Translator

Monday

Anwar: 'Eloklah Hasan Ali dipecat'

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menyokong tindakan Pas Pusat memecat Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuat kuasa serta- merta semalam.

Sokongan itu disuarakan Anwar sewaktu sesi ceramahnya sempena Gerakan Bebas Anwar 901 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang dihadiri kira-kira 5,000 ribu hadirin, malam tadi.

"Eloklah Hasan dipecat. Dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah perkauman tetapi mengangkat semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pemecatan Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta mengikut Perlembagaan Pas, hari ini.

Pas pusat dalam mesyuarat yang diadakan semalam telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan media Pas dikeluarkan petang ini menyebut, keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Secara kebetulan, Pas mengumumkan pendirian terbaru ini tiga hari selepas Azmin meminta parti Islam itu mengambil tindakan ke atas Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia yang terletak dalam bahagian Parlimen Gombak. Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak.

Berucap sama pada ceramah itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan anak Anwar, Nurul Izzah yang juga seorang lagi Naib Presiden PKR.

Turut serta, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan  Sasterawan Negara, A Samad Said.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor