Translator

Friday

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Tingkat pendapatan

KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah kini berpeluang meningkatkan pendapatan dengan melabur dalam Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, semalam.

Sara 1Malaysia yang diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu memberi peluang kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM500 hingga RM3,000 untuk melabur dalam skim berkenaan yang mempunyai ciri-ciri menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Najib berkata, Sara 1Malaysia ialah produk yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan konsisten.

“Had pelaburan adalah RM5,000 dan mereka boleh membelinya melalui simpanan. Jika wang simpanan tidak mencukupi, boleh mohon pinjaman daripada bank yang sudah ditetapkan.

“Daripada pelaburan itu, kita memberi jaminan mereka akan memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM134 sebulan. Bagi yang membuat pinjaman pula, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan masih boleh mendapat untung sebanyak RM50 sebulan.

“Dalam masa lima tahun mereka mampu memperoleh kira-kira RM8,000 hingga RM13,000,” katanya ketika berucap melancarkan skim berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Sara 1Malaysia yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan seperti Maybank, CIMB, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu terbuka kepada warga Malaysia berusia 18 dan 58 tahun.

Permohonan mula dibuka mulai 30 Januari ini selama satu tahun atau hingga semua peruntukan pembiayaan sebanyak RM500 juta habis dilanggan dan orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan di bank berkenaan.

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor