Translator

Thursday

Dilenyek Lori Minyak

MIRI: Seorang pengurus sebuah syarikat pembalakan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak di Kilometer 22, Jalan Miri Bintulu, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Liong Kieau Sat, 52, dari Desa Pujut, Permyjaya, di sini, dipercayai memandu sendirian dan dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Miri, kira-kira jam 7 pagi.

Jurucakap polis trafik Miri ketika dihubungi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Katanya, keadaan jalan yang licin akibat hujan dipercayai menyebabkan kereta dipandu mangsa memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori tangki minyak.

“Malah, kenderaan mangsa yang remuk itu diseret beberapa meter selepas pertembungan itu menyebabkan dia tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba,” katanya.

 Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor