Translator

Saturday

Rompak, cedera tunang sendiri

GEORGETOWN - Seorang penganggur berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat selepas dia didakwa melakukan rompakan serta mencederakan tunangnya sendiri di sebuah kondominium di Tanjung Bungah, 27 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, S Gobinathan, 31, dari Kampung Kovil, Kepala Batas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Mengikut pertuduhan, Gobinathan didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.30 petang di hadapan lif, Azuria Condo, Tangjung Bungah.

Dia didakwa melarikan seutas rantai leher emas, subang emas, seutas rantai tangan emas, seutas rantai kaki emas dan telefon bimbit milik V Kalaivani, 34, tahun.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bibir mangsa pada kejadian itu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mac untuk penyerahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Selvaranjini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor