Translator

Wednesday

Gambar : Latihan Pusat Pasukan kebangsaanku

Saya ingin menjadi jurulatih bola sepak walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam melatih pasukan bola sepak. Pengalaman bermain bola sepak pun semasa di sekolah rendah dan menengah jer....Aapabila masuk maktab terus jarang main sehingga kini.

Kerana minat yang mendalam dalam permainan ini saya mengambil alih tugas menjadi jurulatih pasukan bola sepak ini.

Pasukan ini dibelasah pada tahun lepas di kejohanan yang kami sertai. Semua game kami tewas dengan teruk. Mungkin pengalaman yang membezakan kami..

Namun tahun ini saya berazam untuk melatih mereka untuk tidak dibelasah...Tak menang tak apa janji boleh seri pun dah ok.....

Sesiapa yang mempunyai pengalaman menjadi jurulatih bola sepak boleh lah share-share pengalaman dan pendapat untuk saya melatih pasukan ini...

Dibawah disertakan traning kami pada hari pertama dipadang....










Latihan Yang Dijalankan :

1. Larian 10 minit mengelilingi padang
2. Aktiviti regangan badan
3. Latihan tendangan bebas dalam jarak 15 meter
4. Latihan tendangan bebas dalam jarak 15 meter dengan berhalangan
5. latihan tendangan sambil berlari
6. Permainan 10 minit

Kesimpulan:

1. Baru berlari 2 minit dah pancit. Separuh pasukan sudah berjalan
2. Selalu bermain sewaktu membuat regangan
3. Tidak dapat menyepak dengan kuat, deras dan tinggi.
4. Tidak mempunyai idea langsung
5. Tidak serius dalam latihan dan permainan...

Hancus........Apa nak buat ni.....?

1 comment:

  1. Apa nak buat ? Sabo jela , huhu .
    Teruskan berusaha , cahiyok2 =>

    Btw ,
    Jemput ke blog sy (n_n)
    http://lovoiustory.blogspot.com/ . Tu link blog sy =>

    ReplyDelete

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor