengan penghuni rumah berkenaan.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, dua penjenayah terbabit terus melarikan diri bersama seorang lagi rakan yang sudah sedia menunggu dalam kereta.

Mangsa kemudian menghubungi anak perempuannya sebelum dia membuat laporan polis. Susulan itu, sepasukan anggota polis forensik tiba dan menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Sumber : Metro

Mangsa teknologi

KUALA LUMPUR: Ketaksuban orang ramai terhadap telefon pintar pada masa kini menyebabkan pengguna menjadi mangsa kepada teknologi itu sendiri.

Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), M Matheevani berkata, pada 2010 saja, sebanyak 3,102 kes telah dilaporkan membabitkan perkhidmatan alat telekomunikasi berkenaan yang mencetuskan pelbagai isu dan masalah kepada pengguna dan jumlah itu meningkat mendadak pada tahun lalu.

“Berdasarkan aduan, kami dapati antara masalah diadukan pengguna termasuk caj data Internet tidak dinyatakan secara jelas ketika langganan dibuat seperti perkhidmatan ‘roaming’ dan caj tambahan bagi web tertentu.
“Ada pengguna yang terpaksa menanggung sehingga RM20,000 melalui satu bil saja. Ini berlaku kerana mereka sendiri tidak menyedari sejauh mana penggunaan telefon pintar itu dan caj tambahan di sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, bilangan kes yang diterima pihaknya membabitkan isu sama sudah pun mencecah kira-kira 200 aduan dengan purata kerugian setiap pengadu lebih tinggi berbanding kebanyakan kes lain sebelumnya.

Data NCCC juga menunjukkan isu telekomunikasi dan multimedia menduduki tangga teratas dua tahun berturut-turut kebelakangan ini dan tidak mustahil ia mempamerkan situasi sama tahun ini.

Katanya, perkara itu akan bertambah membimbangkan sekiranya tahap kesedaran pengguna mengenai penggunaan telefon pintar ini masih cetek dan tidak berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan ditawarkan syarikat telekomunikasi masing-masing.

“Pengguna seharusnya memastikan mereka memperoleh maklumat yang lengkap mengenai penggunaan data dan perkhidmatan telefon pintar mereka kerana kebanyakan kes ini berlaku berpunca daripada kecuaian sendiri,” katanya.

Sumber : Metro

Diperkosa bakal abang ipar

KUCHING: Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini.

Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.

“Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.

“Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek. “Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

8 kereta jadi mangsa khianat

IPOH: Lapan pemilik kereta di beberapa taman perumahan sekitar Pengkalan di sini, kebingungan apabila kereta masing-masing menjadi mangsa perbuatan khianat yang memecahkan cermin menggunakan batu-bata.

Kejadian berlaku antara jam 8 malam hingga 10 malam kelmarin itu, membabitkan penduduk di kawasan perumahan Taman Desa Pakatan, Taman Pinji Mewah dan Taman Pengkalan Jaya, Pengkalan, di sini.

Mangsa, Yip Yoot Leong, 51, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya di Taman Desa Pakatan di sini, apabila dimaklumkan kejadian itu oleh seorang pengawal keselamatan bertugas.
Dia yang bekerja sebagai mekanik, segera memeriksa keretanya dan mendapati cermin hadapan pecah.

“Saya menemui sebiji bata dalam kereta dipercayai dilempar penjenayah untuk merosakkan kereta saya itu,” katanya yang kerugian kira-kira RM800 serta membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai, di sini.

Seorang lagi mangsa, Susan Tung Soo Wan, 42, berkata, dia terkejut apabila mendapati kenderaan pelbagai Toyota Wish turut menjadi sasaran.

“Saya terdengar bunyi kaca pecah disusuli enjin motosikal lalu keluar memeriksa, tetapi suspek sudah melarikan diri,” katanya.

Nasib malang menimpa penduduk turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman yang membuat lawatan di sekitar kawasan perumahan berkenaan tengah hari semalam.
Hamidah berkata pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan akan menghantar surat aduan kepada pihak polis Ipoh bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan.

Sumber : Metro

Budak terlampau perkosa jiran

PADANG BESAR: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya.

Sumber : Metro

Budak terlampau perkosa jiran

PADANG BESAR: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya.

Sumber : Metro

‘Beli anak’ ikut saluran betul

KUALA LUMPUR: Rakyat tempatan khususnya pasangan berkahwin yang ingin mengambil anak angkat dinasihatkan mengikut saluran formal menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbanding ‘membeli’ anak daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, tiada masalah besar sekiranya rakyat tempatan mahu mengambil anak angkat, malah pihaknya sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang mahu membela kanak-kanak malang.

“Daripada mereka mengambil dengan pihak tidak bertanggungjawab, terdedah kepada sindiket penjualan bayi akhirnya menyusahkan mereka. Apa salahnya jika benar mahu mengambil anak angkat, gunakan saluran betul, formal menerusi agensi kerajaan.
“Kami bukan pihak yang cuba mengaut keuntungan, sebaliknya JKM adalah badan yang cuba membantu mana-mana pasangan, kami memudahkan cara bukan meremehkan. Tidak susah pun sekiranya memohon anak angkat dengan kami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai bayi lelaki berusia empat bulan yang berjaya diselamatkan polis ketika hampir dijual kepada seorang wanita tempatan dengan harga RM4,000 oleh seorang lelaki warga Myanmar.

Proses ‘jual beli’ itu yang dilakukan di sebuah bar di Jalan Hang Kasturi, di sini, dihidu polis dan ketika serbuan lelaki Myanmar terbabit mendukung bayi lelaki dan berunding dengan seorang wanita tempatan.

Mengulas lanjut, Noormah berkata, tidak dinafikan terdapat pasangan atau rakyat tempatan yang mahu mendapatkan anak angkat dengan cara mudah termasuk menerusi urusan jual beli.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan proses mendapatkan anak dengan cara begini memberi risiko apatah lagi ibu bapa tidak dibekalkan maklumat menyeluruh mengenai bayi termasuk laporan kesihatan dan keturunannya.
“Sebab itu, perlu (ambil anak angkat) menerusi JKM kerana setiap permohonan diteliti, kami akan melakukan siasatan, adakan laporan sosial yang menyatakan jelas latar belakang anak dan rekod kesihatannya. “Cara ini lebih baik daripada menerusi sindiket. Prosedur tetap ada, tetapi tidak sehingga menyusahkan pemohon,” katanya.

Sumber : Metro

Sehati sejiwa lemas dalam kereta

SUBANG JAYA: Sepasang kekasih ditemui mati di dalam kereta dipercayai akibat lemas selepas terhidu gas penyaman udara dalam kejadian di sebuah bengkel kereta di Bandar Bukit Puchong, di sini, semalam.
Kejadian itu disedari bapa mangsa pada jam 1 tengah hari, selepas mendengar bunyi enjin kereta di dalam bengkel milik anak lelakinya yang juga mangsa berusia 32 tahun.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, ketika bapa mangsa sampai di bengkel dia mendengar bunyi enjin kereta dan radio sebelum mengetuk pintu.
“Selepas panggilan tidak disahut, ayah mangsa membuka pintu bengkel dan mendapati anaknya bersama seorang wanita berusia 26 tahun tidak sedarkan diri dalam kereta yang enjinnya masih hidup.

“Bapa mangsa meminta bantuan ahli keluarga lain dan membawa mereka ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun pihak hospital mengesahkan kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mereka.

Sumber : Metro

Sekolah diserang Hantu

KUALA LANGAT: Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari, semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.

Kejadian bermula apabila seorang perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut ‘dijangkiti’ histeria.

Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.

Seorang pekerja sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.


Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan.

Sumber : Metro

Seru tujuh roh

JOHOR BAHRU: Rumah yang pernah dihuni tujuh beranak yang kemudiannya mati serentak akibat dibunuh 11 tahun lalu, kini menjadi tumpuan kaki judi yang menjadikan premis di Johor Jaya di sini itu sebagai pusat pemujaan bagi mendapat nombor ekor.

Harian Metro diberitahu, penghuni rumah itu membabitkan sepasang suami isteri dengan lima anak mereka, satu lelaki dan empat perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam dalam satu kejadian 11 tahun lalu.
Ketika tinjauan ke rumah itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai, didapati kediaman itu sudah berubah wajah dan kelihatan seperti pusat ibadat dan golongan kaki judi dikatakan banyak berada di situ bagi melakukan pemujaan pada waktu malam.

Pemujaan terhadap roh semua mangsa yang mati akibat ditetak dengan kejam itu dilakukan dengan menyembah gambar mereka mangsa yang masih berada di dalam rumah berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, tindakan golongan kaki judi itu menjejaskan keselesaan masyarakat yang tinggal berhampiran kediaman berkenaan.

Sumber : Metro

Anak Perempuan Yang Terkejam

GOMBAK: “Sudahlah mereka ugut nak bunuh anak saya, nak berjumpa dengan isteri saya pun, saya terpaksa lakukan secara sulit sedangkan sebelum ini saya yang membesarkan mereka.”

Itu keluhan seorang lelaki yang kecewa dengan tindakan dua anak tiri perempuannya berusia 17 dan 20 tahun yang didakwanya turut pernah mengancam mencederakannya dengan parang serta merosakkan motosikalnya.
Dia yang mahu dikenali sebagai Dollah, 48, yang cacat di kaki akibat kemalangan jalan raya pada 2010, kini hanya berpeluang berjumpa dengan isteri keduanya itu seminggu sekali secara sulit, sama ada di restoran ataupun tempat kerja wanita itu.

Dollah berkata, selepas perkahwinan dengan isteri keduanya itu pada 2005 dia mengambil tanggungjawab membesarkan empat anak tirinya iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.


“Hasil perkahwinan ini saya dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun, tetapi sejak empat bulan lalu saya langsung tidak dapat berjumpa anak saya itu kerana dihalang dua kakak tirinya.

Sumber : Metro

Tuesday

Gambar Proton Preve Baru Terbaik

Proton PREVE red


Proton Preve White



DALAMAN
 

produk minuman kesihatan terkenal Beracun

IPOH: Impian untuk kurus dengan segera boleh mendedahkan pengguna terhadap risiko penyakit gila dan maut apabila sejenis produk minuman kesihatan terkenal didapati dicampurkan kimia beracun diharamkan.

Kewujudan kimia berbahaya sibutramine itu turut mencetuskan persoalan apabila pemilik syarikat mendakwa produk berkenaan dihasilkan 100 peratus daripada kandungan teh hijau dan pelbagai herba botani terpilih.

Produk minuman pelangsingan tubuh itu bagaimanapun dirampas selepas serbuan serentak di seluruh negara terhadap syarikat dan stokis produk itu oleh pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi semalam.

Dalam pemeriksaan di pejabat syarikat itu di Greentown, di sini, sepasukan tiga pegawai BPF melakukan soal siasat sebelum menemui 465 peket produk pelangsingan tubuh itu.


Jurucakap BPF berkata, produk milik syarikat terkemuka itu dijual dengan harga RM40 sekotak dan didakwa boleh memberi kesan menurunkan berat badan selepas satu hingga dua minggu penggunaannya.

Sumber : Metro

Anak Ditetak Kejam

KOTA MARUDU: Hanya kerana meminta ‘ole-ole’ seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun nyaris disembelih bapa kandungnya yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Timbang Batu, Kota Marudu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, suspek berusia 34 tahun dikatakan naik berang apabila kanak-kanak itu yang tidak menyedari keadaan bapanya yang mabuk, berulang kali mengajukan soalan sama.

Sumber berkata, suspek yang dipercayai bertengkar dengan isteri berusia 42 tahun selepas selesai minum minuman keras di pekan, dikatakan hilang sabar, lalu mengambil parang di dalam rumah dan cuba menetak kanak-kanak itu, tetapi dihalang isterinya.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak liar apabila membelasah isterinya sehingga wanita itu cedera di mata dan tangan.

“Wanita itu kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kota Marudu dan menerima tujuh jahitan di tapak tangan akibat libasan parang sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dan isterinya baru pulang dari pekan Kota Marudu dan sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit dikatakan hilang sabar selepas disapa anak sulungnya berusia lapan tahun.

“Suspek kemudian mengambil parang dan cuba menetak kanak-kanak ini, tetapi sempat dihalang isterinya. Akibatnya, wanita itu terpaksa menerima tujuh jahitan di tangan kanan dan lebam di mata kiri akibat ditumbuk suaminya,” katanya.

Sumber : Metro

Kelar Janda

GEORGETOWN: Hanya kerana enggan berbaik dengan bekas suaminya, seorang wanita menerima 15 jahitan di leher selepas dikelar dengan pisau oleh lelaki terbabit dalam kejadian di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Tanjong Tokong, di sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Khamis lalu, mangsa yang berusia 28 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas polis menerima maklumat daripada penghuni rumah di kawasan berkenaan yang melihatnya dalam keadaan berlumuran darah.


Menurut sumber, sehari sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertemu dengan bekas suaminya di sebuah restoran makanan segera berhampiran rumahnya untuk berbincang mengenai perhubungan mereka.

“Bagaimanapun, sejurus sampai mangsa ditampar bekas suaminya itu membuatkannya terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apa yang berlaku.


“Mangsa kemudian bertanya mengapa dia ditampar dan lelaki terbabit memberitahu dia berang kerana mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya.

Sumber : Metro

Akibat dendam

ALOR GAJAH: Akibat dendam, dua sahabat parah apabila diserang sekumpulan 15 lelaki bersenjatakan parang dan kayu di sebuah taman permainan di Durian Tunggal, di sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 10 malam itu menyebabkan dua mangsa yang juga lelaki berusia awal 20-an dikejarkan ke hospital kerana parah di anggota badan akibat ditetak dan dibelasah menggunakan kayu.

Lebih mencemaskan, lima rakan mangsa yang berada di tempat kejadian turut diancam dengan parang supaya tidak mencampuri urusan mereka sekiranya tidak mahu menerima nasib sama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada dendam lama antara ahli kumpulan terbabit dengan mangsa.

“Akibat serangan itu, dua mangsa parah dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan manakala lima rakannya tidak dicederakan.

“Dua lelaki itu cedera serius di kepala selain patah pergelangan kaki kiri dan cedera di tangan,” katanya.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian melakukan operasi mengesan kumpulan lelaki yang menyerang mangsa di Durian Tunggal dan menahan empat suspek tidak lama selepas itu.

Sumber: metro

ahli Geng Lastik dicekup

IPOH: Satu sindiket curi kereta mewah digelar Geng Lastik mempunyai taktik unik melarikan kereta milik mangsa apabila menggunakan lastik dan beberapa biji guli sebagai modal memudahkan kegiatan jenayah.

Berbekalkan ‘senjata’ itu, sindiket dianggotai tiga individu termasuk seorang pakar kunci kenderaan terlebih dulu akan ‘mencuba nasib’ dengan melastik ke arah tingkap cermin kediaman mangsa bagi memastikan kewujudan penghuni rumah. Selepas mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni, suspek kemudian akan memecah masuk rumah mangsa sebelum melarikan kereta mewah dengan menggunakan kunci pendua.

Bagaimanapun, kumpulan samun yang dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu itu akhirnya tumpas selepas polis memberkas ketiga-tiga suspek berusia antara 30 dan 40 tahun ketika mereka bersembunyi di hotel murah di Taman Ipoh di sini, kira-kira jam 1.10 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata hasil siasatan ke atas suspek akhirnya membawa kepada penemuan semula dua kereta curi model BMW 1 Series dan Honda Accord bernilai hampir RM320,000 yang turut digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan samun dan pecah rumah di negeri itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua kereta itu dilaporkan hilang oleh pemiliknya awal bulan ini di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Batu Gajah.

Sumber : Metro

Putus tunang RM1.3 juta

JOHOR BAHRU: Satu pasangan yang putus ikatan pertunangan pada 12 April 2010 membuat tuntutan ganti rugi RM1.3 juta - jumlah yang mungkin terbesar dalam sejarah perundangan syariah negara.
Mereka yang merancang mendirikan rumah tangga pada 28 Mei tahun sama, dikatakan memutuskan pertunangan atas sebab peribadi dan masing-masing menfailkan saman menuntut ganti rugi dan teladan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, 21 Ogos 2010.

Bagaimanapun, kes berkenaan dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru semalam, namun kes ditunda hingga 3 Julai ini berikutan seorang peguam tidak dapat hadir.

Datuk Zulkipli Shamsudin, Datin Normah Mohd Yunus dan Zuhaira Nadia Zulkipli, 24, selaku plaintif memfailkan tuntutan RM400,000.

Sementara itu, pihak defendan, Kamarul Eddyhazli Zakaria, 30-an membuat tuntutan balik ganti rugi membabitkan RM900,000 terhadap bekas tunangnya itu atas dakwaan apa dilakukan plaintif tidak berasas.

Zuhaira diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Norfaizah Zainudin, manakala Kamarul diwakili peguam bela, Muhammad Nur Hafiz Roslan dan Hafez Zalkapli.

Muhammad Nur Hafiz yang ditemui di luar pekarangan mahkamah berkata, peguam bela Zuhaira (Zainul Rijal) tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menghadiri kursus berkaitan perundangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pihak kami (defendan) sudah mengumpul semua bukti kukuh bagi menyangkal dakwaan plaintif mengatakan pertunangan ini diputuskan anak guam kami.
“Jika tuntutan ganti rugi am RM500,000 dan tuntutan ganti rugi teladan RM300,000 serta beberapa kos lain dengan jumlah keseluruhan RM900,000 dibuat kami ini berjaya dan dibenarkan mahkamah, ia akan menjadi antara kes terawal di negara ini yang membenarkannya,” katanya.

Sementara itu, Zainul Rijal ketika dihubungi Harian Metro berkata, pihaknya tidak dapat hadir semalam atas alasan kukuh dan sudah memaklumkannya terlebih dulu kepada mahkamah.

“Kita tunggu saja 3 Julai nanti, saya akan mengemukakan semua hujah dan keterangan membuktikan anak guam saya di pihak benar.

“Jika mereka (defendan) benar mengapa tidak mengemukakan tuntutan ganti rugi terlebih dulu, sebaliknya mula melakukan (tuntutan) selepas menerima tuntutan daripada kami,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Eddyhazli ketika ditemui Harian Metro semalam berkata, tuntutan dibuat kerana dakwaan dilakukan bekas tunangnya itu tidak berasas.

Katanya, pertunangan diputuskan pihak perempuan dan bukan dirinya, tetapi dia disaman dengan alasan memutuskan pertunangan.

Kamarul Eddyhazli, dari Kuala Lumpur dan Zuhaira Nadia dari Johor Bahru, mengikat tali pertunangan pada 20 Februari 2010 dan dijadual melangsungkan perkahwinan, 28 Mei tahun sama. Bagaimanapun, menurut Kamarul, pada 12 April 2010, ikatan pertunangan mereka terputus atas dasar masalah peribadi.

Sumber : Metro

Lelaki tinggal pasangan lepas ‘kantoi’

PETALING JAYA: Seorang lelaki tergamak meninggalkan pasangannya sendirian untuk diberkas polis selepas mereka ‘kantoi’ ketika mencuri barangan kosmetik di sebuah farmasi di pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, kelmarin.

Perbuatan pasangan terbabit mengambil pelbagai barangan kosmetik di farmasi berkenaan tanpa membayarnya disedari pekerja premis itu lalu memaklumkannya kepada pengurusnya jam 5.45 petang.

“Pasangan itu meninggalkan farmasi tanpa membeli barangan, tetapi pekerja berkenaan mendapati barangan dalam raga tiada lalu mengesyaki dicuri pasangan terbabit,” katanya.

Pengurus farmasi itu dan pekerjanya mencari pasangan terbabit di sekitar pusat beli-belah itu dan menemui suspek wanita lalu menahannya, manakala suspek lelaki melarikan diri.

Wanita itu dibawa ke ke bilik pengurusan pusat beli-belah itu dan disoal.

Pemeriksaan dalam beg wanita itu menemui sekotak kosmetik berjenama bernilai RM109.90 serta beberapa seluar jeans yang masih bertanda harga.


Sumber berkata, wanita terbabit menafikan dia mencuri dan memberi alasan barangan itu milik adiknya sebelum pengurus berkenaan meminta wanita itu menghubungi pasangannya datang ke bilik pengurusan untuk menyelesaikan masalah itu. “Namun, selepas sejam menunggu, lelaki terbabit tidak muncul menyebabkan pengurus farmasi itu menghubungi polis dan menyerahkan wanita terbabit kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan menerima laporan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Sumber : Metro

Penyamun kereta mewah tumpas

KUALA LUMPUR: Selepas sejam mengejar, polis melepaskan enam tembakan dengan dua daripadanya mengenai tayar depan kereta dinaiki empat lelaki di Jalan Gurney di sini, sebelum menahan tiga daripada mereka yang disyaki melarikan kereta Toyota Camry milik seorang lelaki di Kepong, di sini, beberapa jam sebelum itu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sebelum kejadian, empat suspek berkenaan yang berusia antara 28 hingga 35 tahun, menyamun sebuah Toyota Camry di Taman Ehsan, Kepong, kira-kira jam 6.30 petang.

“Ketika kejadian, mangsa yang berada berdekatan keretanya didatangi empat lelaki bersenjatakan parang dan memintanya menyerahkan kunci kereta.

“Mangsa yang ketakutan menyerahkan kunci berkenaan kepada mereka yang datang dengan dua kereta Proton Wira sebelum empat lelaki itu melarikan diri bersama kereta mangsa yang turut mengandungi wang tunai RM1,000, buku cek dan invois ke arah Persiaran Gurney,” katanya.

Pada jam 8 malam, kereta mangsa dikesan di tempat letak kereta sebuah kondominium Lanai Gurney di Persiaran Gurney dan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang tiba di tempat kejadian pada jam 9.15 malam, mendapati empat lelaki berada dalam Toyota Camry berkenaan yang sudah menggunakan nombor pendaftaran palsu, mahu keluar dari kawasan kondominium berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, apabila polis memberi arahan supaya berhenti dan keluar dari kereta, mereka memecut kenderaan berkenaan menyebabkan polis mengejar kereta itu selama sejam dan apabila tiba di satu selekoh di Jalan Gurney Satu, polis melepaskan enam das tembakan ke arah kereta suspek dengan dua mengenai tayar hadapan, dua mengenai bonet belakang dan dua das lagi mengenai pintu sebelah penumpang.

Beliau berkata, empat lelaki terbabit keluar dari kereta dan cuba melarikan diri sebelum dikejar dan berlaku pergelutan menyebabkan tiga daripadanya ditahan tetapi seorang berjaya melarikan diri.

Menurutnya, suspek yang berusia 35 tahun didapati mempunyai 10 rekod jenayah, rakannya yang berusia 30 tahun ada tujuh rekod manakala seorang lagi yang berusia 28 tahun, mempunyai dua rekod jenayah.
Difahamkan, polis turut berjaya merampas dua lagi kenderaan curi beberapa jam selepas itu iaitu di Taman Intan Baiduri, Kepong dan di Pangsapuri San Peng, Cheras.

Sumber : Metro

Budak Dibelasah

 Tanpa motif atau sebab tertentu, remaja lelaki dibelasah dengan batang mop hingga patah tangan kiri serta menerima tiga jahitan di kepala, selain dibogelkan dua lelaki yang dipercayai mabuk.

Dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini jam 2 petang kelmarin, mangsa yang berusia 14 tahun sebelum itu diajak rakannya ke kedai runcit di blok kediaman rumah mereka.

Dia yang enggan mendedahkan identitinya berkata, selepas ke kedai rakannya mengajaknya ke kolam renang pula.

“Saya mengikutnya ke kolam renang tanpa syak tetapi apabila sampai, saya terkejut melihat ada dua lelaki berusia 30-an di situ seolah-olah menunggu kedatangan kami.


“Saya kenal dua lelaki itu kerana mereka juga tinggal di kawasan perumahan kami. Sebaik melihat dua lelaki itu, rakan saya tiba-tiba meninggalkan saya bersendirian di kawasan kolam renang itu,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Sumber : Metro

Anak Yang Melampau

KUALA LUMPUR: Marah ibu mereka berkahwin lain, dua beradik perempuan bertindak melampau apabila mengurung ibu mereka lebih sebulan dalam sebuah rumah di Sentul, di sini, bagi menghalang wanita berusia 49 tahu itu berjumpa suami barunya.

Dua beradik berusia 19 dan awal 20-an itu bertindak demikian kerana menganggap suami baru ibu mereka yang dikahwini sejak empat bulan lalu tidak sesuai serta mempunyai niat jahat terhadap wanita itu.

Menurut sumber, dua beradik itu merancang tindakan mereka apabila menjemput mangsa ke rumah mereka sebelum ‘mengurung’ wanita berkenaan sejak lebih sebulan lalu.

“Sepanjang tempoh dikurung, mangsa diberi makan oleh anaknya, tapi telefon bimbitnya dirampas dan dia tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain,” katanya.


Menurutnya, biarpun bapa tiri mereka datang untuk menjemput isterinya pulang, dua beradik terbabit tidak membenarkannya masuk atau membenarkan ibu mereka keluar berjumpa suami barunya.

Sumber : Metro

Sunday

Jumpa mayat rentung

KULIM: Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan menyayatkan hati apabila rentung 100 peratus di dalam sebuah parit di kawasan belukar di Jalan Padang Meha-Batu Puteh, Sungai Karangan, dekat sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an yang belum dikenal pasti identitinya ditemui dua lelaki yang memikat burung jam 10 malam sebelum memaklumkan polis untuk tindakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, dua lelaki berkenaan dikatakan pergi ke kawasan itu untuk memikat burung sebelum ternampak sesuatu dalam keadaan terbakar lalu memeriksanya.

Menurutnya, sebaik melihat mayat berkenaan di dalam sebuah parit, mereka berpatah balik sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan.

“Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, mayat wanita itu masih dalam keadaan terbakar lalu memadam api sebelum menjalankan pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat itu dipercayai wanita berusia lingkungan 20-an, tetapi tiada pengenalan diri dan polis menjalankan siasatan untuk mengesan identiti mangsa,” katanya.

Sumber : Metro

Pencuri kereta gembira cuma 30 minit

MELAKA: Seorang penjenayah hanya sempat bergaya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berharga RM140,000 yang dicurinya selama 30 minit sebelum ditahan pasukan unit peronda polis di Jalan Taman Merdeka, Batu Berendam, dekat sini, kelmarin.

Malah, difahamkan, kenderaan Mitsubishi ASX 2.0 Mivec itu baru dibeli dan digunakan pemiliknya yang juga seorang pensyarah wanita di sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kenderaan yang diletakkan di pakir rumah menantu mangsa di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh disedari hilang selepas anak pemilik SUV itu terdengar bunyi enjin kenderaan dihidupkan jam 8.15 pagi.

“Menantu dan anak mangsa membuka pintu rumah sebelum mendapati kereta itu tiada. Pada masa sama, mereka mendapati kunci SUV yang disangkutkan di tempat letak kunci di dalam rumah juga tiada.

“Menantu mangsa kemudian membuat panggilan kepada 999 dan membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh sebelum polis melakukan hebahan dan pemantauan dijalankan unit kereta peronda Polis Daerah Melaka Tengah,” katanya pada sidang medianya di sini, kelmarin.

Menurutnya, kenderaan itu dikesan di Jalan Taman Merdeka, Batu Berendam, jam 8.45 pagi oleh sebuah kereta peronda polis dari Balai Polis Batu Berendam.

Sumber : Metro

Bebalnya MAHASISWA ini......

KUALA LUMPUR: Berkhemah di Dataran Merdeka. Itu keputusan diambil 300 mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta, semalam.

Perhimpunan diketuai Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang itu mula berhimpun di Dataran Merdeka jam 2 petang sebelum berarak menuju ke kompleks beli-belah Sogo dan meneruskan perjalanan kembali ke dataran.

Perhimpunan berkenaan diadakan bertujuan menggesa kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN dan memberikan pendidikan percuma.

Safwan berkata, tindakan berkhemah di Dataran Merdeka diambil pihaknya bagi memastikan kerajaan memenuhi tuntutan pelajar.

“Kami akan berhimpun di sini sehingga kerajaan mengambil keputusan memansuhkan pinjaman PTPTN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Superintendan Zulkarnain berkata, pihaknya memantau keadaan dan memastikan perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman dan keamanan orang ramai.

Sumber : Metro

Belajar tinggi-tingi tapi masih bebal lagi ker?
Sorry to say......
Cuba research dulu sebelum bertindak....
Cer citor tahu Mahasiswa ini bertindak kerana mereka cuba membandingkan sistem pendidikan negara kita dengan negara2 yang maju.....
Namun tengoklah dulu keadaan disana sebelum nak buat disini...
Belajar dulu sistem sejarah...
Belajar dulu sistem ekonomi...
Belajar dulu sistem kestabilan....
dan belajar dulu nilai kapitalis dan kerajaan pemerintah.....
Nak belajar percuma boleh.....nak perkhidmatan awam percuma pun boleh...nak hospital percuma pun boleh....
Tapi boleh tak bayar cukai tinggi setiap tahun........boleh tak semua barang tak payah subsidi....
Ini bukan cerita POLITIK yer....kerana cer citor tak berminat....Ini cerita Hakikat ye dan Fakta.....
Balik ler...belajar rerajin...dapat kereja bagus bayar balik then kalau power leh masuk politik dan perintah la sesuka hati.....

Kerana Cincin......

SEBERANG JAYA: Seorang ibu terpaksa menahan sakit hampir tiga jam selepas cincin dipakainya gagal dikeluarkan sehingga menyebabkan jari tangan kanannya membengkak di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, A Devika, 22, menahan kesakitan selepas kakitangan hospital turut gagal membantunya sehingga mereka terpaksa minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Devika berkata, dia memakai cincin itu sejak seminggu lalu sebelum jari telunjuknya membengkak empat hari kemudian.

“Selepas jari membengkak, saya cuba menanggalkan sendiri cincin itu dengan pelbagai cara tetapi gagal,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Menurutnya, tidak mampu menanggung kesakitan, dia ke HSJ jam 4 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan, namun kakitangan hospital juga gagal menanggalkan cincin sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.

Katanya, cincin berharga RM5 itu dibeli di pasar malam berhampiran rumahnya di Butterworth dan dia tidak menyangka kejadian itu berlaku akibat memakainya.

“Mula-mula pakai cincin ini, saya rasa selesa, jadi saya tidak sangka lama-kelamaan jari saya membengkak,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Perai, Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.15 malam dan tiba beberapa minit kemudian.

“Kita terpaksa menggunakan ‘ring cutter’ untuk memotong cincin dan jari mangsa juga membengkak,” katanya.

Sumber : Metro

Buang Bayi Atas Kereta

Apakah salah aku diperlakukna begini
MUAR: ‘Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah’. Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam.
Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis ‘Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak’.

“Saya baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu menghidupkan enjin kereta apabila terpandang kotak gabus diletakkan di atas but.
“Saya sangka ada orang tercicir kotak itu sebelum tergerak untuk membukanya. Apabila dibuka, ia mengandungi beg dan saya terdengar suara bayi menangis,” katanya.

Menurut Rashid, dia terus membuka zip beg dan menemui bayi perempuan cukup sifat yang dibersihkan dan dibalut tuala namun masih bertali pusat.

Katanya, sebelum itu, dia serta jemaah lain terdengar deruan enjin motosikal masuk ke kawasan masjid, namun menyangka ia penduduk yang mahu bersolat.

“Namun sejurus penemuan itu, kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya.

Bayi perempuan itu sempat diazankan jemaah masjid, Ustaz Sulaiman Sarip, 50-an, sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami masih mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Metro

Penyamun Handal Mati Ditembak

Sesak. Akibat Mereka Yang Mati Ditembak
KUALA LUMPUR: Tindakan tiga lelaki tidak mengendahkan arahan supaya memberhentikan kenderaan, sebaliknya menunjuk lagak dengan melepaskan tembakan ke arah polis, membawa padah apabila mereka terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi selepas polis terserempak kereta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, dekat sini, sebelum berakhir di bulatan Cheras, dekat Taman Bilion, dekat sini.

Bagaimanapun, kebijaksanaan anggota polis mengawal situasi ketika berlaku ketegangan harus dipuji kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku, kecuali kemalangan kecil dalam cubaan penjenayah melarikan diri daripada ditangkap sejurus melepaskan tembakan ke arah polis.

Wartawan Metro Ahad yang kebetulan melalui kawasan itu mendapati kejadian mengakibatkan laluan dari Pandan Indah ke ibu negara melalui bulatan terbabit ditutup sementara siasatan dilakukan dan orang ramai di kawasan berhampiran seakan-akan tidak percaya dengan apa disaksikan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian mengakibatkan tiga penjenayah terbunuh manakala dua kenderaan awam rosak akibat dilanggar kenderaan penjenayah.

“Dua daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi maut dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Menurutnya, kejadian bermula selepas sepasukan anggota polis cuba memberhentikan kenderaan dinaiki suspek selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum ia memecut ke arah bulatan sambil melepaskan tembakan.

“Seorang suspek di tempat duduk penumpang depan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pasukan sama membalas tembakan dan akibatnya dua daripada mereka mati di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Metro Ahad difahamkan, ketiga-tiga lelaki berusia 24 hingga 40 tahun itu disyaki terbabit dalam kejadian samun kedai emas membabitkan kerugian lebih RM600,000 di Seksyen 18, Shah Alam, pada 6 April lalu.
Anggota Forensik sedang melakukan siasatan

Ku berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Glock, beberapa bilah parang, sejumlah syabu, barang kemas dan topeng dalam kenderaan dinaiki kumpulan lelaki berkenaan dan seorang daripada mereka didapati mempunyai rekod sejarah lampau berkaitan salah guna dadah dan samun.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kami meminta pemilik kenderaan yang terbabit dalam insiden itu membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber : Metro

Goyang maut Pak Arab

KUALA LUMPUR: Mereka berasal dari Timur Tengah dan memiliki wajah kacak dan bertubuh sasa serta bergaya. Malah, ada antaranya sudah berumah tangga, namun maruah mereka hanya RM600 kerana dengan bayaran sebanyak itu, apa saja boleh dilakukan terhadap mereka, termasuk melihat ‘anu’.

Bayaran untuk menonton lelaki Arab bernafsu songsang itu jauh lebih mahal berbanding caj dikenakan terhadap lelaki tempatan yang hanya bernilai RM75 seperti di pusat istirahat dan urut yang menyediakan tukang urut lelaki.

Sekali imbas, tiada kesalahan boleh disabitkan terhadap pusat rawatan itu kerana ia menyediakan kemudahan urutan sesama jantina, namun yang membezakannya ialah perkhidmatan urutan secara bogel dan badan ke badan (B2B) sesama lelaki.

Mendedahkan perkara itu, seorang pegawai perhubungan awam syarikat swasta di ibu negara yang mahu dikenali sebagai Harry, 28, berkata, dia pernah menonton pakej itu ketika menghadiri majlis hari jadi eksklusif seorang kenalan di sini bersama rakannya, beberapa bulan lalu.

“Ketika itu kami menempah 10 lelaki dari Timur Tengah dan semuanya dibaringkan dalam satu bilik tanpa seurat benang dengan makanan diletakkan di atas badan mereka.

“Saya tak tahu bagaimana mereka berada dalam majlis kami ketika itu. Mereka tak banyak bercakap, tapi saya mendapat tahu mereka dibawa khas kerana ditempah dengan bayaran RM600 seorang.

“Tiada adegan terlarang berlaku sepanjang majlis itu kecuali adegan pegang-pegang kerana kebanyakan lelaki berkenaan mendakwa bukan pengamal seks songsang, sebaliknya hadir sebagai pelayan kerana dibayar untuk ‘menghibur,” katanya kepada Metro Ahad.

Sumber : Metro

Friday

Merungkai misteri tenggelamnya Titanic

WALAUPUN sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Pasifik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.

Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).

Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum.

Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini.

Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.

Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl.

Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya.

"Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya.

Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer.
Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati".

Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam.
Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan.

"Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini.

"Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya.
Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut.

"Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu.

"Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya.

Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu.

"Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi.
Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.

Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

"Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya.

Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak.

"Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya.

"Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula.
Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut.

Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan.

"Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya.

Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut.

"Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore.

Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual.

"Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar.

"Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal.

"Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya.

Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu.
Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut.

"Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman.

"Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912.

"Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi.

Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini.

Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut.

Sumber : KOSMO

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor