Translator

Sunday

Syabu Malaysia bermutu tinggi

TAIPING - Dadah jenis syabu dari Malaysia diakui sebagai paling bermutu tinggi dan mendapat permintaan banyak dalam kalangan penagih dari Indonesia.

Berikutan itu, kegiatan pengedaran dan penyeludupan syabu dari Malaysia semakin menjadi-jadi kerana ia mendapat tempat dalam kalangan penagih dadah republik berkenaan.

Perkara itu turut diakui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim yang berkata, penyeludupan dadah syabu secara besar-besaran adalah disebabkan permintaan tersebut.

Beliau berkata, syabu yang diseludup dari negara ini didakwa mempunyai kualiti lebih baik ekoran ia dihasilkan dari Pakistan atau Iran sebelum dibawa masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, syabu tersebut bukan buatan Malaysia sebaliknya ia diseludup oleh sindiket antarabangsa terutamanya Iran atau Pakistan yang merupakan pengeluar syabu terbaik kerana keaslian dan kualiti.

"Setelah menjadikan Malaysia sebagai transit, bekalan dadah itu akan dibawa keluar ke Indonesia," katanya selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, di sini semalam.

Tambah Noor Rashid, fenomena yang berlaku itu dilihat menjejaskan nama baik Malaysia sebagai negara transit dan punca kemasukan dadah syabu ke negara republik itu.

Namun, tegasnya, polis sentiasa berusaha membanteras penyeludupan tersebut serta bekerjasama dengan Polis Indonesia.

Akhbar Surabaya Post pada keluaran 28 Januari lalu dipetik berkata, penagih dadah republik itu sanggup berbelanja tinggi untuk mendapatkan dadah syabu dari Malaysia walaupun harganya dua kali ganda lebih mahal dari syabu buatan tempatan.

Permintaan tinggi dadah syabu diseludup dari Malaysia menyebabkan sindiket dadah berlumba-lumba cuba menyeludup dadah itu ke Indonesia dengan menjadikan pusat hiburan sebagai pusat pemasaran utama.

Sumber : Utusan

1 comment:

  1. Oh, ini mesti Walter White export ke pakistan dan india dulu melalui francais Los Pollos Hermanos

    ReplyDelete

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor