Mata kiri mangsa melecur suspek cucuh guna pemetik api KOTA BHARU: Seorang penagih dadah dipercayai membakar muka isteri sehingga melecur mata kiri dalam kejadian di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.
Akibat tindakan ganas itu, mata kiri isteri suspek melecur dan anak mangsa yang melihat kejadian itu tidak dapat membantu ibunya kerana terlalu takut dengan keadaan ayahnya. Mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Katanya, suspek baru saja selesai menjalani hukuman penjara membabitkan kes dadah dan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
“Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. Ketika ditahan, ditemui bersama suspek, satu tiub straw dipercayai mengandungi dadah,” katanya.
Sumber : Berita Harian



No comments:
Post a Comment