Translator

Friday

Ibu menangis anak dihukum penjara, sebatan

SHAH ALAM: Seorang ibu kepada bekas penolong pengurus bank hanya mampu menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan dua sebatan selepas mengaku salah atas 95 tuduhan pecah amanah wang milik enam pelanggan membabitkan lebih RM80,000.

Wanita itu juga tidak dapat menahan kesedihan apabila terpaksa berpisah dengan tertuduh yang turut dihukum denda RM20,000 atau setahun penjara itu selepas prosiding semalam selesai.

Terdahulu, Hakim Mohd Fadhir Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramdan Mat Razak, 38, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam.

Mohd Fadhir pada penghakimannya berkata, tertuduh terbabit dengan 95 pertuduhan dan mungkin akan terus melakukan kesalahan itu jika tidak dikesan.

Mengikut pertuduhan, Ramdan didakwa pecah amanah itu dengan melakukan 95 pemindahan dana secara automatik (AFT) dari akaun enam pelanggan ke tiga akaun lain membabitkan RM83,500.

Dia melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Bank Islam cawangan Banting, di Kuala Langat, dekat sini, antara 28 Januari 2006 dan 20 Mac 2008.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sumber : Metro

Kesian ibu nya kan.....

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor