Keluarga terbabit dipercayai sudah tiga tahun bergiat menyebarkan dakyah berkenaan dan berusaha mencari pengikut.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (gambar) berkata, pihaknya maklum mengenai perkara berkenaan dan melakukan pemantauan terhadap pergerakan kumpulan yang menggelar diri ajaran Ahmadiah atau Qadiani.
Menurutnya, selain fahaman kumpulan terbabit, pihaknya memantau beberapa kumpulan lain dipercayai mengamalkan ajaran sesat serta menyebarkan fahaman sesat di negeri ini.
“Mereka sukar dikesan kerana aktiviti menyebarkan dakyah palsu berkenaan dilakukan secara tersembunyi selepas menyedari kegiatan mereka kini dipantau pihak berkuasa agama.
“Kami sukar mengesan kumpulan terbabit kerana mereka menjalankan aktiviti menziarah secara bersembunyi dari rumah ke rumah sekitar daerah ini,” katanya.
Katanya, sehingga kini, mereka yang terdiri daripada dua keluarga belum dikesan mengadakan ceramah atau penerangan secara terbuka bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan.
Sebaliknya, katanya, mereka melakukan dakyah secara tersembunyi termasuk mengadakan perjumpaan rahsia bagi menerangkan fahaman mereka.
Sumber ; metro




No comments:
Post a Comment