Translator

Wednesday

Telan dadah ke tali gantung

SHAH ALAM: Seorang mekanik warga Iran dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar hampir 1.5 kilogram (kg) syabu yang sebahagian daripadanya ditelan dalam bentuk kapsul, di Sepang, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmadi Moharam Lotfollah, 23, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Noor Azian pada penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh selepas diperintah membela diri adalah keterangan ditokok tambah.

Beliau berkata, cerita tertuduh mengenai individu yang mengarahkannya untuk menelan kapsul syabu itu sebelum ditahan tidak pernah dibangkitkan pada peringkat kes pendakwaan.

Katanya, adalah mustahil beg dibawa tertuduh ketika tangkapan milik orang lain berdasarkan jahitan bahagian tersembunyi mengandungi dadah di dalamnya sangat kemas. Oleh itu, katanya, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membela diri sebagai tidak logik.

“Tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan dan dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan pertama, warga asing itu didakwa mengedar 1.149kg syabu di depan pintu 5, Balai Ketibaan Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 3 Februari 2010.



Dia juga didakwa atas pertuduhan kedua mengedar 274 gram dadah sama yang ditelan dalam bentuk kapsul di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur, antara 3 dan 5 Februari tahun sama.

Bagi setiap pertuduhan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor