Translator

Saturday

6 Panduan Buat Suami Isteri



Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.

Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.

Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.

1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.

3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.

4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.

5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.

6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

Sumber: Mingguan Wanita

1 comment:

  1. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

    ReplyDelete

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor