Translator

Saturday

Cuepacs: Formula gaji SBPA keliru

SIBU - Cuepacs akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu, yang rata-rata mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

Timbalan Presiden 1 Cuepacs, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.

"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi.
Dipetik Bernama, beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar US$15,000 setahun menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

Sementara itu Cuepacs telah mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi indikator tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, Cuepacs yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.

"Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, Cuepacs juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.

"Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan," katanya.

Sumber : sinar

3 comments:

  1. Berapakah gaji minimum yang CUEPACS tuntut...
    Berapakah Gaji Maksimum
    Berapakah Pergerakan gaji tahunan,
    Bagaimana dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih tinggi, atau cuma memperjuangkan kekananan Penjawat...
    Sebenarnya isu braketing.. itu tidak wajar dipertikaikan kenapa junior dan senior sama gaji... sedangkan perbezaannya bertahun.. Perlu diingat itu adalah rezeki yang diterima dari Allah, dan sekiranya mereka menerima gaji yang sama bukannya duit kita/ gaji kita dipotong untuk membayar gaji mereka.. Atau adakah gaji yang ditawarkan kepada kita lebih rendah dari sebelum ini... Sekiranya lebih rendah maka berlaku kesilapan oleh PSM masing-masing sewaktu menawarkan gaji kebada kita...
    Sudah ditakdirkan mereka menerima rezeki itu.. Itulahyang dinamakan rezeki dari ALLAh..
    Ingatkah lagi kepada filem Seniman Bujang Lapok lakonan P.Ramlee, Aziz Satar dan Sudin...
    Dia punya nasi dia makan, lu punya nasi lu makan, apa kata makan sama-sama.. Tidak perlu kita berasa tidak puas hati... Rezeki masing-masing...
    yang telah ditetapkan oleh ALLAH...

    ReplyDelete
  2. Penyediaan Lapisan dalam sesuatu skim perkhidmatan bukanlah bermakna anda akan mendapat gred berkenaan(kecuali KUP 15 tahun pada gred lantikan)... APa yang perlu dipersoalkan adalah pewujudan jawatan pada lapisan gred kenaikan pangkat... atau pewujudan jawatan flexi pada gred penyelia, sebagai contoh...

    Pembantu Tadbir(P/O) - N17/N22
    Ketua Pembantu Tadbir - N22/N26

    ini juga akan mengatasi masalah penyeliaan.. Cuba bayangkan sekiranya PT(P/O) diberikan KUP 15 tahun mean N22 - sedangkan KPT juga N22.. sekiranya lebih N22 pada penyeliaan KPT maka sewajarnya jawatan gred KPT diflexikan kepada N22/N26.. dan gred hakiki KPT adalah N26...
    Maka isu penyeliaan telah selesai...

    ReplyDelete
  3. Apa yang CUEPACS bangkitkan adalah penambahbaikan skim perkhidmatan, tetapi sebenarnya bukan itu yang patut diperjuangkan tetapi peluang kemajuan kerjaya sesuatu skim perkhidmatan... Seperti contoh, sekiranya dilantik keperkhidmatan awam ke gred lantikan maka setelah 30 tahun perkhidmatan menamatkan perkhidmatan pada gred lantikan, sekurang-kurangnya meninggalkan perkhidmatan pada lapisan gred yang lebih tinggi...
    Mustahil tiada tambah nilai pada seorang penjawat awam setelah berkhidmat selama 30 tahun...

    ReplyDelete

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor