Translator

Tuesday

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu

 
Klik Banner untuk Join


Nama Sebagai Bloggers:
 Adi Putra
Nama Blog :
Cer Citor

Tagline Blog :
Hanya Sekadar Suatu Perkongsian dan Peringatan

Bila Mula Berblog? :
Rasa-rasanya awal tahun 2011

Kenapa/Mengapa Berblog? :
mula-mula dulu sekadar ingin menyebarkan maklumat tentang apa yang saya buat dalam kehidupan saya seharian. Namun Sekarang saya telah menambah elemen suatu blog informasi yang boleh kita kongsikan bersama tentang segala yang berlaku didalam negara yang saya sayangi ini.

Saya berblog juga kerana ingin berkongsikan sesuatu yang kita nampak dan sedar supaya kita semua berkongsi dan saling ingat mengingati.

Inspirasi anda untuk berblog :
Semua blogger yang ada di Malaysia dan di dunia ini. kerana semua blogger ada keistimewaan yang tersendiri dan boleh dikongsikan bersama.

Jom Join Sekali  Segmen ini:
Cuma klik Banner diatas



Dilanggar kereta api ketika asyik dengar iPod

LONDON: Polis percaya seorang gadis berusia 15 tahun mati sdilanggar oleh kereta api ketika dia asyik mendengar iPodnya.

Katie Littlewood dipercayai tidak mendengar kereta api itu atau menyedari lampu isyarat dan bunyi kecemasan di tempat lintasan pejalan kaki Johnson di Bishop's Stortford, Hertfordshire.

Penyiasat berusaha memastikan kemungkinan remaja itu mendengar muzik ketika melintas di landasan kereta api pagi Sabtu lalu selepas mereka menemui iPod berkenaan dan fon kepala di tempat kejadian.

Syarikat kereta api, Network Rail berkata, sistem amaran beroperasi baik di kawasan itu yang terkenal kerana pernah meragut nyawa beberapa pejalan kaki, termasuk Andrea Evans, 24, pada 2006 dan seorang wanita berusia 81 tahun pada 2002.

Kejadian itu berlaku ketika syarikat berkenaan bersedia untuk mengaku bersalah hari ini berhubung kematian Olivia Bazlinton, 14, dan Charlotte Thompson, 13, yang dilanggar oleh kereta api berhampiran Stesen Elsenham pada 2005.

Kedua-dua remaja itu keluar untuk membel-belah bagi meraikan Krismas apabila mereta terbunuh di tempat melintas yang tidak dikawal. - DM

Sumber : metro

3 beranak pembunuh

ONTARIO: Seorang lelaki Afghanistan, isteri dan anak mereka, dipenjara seumur hidup selepas juri mendapati mereka bersalah membunuh tiga adik beradik perempuan dan isteri pertama lelaki itu.
Juri mengambil masa 15 jam sebelum mendapati Mohammad Shafia, 58, isteri, Tooba, 42 dan anak mereka, Hamed, 21, bersalah atas tuduhan membunuh.

Keempat-empat mayat itu ditemui pada Jun 2009 dalam kereta yang tenggelam dalam satu terusan di Kingston, Ontario, tempat keluarga itu berhenti dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Niagara.

Pendakwa raya berkata, ketiga-tiga adik beradik perempuan itu dibunuh kerana memalukan keluarga dengan berpakaian tidak senonoh, keluar dengan teman lelaki, bersosial dan bersembang menerusi Internet.

Selepas keputusan dibacakan, ketiga-tiga defendan sekali lagi berkata mereka tidak bersalah terhadap tuduhan membunuh Zainab, 19, Sahar 17, dan Geeti, 13, serta Rona Amir Mohammad, 52, isteri pertama Mohammad.

Selepas juri mengumumkan keputusan mereka, Mohammad yang bercakap menerusi seorang jurubahasa berkata: “Kami bukan penjenayah. Kami bukan pembunuh. Kami tidak melakukan pembunuhan itu dan ini tidak adil.”

Isterinya, Tooba, dalam keadaan terisak-isak, juga berkata, keputusan itu tidak adil.

“Saya bukan pembunuh. Saya ibu mereka,” katanya.

Anak mereka, Hamed yang bercakap dalam bahasa Inggeris berkata: “Saya tidak menyebabkan kakak dan adik saya lemas.”

Bagaimanapun, hakim, Robert Maranger tidak berganjak dan berkata, bukti yang ada jelas menyokong mereka bersalah kerana merancang dan membunuh keempat-empat anggota keluarga mereka.

Hakim, ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, menyifatkan pembunuhan itu sebagai perbuatan yang amat keji dan kejam.

Pihak pembelaan berkata, kereta itu terhumban akibat kemalangan selepas seorang daripada gadis berkenaan memandunya untuk bersiar-siar.

Pendakwa raya sebelum itu berkata, tertuduh membunuh anak perempuan mereka kerana memalukan keluarga apabila mereka melanggar peraturan, termasuk dari segi pakaian.

Mangsa keempat ialah isteri pertama Mohammad yang mandul dan tinggal bersama keluarga itu di Montreal.

Hubungan itu, jika didedahkan, boleh menyebabkan mereka diusir pulang ke negara asal mereka.

Pendakwa raya, Laurie Lacelle sebelum ini memberitahu mahkamah: “Mohammad, Tooba dan Hamed bersependapat ada sesuatu yang mencacatkan salasilah keluarga mereka. Mereka memutuskan untuk membetulkannya.”

Ketiga-tiga beranak itu menafikan pembunuhan berkenaan dengan mendakwa, bukti menunjukkan kematian itu satu kemalangan. - DM

Sumber : metro

Abang Aizat hilang laptop Di AJL 2012

KUALA LUMPUR: Abang kepada penyanyi popular, Aizat Amdan, 23, Anas, 25, kerugian RM5,000 selepas kehilangan laptop Macbook Pro apabila bilik persalinan diceroboh individu tidak dikenali ketika menunggu keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam kelmarin.

Menurut Anas, kejadian itu berlaku jam 11.30 malam apabila dia bersama 10 lagi rakannya terbabit menguruskan persembahan Aizat keluar dari bilik persalinan.

Katanya, selain laptop, adiknya, Aliff, 21, turut kehilangan kamera Canon 60D dianggarkan RM2,000 dan dia meminta jasa baik individu mengambil barangan itu memulangkan berikutan banyak dokumen penting terkandung di dalamnya

Sumber : Metro

Pemilik kedai gasak 2 penyamun

KUANTAN: Tindakan berani pemilik kedai emas bergelut dengan dua penyamun bersenjatakan parang menyelamatkan premisnya daripada dirompak dalam kejadian di kawasan perumahan Merapoh, Lipis, kelmarin.

Kejadian pada jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berusia 41 tahun hendak mengunci pintu kedai emasnya didatangi dua lelaki dari belakang menghunus parang ke leher selain mengacukan pistol di kepalanya.

Penyamun terbabit mengugut mangsa supaya tidak melawan, namun pemilik kedai emas berkenaan nekad bergasak dengan lelaki terbabit hingga menyebabkan kecederaan pada tangannya.
Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, siasatan mendapati mangsa berseorangan di premis berkenaan.

Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka.

Sumber : Metro

30 anggota SRS dibaling botol plastik

PETALING JAYA: Sepasukan anggota Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, yang membuat pemeriksaan membabitkan penghuni warga asing dilempar botol plastik dipercayai dilakukan pihak tidak berpuas hati dengan tindakan itu, awal pagi kelmarin.
Penyelia Peronda SRS apartmen, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, pihaknya tidak dapat memastikan siapa melemparkan botol plastik itu kerana pelakunya segera bersembunyi dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

Menurutnya, aktiviti diketuai olehnya itu disertai 30 anggota SRS dan memulakan tugasan memeriksa warga asing mulai jam 10.30 malam bagi memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya, pemeriksaan dilakukan berikutan ramai warga asing menyewa kediaman di apartmen berkenaan sehingga tidak dapat dipastikan mereka masuk ke negara ini secara sah atau pendatang asing.

“Ketika kami memeriksa pasport dan permit kerja warga asing ini, kami dibaling dengan botol plastik dari tingkat atas bangunan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan warga asing menetap di apartmen ini adalah pekerja di sektor makanan dan pembinaan serta pelajar berikutan lokasi kediaman yang strategik berhampiran pusat Bandar Sunway.

“Walaupun kami tidak dapat mengelak kehadiran mereka yang kini sudah menjadi sebahagian komuniti dalam masyarakat tempatan, sekurang-kurangnya tugas dilakukan peronda SRS dapat membantu pihak berkuasa mengawal kebanjiran pendatang asing,” katanya.

Katanya, peningkatan bilangan warga asing menghuni apartmen itu menyebabkan pihaknya perlu memperhebatkan rondaan dan pemeriksaan keselamatan demi kesejahteraan penduduk.
“Kegiatan pecah rumah, pergaduhan dan kecurian kenderaan juga kerap berlaku namun berjaya ditangani anggota SRS yang membuat rondaan secara bergilir-gilir selain bantuan pihak polis,” katanya.

Sumber : metro

Pelacur Timur Tengah pilih Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis kini mengesan kewujudan aktiviti pelacuran membabitkan wanita dari Timur Tengah yang menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang operasi dijalankan Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) tahun lalu dan awal tahun ini mendapati wujudnya trend baru membabitkan pelacur wanita dari Timur Tengah.

Menurutnya, hasil serbuan mengesan wanita warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan yang dipercayai menjalankan aktiviti maksiat dengan menyalahguna pas pelajar dan pas lawatan sosial.

“Awal tahun ini, kami menahan 15 wanita dari Asia Barat menawarkan khidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di ibu negara.

“Polis sedang memantau aktiviti itu dan mereka yang ditangkap akan diambil tindakan sejajar dengan langkah kerajaan ingin membanteras aktiviti pemerdagangan manusia,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan terus membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan perjudian di seluruh negara dengan mempertingkatkan lagi mutu penguatkuasaan dan siasatan bagi membolehkan lebih banyak suspek dalam kes jenayah berkenaan didakwa di mahkamah.

“Sepanjang tahun lalu, 11,832 wanita warga asing berjaya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran dan statistik itu menunjukkan penurunan sebanyak satu peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Sumber ; metro

‘Saya tak buat’

KUALA LUMPUR: “Saya masih waras dan tidak pernah melakukan aksi mengghairahkan ketika meraikan sambutan hari jadi ke-25 di sebuah kelab malam, Rabu lalu,” begitu kata pelakon meningkat naik, Tasha Shila, 25, atau nama sebenarnya, Natashasheila Abdul Razak.

Dia mengakui bersama rakan ada menganjurkan majlis sambutan hari jadinya ke-25 di ibu kota, Rabu lalu tetapi tidak beraksi di luar kawalan dan menari dalam keadaan mengghairahkan seperti didakwa pihak tertentu.

“Saya bukan bodoh untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan periuk nasi kerana tahu setiap perkara pasti ada batasan. Tuduhan dilemparkan terhadap saya terlalu melulu dan tidak berasas,” katanya.
Katanya, dia terkejut dan hairan mengapa ada pihak sanggup melemparkan fitnah sedemikian dan sedar gosip liar itu sudah menular dalam beberapa blog hiburan tempatan yang dianggap menjatuhkan maruahnya.

“Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi, itu saja,” katanya.

Menurutnya, dia tahu dirinya dikenali peminat, sehubungan itu masih berpegang kepada prinsip hidup, peka menjaga kelakuan dan tindak-tanduk terutama ketika berada di khalayak ramai.

“Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita konon melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ketika meraikan sambutan hari jadinya itu, dia tiba di kelab malam berkenaan sudah lewat dan hanya menari bersama temannya.
Tasha yang kini sibuk dengan penggambaran drama, Atas Nama Cinta, menyifatkan tuduhan itu kontroversi pertamanya sejak bergelar artis selain berazam memperbaiki kelemahan diri.

“Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata, bukan untuk menari tiang,” katanya.

Sumber ; metro

Peluh dingin madu asmara

MELAKA: Seorang lelaki yang sedang memadu asmara dengan kekasihnya dalam sebuah kereta di parkir Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, di sini, terkejut besar apabila ‘disergah’ anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang sedang menjalankan operasi mencegah maksiat, awal pagi kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 1.30 pagi itu, pasangan terbabit adalah antara tiga pasangan yang ditahan Jaim selepas didapati melakukan perbuatan kurang sopan dengan berasmara di dalam kereta di tempat awam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam operasi itu, enam pasangan ditahan berusia antara 19 dan 30 tahun.

Katanya, sebaik tiba di Dataran 1Malaysia, pasukannya membuat pemeriksaan pada kereta yang diletakkan di tempat sunyi dan apabila disuluh di dalamnya, mereka menemui pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Ada yang sudah membuka baju dan berpelukan sambil bercium di dalam kenderaan mereka. 

Sumber : metro

Dua kali langgar sebelum samun RM200,000

NILAI: Perjalanan seorang pengusaha stesen minyak memasukkan wang hasil perniagaan RM200,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 287, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 40-an yang datang dari arah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) sedang menuju ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor dengan memandu kereta BMW. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di kawasan R&R Nilai, mangsa yang bersendirian dilanggar sebuah kereta Lexus dinaiki dua lelaki.

“Bagaimanapun mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum sekali lagi dilanggar kereta suspek sama di lokasi kejadian.
“Berikutan keadaan itu, mangsa yang berhenti bergegas melarikan diri sejurus melihat kedua-dua suspek bertopeng datang meluru ke arahnya sambil membawa parang,” katanya, semalam.

Katanya, suspek mengambil wang berjumlah RM200,000 yang berada di dalam bonet belakang kereta mangsa.

“Tidak lama kemudian, sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki dua lagi suspek bertopeng turut berhenti berdekatan kereta mangsa.

“Keempat-empat suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an itu melarikan diri dan meninggalkan kereta Lexus berkenaan di tempat kejadian,” katanya.

Kata Mohd Yusoff, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pihaknya percaya kereta Lexus itu kenderaan curi dan nombor pendaftaran digunakan palsu.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 394/395 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kereta mewah itu remuk teruk pada bahagian depan dan sebelah pemandu.

Sumber : metro

Mati berdarah lepas bergaduh

NIBONG TEBAL: “Sebelum ini, pernah ada kejadian bunuh diri. Hari ini (semalam), sekali lagi ada orang mati di rumah yang sama.

“Dalam kepercayaan orang Cina, ia sangat tidak bagus dan boleh mendatangkan malang jika tinggal di rumah yang pernah berlaku kematian membabitkan kes mati bunuh diri atau dibunuh,” kata seorang jiran kepada wanita yang ditemui mati di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bakap Indah, pagi semalam.


Bagaimanapun jiran mangsa yang tidak mahu dikenali itu enggan mengulas lebih lanjut kejadian bunuh diri yang berlaku di rumah berkenaan sebelum ini.

Dalam kejadian semalam, Tan Soo Ping, 38, seorang pelayan restoran ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumah sewanya itu.

  Mangsa ditemui terbaring dengan kesan luka di pelipat lutut kaki kanannya kira-kira jam 10.30 pagi.

Sumber : metro

Tiga lelaki berparang edar kad jemputan kahwin

KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya.

Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.

“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.
“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.

Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.

Sumber : Metro

‘Abangku wira’

PENAMPANG: Seorang budak berusia 10 tahun sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan meredah api yang marak semata-mata mahu menyelamatkan dua adiknya daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Nagasiba Kobusak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kanak-kanak berkenaan, Nigel Justin, melecur di tangan selepas meredah masuk menyelamatkan dua adiknya, Agustin, 6, dan Victor, 2, yang ketika itu berada dalam rumah yang terbakar.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu, Justin Banot, 48, tiada di rumah kerana menemani seorang lagi anaknya, Jun Jenifer, 9, yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), di sini, manakala anak sulungnya, Ricky, 19, bekerja di pekan Inanam.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang tidak dikenali dikatakan sudah tidak lagi tinggal di rumah berkenaan sejak beberapa tahun lalu walaupun dia belum bercerai dengan suaminya.

Akibat kejadian itu, rumah dua tingkat milik Justin musnah dan menyebabkan kerugian lebih RM60,000 termasuk kedai runcit disewa di tingkat bawah rumah turut rentung.

Menurut Nigel, ketika kejadian, dia di rumah menjaga dua adik selepas bapa pergi menziarah seorang lagi anaknya di hospital.

“Saya terhidu bau asap yang kuat dan terkejut apabila mendapati dapur rumah terbakar.

“Ketika itu, saya hanya berfikir menyelamatkan adik lalu berlari ke ruang tamu dan menarik tangan Agustin keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.
Namun, selepas itu, Nigel menyedari seorang lagi adiknya, Victor tiada bersama lalu nekad masuk semula ke dalam rumah walaupun ketika itu api mula merebak.

“Saya terus ke bilik tidur dan terus mengangkat Victor yang ketika itu nyenyak tidur lalu berlari keluar menyelamatkan diri,” katanya.

“Saya tidak sempat menyelamatkan harta benda lain termasuk kelengkapan sekolah kerana hanya terfikir untuk menyelamatkan kedua-dua adik saya,” katanya.

Sementara itu, Justin ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia ke hospital untuk menemani seorang lagi anaknya yang dirawat kerana menghidap penyakit sawan.

“Saya terkejut dan hampir pitam apabila memikirkan keselamatan anak sebaik menerima panggilan memberitahu rumah saya terbakar.

“Walaupun tidak sempat menyelamatkan sebarang harta, saya bersyukur semua anak selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang, Johnny John Jinuli berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.18 tengah hari dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

“Seramai 11 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal satu jam kemudian.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Sumber : metro

Beri salam bedil perut

PASIR MAS: Seorang daripada empat lelaki bertopengkan kain pelekat memberi salam sebelum melarikan barangan berharga dan sebuah kereta dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Kampung Slow Machang, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang perompak turut melepaskan satu das tembakan terkena bahagian kanan perut seorang penghuni rumah berkenaan.

Mangsa tembakan, Che Asmah Che Awang, 50, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suami mangsa, Mohamad Lawi Dollah, 53, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama empat ahli keluarganya termasuk isteri, anak lelaki berusia 26 tahun, menantu serta seorang cucu berusia tiga tahun berada di rumah.

Katanya, sebelum kejadian, dia sedang tidur, namun terjaga selepas mendengar bunyi orang memberi salam di luar rumah.

Sumber : Metro

Buruh ladang ‘ustaz’

KUALA LUMPUR: “Selama lebih setahun keringat kami diperah di ladang yang dibuka lelaki itu dan selama itu kami tidak menghadiri kelas seperti yang dijanjikan ketika dihantar ibu bapa ke pusat tahfiz itu,” kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan lelaki dikenali sebagai Azhar Wahab.

Menurutnya, sejak pusat tahfiz itu dibuka 12 tahun lalu, lelaki terbabit bukan saja memerah keringat ratusan anak yatim dan pelajarnya bagi tujuan memungut derma, malah turut menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan seperti buruh paksa di ladang kelapa sawit miliknya.

Katanya, hasil penat lelah pelajar itu, lelaki terbabit mengaut keuntungan besar sehingga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa banglo, kenderaan mewah dan pejabat rasmi dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Hasil daripada aktiviti perladangan dan derma yang dikutip pelajar tahfiz itu dimasukkan ke sebuah tabung khas yang dikendalikan bahagian sumber manusia pusat itu.

Mendedahkan kekayaan luar biasa pengasas pusat tahfiz itu, Kamal berkata dia antara pelajar terawal direkrut untuk mengumpul dana hasil kutipan derma daripada masyarakat termasuk menjual produk, hiasan ayat al-Quran, herba, kalendar dan minyak gosok kepada orang ramai di merata lokasi.

Sumber : Metro

Monday

Monyet, babi hutan tertipu

PORT DICKSON: “Sudah habis cara kami lakukan untuk menghalau monyet liar dan babi hutan, sehinggalah seorang rakan memberi idea supaya meletakkan ‘harimau’ di laman rumah,” kata Norehan Nordin, 55, yang meletakkan patung harimau di hadapan rumahnya bagi menghalau haiwan liar itu daripada mengganas dan merosakkan tanaman di kebunnya di Kampung Telok Pelandok, di sini.

Lebih mengejutkan, idea itu ternyata berkesan apabila ratusan monyet liar tidak lagi menghampiri kawasan rumahnya kerana bimbang ‘dimakan’ harimau itu.

“Tidak sangka idea ini berkesan berikutan monyet liar lari bertempiaran selepas melihat patung harimau itu dan tidak lagi berani menghampiri rumah dan tanaman kami.

“Saya bercadang mahu ‘membela’ lagi harimau kemudian diletakkan di seluruh rumah bagi menakutkan monyet dan babi hutan berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Norehan berkata, patung harimau itu perlu dipilih dengan betul iaitu mulutnya mestilah terbuka seperti sedang mengaum supaya kelihatan garang dan saiznya mestilah sama dengan harimau sebenar.

“Saya mengetahui taktik itu sebaik diberitahu pekedai di Ayer Itam, Johor, yang menyarankan saya membeli patung harimau mulut terbuka.

“Walaupun harganya mencecah RM120 seunit, namun berbaloi untuk menakutkan monyet yang sentiasa ada di sekitar rumah. Jika tidak, kawasan lapang hadapan rumah menjadi tempat haiwan itu berkeliaran,” katanya.

Menurut suaminya, Abu Bakar Yusof, 58, rumah itu peninggalan ayahnya sejak 50-an dan menjadi tempat berkumpul monyet liar.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, monyet berkenaan membiak hingga kadang-kadang boleh mencapai beribu ekor hingga menakutkan cucu saya,” katanya. Abu Bakar berkata, sejak rumahnya meletakkan harimau itu, ia menjadi ikutan kepada jiran yang turut meletakkan patung harimau di halaman rumah mereka.

“Dulu jika kami leka, monyet akan masuk ke dalam rumah dengan membuka pintu kemudian memakan makanan yang diletakkan di atas meja.

“Saya berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat melakukan sesuatu berikutan sudah beberapa kali aduan dibuat ke jabatan itu, namun tiada tindakan,” katanya.


sumber : metro

Hidup mewah jual anggota haiwan eksotik

PENGKALAN HULU: Rahsia hidup mewah seorang wanita bersama anak saudaranya terbongkar apabila serbuan sepasukan penguat kuasa kelmarin menemui puluhan anggota badan haiwan eksotik dalam dua banglo milik mereka.

Serbuan sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) negeri itu menemui anggota badan beberapa spesies haiwan dilindungi seperti tenggiling, harimau belang, beruang, rusa dan kambing gurun.

Dalam serbuan jam 3.45 petang itu, anggota berkenaan menemui 12 ekor tenggiling; lapan taring harimau belang serta empat kuku serta kulitnya; sepasang tanduk rusa; empat bahagian tapak kaki beruang; dua tanduk kambing gurun; daging tenggiling beku dan dua tong sisik tenggiling seberat 15 kilogram.
Wanita berusia 48 tahun bersama anak saudara lelakinya berusia 20 tahun itu masing-masing ditahan berasingan di kediaman mereka di Jalan Sri Delima, Taman Haji Md Noor dan Taman Sri Baling, Jalan Weng, Baling, Kedah.

Difahamkan, bahagian anggota badan haiwan berkenaan diperoleh daripada pemburu haram di sekitar Gerik, Baling dan Pengkalan Hulu sebelum dipasarkan dengan harga tinggi kepada restoran dan pengamal perubatan tradisional.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Negeri, Asisten Superintendan Shamsuddin Pardi berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai rekod jual beli yang dijalankan dua suspek berkenaan sebelum menyerbu kediaman mereka kelmarin.

Beliau berkata, sebaik mendapat maklumat, pihaknya menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dari Pengkalan Hulu ke Baling, Kedah bagi menahan kedua-dua suspek.

“Serbuan pertama di lakukan di Jalan Sri Delima, Taman Haji Md Noor sebelum menemui anggota badan haiwan terancam itu yang disimpan dalam peti ais, ruang tamu dan bilik.

“Pada mulanya, wanita berkenaan bertegas tidak mengaku menyimpan anggota haiwan berkenaan malah, turut mempertikaikan serbuan dijalankan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas didesak, wanita itu mengaku membeli pelbagai haiwan eksotik itu daripada pemburu haram di Baling dan Gerik. Shamsuddin berkata, wanita terbabit turut mengaku membeli 12 tenggiling berkenaan dengan harga RM350 sekilogram sebelum menjualnya semula kepada pihak tertentu pada harga lebih tinggi.

sumber : metro

Pedagang dadah terbesar Langkawi

LANGKAWI: Kegiatan sepasang suami isteri dalam pengedaran dadah berakhir selepas diserbu sepasukan polis yang menemui heroin seberat 2.2 kilogram bernilai RM220,000 disembunyikan di tempat duduk belakang kereta mereka, kelmarin.

Serbuan dilakukan jam 4 pagi oleh sepasukan tujuh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi diketuai Inspektor Shaharudin Abdul Rahman di Kampung Padang Putih, Mukim Kedawang, di sini.


Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, penahanan pasangan suami isteri berusia 32 dan 30 tahun itu turut membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat 218 gram, pil Eramin 5 (200 biji), alat timbang mini dan wang tunai RM4,900.

“Kedua-dua suspek penduduk tempatan dan mereka dipercayai mula berjinak menjadi pengedar dadah di Langkawi.

“Si suami mempunyai 10 rekod jenayah dengan masing-masing lima kes curi dan bakinya berkaitan dadah, manakala si isteri memiliki satu rekod kesalahan dadah,” katanya pada sidang media di IPD Langkawi, semalam. 

Sumber : Metro

Budak ketua geng samun

ARAU: Seorang remaja lelaki bawah umur berusia 12 tahun mengetuai tiga lagi rakannya ketika memecah masuk sebuah kedai alat telekomunikasi dan komputer di Kawasan Perniagaan Arau, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila suspek bersama rakannya berusia antara 15 dan 17 tahun dikatakan terdesak untuk mendapatkan telefon bimbit baru selain barang elektronik untuk dijual di pasaran gelap.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, keempat-empat suspek yang menunggang dua motosikal dipercayai cuba memotong besi tingkap bahagian belakang kedai itu.

“Mereka yang dipercayai baru pertama kali memecah kedai itu berjaya memotong besi tingkap dan ketika sedang menarik keluar besi itu, kereta peronda polis yang meronda di jalan itu melihat kelibat mereka mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka bertempiaran lari sebelum dikejar dan berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan berusia 15 dan 17 tahun sementara dua lagi berjaya melarikan diri.

Katanya, kedua-dua remaja itu menyerah diri di Balai Polis Arau, tengah hari semalam sebelum mengaku cuba memecah masuk kedai itu.

“Semua remaja itu berasal dari Tambun Tulang dan masih mempunyai keluarga kecuali suspek berusia 12 tahun yang tinggal bersama saudara selepas ibu bapanya bercerai,” katanya.

Sumber : metro

Hutang bayar hutang

KUALA LUMPUR: Pinjam RM400,000 tuntut RM1 juta. Itu jumlah perlu dibayar seorang ahli perniagaan selepas meminjam wang ceti haram atau along.

Selain menetapkan kadar bunga sesuka hati dan mengancam mengganggu kehidupan usahawan itu, ceti haram terbabit cuba menggunakan taktik lembut dengan menghantar sekeping nota meminta tarikh berbincang mengenai perkara itu.

Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Halfizi, 40, pada mulanya dia hanya meminjam RM10,000 selepas perniagaannya menghadapi masalah Ogos tahun lalu, namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri selepas ‘dinasihatkan’ menggandakan pinjaman berkenaan.

Katanya, selepas melangsaikan bayaran pertama, dia membuat pinjaman kedua RM20,000 dan selepas itu, episod hitam hidupnya bermula akibat gagal melangsaikan pinjaman.

Usahawan yang mempunyai syarikat pembinaan di Shah Alam itu berkata, selepas gagal membayar pinjaman seperti dijanjikan, dia mula menerima SMS meminta melunaskan segera baki berkenaan selain sekeping nota dilekatkan pada pagar rumahnya. “Selepas tak dapat membayar penuh, along itu meminta saya menambah jumlah pinjaman untuk menampung semua hutang menjadikan hutangnya bertambah dari semasa ke semasa.

“Saya tidak menyangka ia meningkat RM400,000 dan lebih terkejut dimaklumkan perlu membayar RM1 juta, jika tidak keselamatan saya terancam,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Saharuddin Bakar di sini, semalam.

Halfizi berkata, dalam tempoh enam bulan, dia berurusan enam along serentak. Semua ‘memburunya’ untuk mendapatkan bayaran.

“Mujur rakan mencadangkan mengadu kepada PPIM,” katanya.
Sementara itu, Saharuddin berkata, PPIM menerima laporan terbabit dan berusaha membantu Halfizi mengadakan perbincangan dengan along bagi menjadualkan semula pinjamannya bagi mendapatkan kadar rata yang mampu dibayar.

Sumber : metro

Gempar lelaki terlentang atas but kereta

KOTA TINGGI: Pengguna jalan raya di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, gempar apabila terlihat seorang lelaki bertopi keledar terlentang di atas but Toyota Altis, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, ramai yang berhenti kerana mahukan kepastian, kemudian mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh kereta berkenaan.

Berdasarkan dokumen perjalanan ditemui padanya, mangsa dikenali sebagai Johari, 32, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.

Pemandu kereta itu, Gan Chee Meng, 42, dari Kluang berkata penunggang motosikal berkenaan tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh keretanya.

“Saya tergamam dan tidak sempat mengelak. Mangsa tercampak pada cermin depan kereta sebelum tubuhnya bergolek dan jatuh ke but belakang.

“Saya gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas di bahu jalan kira-kira 25 meter dari lokasi rempuhan,” katanya di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian.

“Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dihantar pulang ke kampung halamannya.
“Kami sudah merekodkan keterangan pemandu kereta berkenaan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Sumber : metro

Budak curi duit, telefon bimbit ayah

KUALA TERENGGANU: Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia mengesyaki ia dicuri tertuduh.

Sumebr : metro

‘Ditumbuk, dipukul, diserang perkara biasa’

KUALA LUMPUR: “Setiap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilatih menguasai seni mempertahankan diri seperti silat bagi menghadapi sebarang situasi berbahaya termasuk kemungkinan diserang ketika melakukan operasi penguatkuasaan,” kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, semalam.

Beliau berkata, selain itu, semua anggota penguat kuasa DBKL diarahkan mengambil langkah berhati-hati bagi menghadapi sebarang keadaan ketika operasi termasuk ketika menghadapi keadaan tegang.

Katanya, semua anggota penguat kuasa biasanya dibekalkan dengan cota manakala bagi anggota berpangkat tinggi seperti inspektor atau pesuruhjaya penguatkuasaan, mereka dibekalkan senjata api bagi mempertahankan diri.

“Ditumbuk, dipukul atau diserang memang biasa dan sering berlaku kepada anggota penguat kuasa DBKL. Ia cabaran kita yang sentiasa terdedah bahaya dalam usaha memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan media Sabtu lalu, mengenai seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang cedera selepas diserang 30 lelaki dipercayai tonto ketika melakukan operasi membanteras kafe siber haram di Taman Sri Duyong, Kandang, Melaka.

Kejadian jam 11.45 malam itu berlaku selepas kumpulan penguat kuasa terbabit selesai memasukkan peralatan komputer dirampas dari sebuah kafe siber di kawasan itu ke dalam van.

 Sumber : metro

Dibelasah cintai isteri orang

KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.
Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.


Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan gerakan sebelum menahan tiga lelaki.
“Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 hingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian dan kini disoal siasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penahanan itu dan siasatan masih dijalankan.

Sumber : Metro

“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.

“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.

Atlet basikal terpelanting dirempuh

PUTRAJAYA: “Ketika itu, Mariana berada di kedudukan paling depan. Tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah kanan dan merempuhnya hingga dia terpelanting ke atas bumbung kereta sebelum terjatuh ke jalan raya.”

Demikian kata pelumba basikal wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd Radzi, 24, ketika menceritakan bagaimana rakan sepasukannya, Mariana Mohamad, 34, dirempuh sebuah Perodua Kancil ketika berlangsung perlumbaan membabitkan 50 pelumba negara di sini, semalam.

Ketika kejadian pada jam 10.30 pagi di simpang empat berhampiran Istana Kehakiman itu, seramai 50 pelumba membabitkan kategori elit, bawah 23 tahun, remaja dan wanita bersaing untuk sesi pemilihan ke Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 pada 8 Februari depan.

Akibat kemalangan itu, Mariana patah tangan kiri, lutut kanannya berlubang, selain bengkak di dagu serta pipi. Selain Mariana, tiga lagi pelumba termasuk Masziyaton turut cedera. Dua pelumba skuad remaja iaitu Mohd Azri Ahmad, 17, dan Abdul Aziz Mohd Zahit, 17, masing-masing patah tangan kanan dan jari manakala Masziyaton hanya cedera ringan.

Masziyaton yang ditemui di Hospital Putrajaya berkata, Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita itu merempuh pelumba selepas lampu isyarat di persimpangan berkenaan bertukar hijau dan dia mungkin tidak menyedari kehadiran polis mengawal perlumbaan yang berlangsung.

Tiga pelumba yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum dibenarkan pulang, namun Mariana dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara bagi rawatan lanjut. Sementara itu, jurulatih berbasikal negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata, kemalangan itu berlaku ketika perlumbaan yang keseluruhannya membabitkan 10 pusingan baru memasuki pusingan kedua.


Menurutnya, ia sama sekali tidak dijangka kerana segala langkah keselamatan sudah diambil termasuk kehadiran anggota polis bagi mengawal lalu lintas. “Bagi saya, semua ini takdir dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Saya anggap kejadian ini sebagai ujian sejauh mana tahap kesabaran kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, beliau turut lega kerana kemalangan itu tidak membabitkan skuad elit lelaki negara yang bakal bersaing di ACC untuk mendapat mata kelayakan ke Sukan Olimpik akan datang dan Le Tour de Langkawi (LTdL) hujung bulan depan.
Menurutnya, Mariana sebelum ini turut terbabit dengan kemalangan ketika menyertai Sukan Asia di Guangzhou, China, pada 2010. Dia yang ketika itu berusia 32 tahun patah tulang bahu dan cedera di dagu akibat kemalangan yang dialaminya ketika menyertai acara ujian masa lebuh raya 35.6 kilometer di venue triatlon, Bandar Mega Universiti, China. “Mariana antara pelumba yang berpotensi untuk beraksi di ACC, tapi apa yang berlaku ini kita harus terima. Saya harap semangat Mariana akan ditanam dalam diri semua pelumba wanita untuk berusaha memberikan terbaik buat negara biarpun ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab yang dihubungi pula berharap orang ramai tidak menganggap insiden ini satu kelalaian PKBM kerana pihaknya sudah bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengawasi pelumba sepanjang perlumbaan pemilihan itu.

Sumber ; metro

Awan Nano Menyelubungi Negara

KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.

Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).

Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.
Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.

Sumber : metro

Hukuman jalin cinta terlarang

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.


Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Sumber : Metro

Sunday

Wajib Baca : Sejarah Lengkap Dajjal

Meskipun telah banyak artikel tentang Dajal telah dibincangkan tetapi mungkin ramai daripada kita yang masih kabur-kabur. Siapakah itu Dajal? Apakah bukti-bukti kewujudan Dajal? Sejak bilakah dia wujud dan adakah dia yang menyesatkan umat manusia di setiap peradaban ketamadunan? Dan kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mempunyai ilmu secukupnya untuk untuk menghadapi The False Messiah ini. Perhatikan tanda-tanda kedatangannya di sekeliling kita, sudah begitu banyak bagi yang celik mata dan hati.


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
A'li-Imraan 191

Insya Allah semua persoalan yang sering bermain di benak anda itu akan terjawab apabila membaca artikel rakan seperjuangan kami ini dan sedikit sebanyak info tambahan dari kami. Selamat Membaca!

Kredit to Konspirasi Teoris
Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains. KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi cerdik sungguh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.


KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL

Mengenalpasti & Menyusun kod

Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam
 
 














  Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.
 Apa yang dimaksudkan dengan sabda di atas ialah, Dajal akan memberikan kita melalaikan kita dengan syurga dunia iaitu kemewahan, pangkat, harta dan wanita yang sekaligus akan menyebabkan kita lupa diri dan hanyut dengan keduniaan semata-mata walhal itu hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik kembali nikmat-nikmat yang dikecapi itu. Inilah Benedictine Order yang mereka laksanakan dan ramai yang terpedaya lupa apa yang patut sebenarnya kita kejar.



    Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

    Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

    "Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

    Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

    Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

    "Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

    "Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

    Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

    Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

    Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

    Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

    Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

    Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

    Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

    Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

    Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

    Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

    Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

    Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

    Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

    Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

    Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

    Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

    Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"

    Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

    Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


    Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

    - Akan muncul pada akhir zaman
    - Mengaku bahawa dia adalah Tuhan
    - Menyebar fitnah dan dusta
    - Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)


Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun

1 hari = Sebulan

1 hari = Seminggu

37 hari = Seperti hari kita

Tentang hari-hari Dajal di dunia telah dikupas dengan begitu baik oleh Imran N. Hosein.

Kod-kod sumber Yahudi

"This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666)." (Bible, Revelation 13:18)

    - ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.


    “For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)

    - ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta


Jika kita perasan, kehidupan kita seharian dikelilingi oleh angka 666 ini. Boleh dikatakan semua barangan anda hari ini mempunyai angka 666 ini secara tersembunyi. Hanya mereka yang prihatin akan menyedari tentang perkara ini. TIDAK PERCAYA? Tidak mengapa. Cuba anda perhatikan setiap barangan yang anda beli di kedai-kedai, termasuklah kasut, baju, peralatan sekolah dan banyak lagi, semuanya mempunyai kod bar barang!

 inilah bukti Dajal menguasai sistem kita sekarang. Kita tidak dapat lari dan elak dari membeli barang keperluan seharian kita yang semuanya mempunyai mark of the beast ini. Untuk artikel lanjut, anda boleh membaca artikel sahabat saya, Sang Tawal berkenaan perkara ini.
  
Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.

    Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God
 














Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

 Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

  Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

    Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.

 Lambang Horus ini banyak digunakan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia Dajal, antaranya Freemason dan Illuminati. Siapakah Horus yang akan kembali ini seperti yang dipercayai masyarakat mesir purba ini? Biarkan jawapan itu kekal di benak anda, dan baca kata kunci yang seterusnya.








Part 2 : Klik Disini

Polis tahan 26 pelacur asing

KUALA LUMPUR -  Dua puluh enam pelacur rakyat asing diberkas dalam serbuan polis di sebuah rumah teres tiga tingkat di Pandan Perdana, Ampang, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata sebilangan pelacur rakyat Myanmar dan Thailand yang berumur antara 19 dan awal 20-an itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
 
"Kami percaya rumah itu digunakan sebagai transit untuk kegiatan pelacuran di sekitar Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas operasi itu berakhir pada pukul 2 pagi.
 
Amiruddin berkata ketika serbuan, beberapa pelacur cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah namun berjaya dihalang polis dan ada yang cuba  bersembunyi di dalam rumah itu.
 
Beliau berkata kesemua wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk menjalani ujian air kencing serta pengesahan dokumen, dan dijangka dihantar pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat. 
 
Sebelum itu, pasukan berkenaan menyerbu sebuah pusat hiburan berhampiran dan menahan 30 pengunjung dan 11 wanita yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
 
Hasil siasatan mendapati pusat hiburan terbabit menjual kalungan bunga dan kostum khas kepada pelanggan sebagai "tip" untuk mereka melanggan GRO kegemaran mereka.
 
Kalungan bunga itu dijual antara RM20 dan RM100 mengikut kuantiti bunga manakala kostum khas itu boleh mencecah RM500, kata polis.

Operasi selama dua jam bermula 12 tengah malam itu disertai lima pegawai dan 15 anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPD Ampang Jaya.
 
Sumber : Sinar

Mat rempit 12 tahun

KULAIJAYA: Selepas menunggang motosikal lebih 40 kilometer tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar, dua murid tahun enam ditahan dalam operasi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di sekitar Pekan Kelapa Sawit, di sini, pagi semalam.

Ketika ditahan untuk pemeriksaan, dua kanak-kanak berasal dari Pontian itu memberi alasan menunggang ke pekan berkenaan untuk membeli alat ganti motosikal yang didakwa dijual pada harga lebih murah.

Bagaimanapun, alat ganti didakwa baru dibeli mereka dirampas berikutan kegagalan menunjukkan resit pembelian selain untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun turut ditahan dalam operasi bermula jam 9 pagi itu selepas menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu.

“Seramai 30 penunggang motosikal ditahan dalam operasi ini atas kesalahan seperti tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.

“Kesalahan dilakukan dianggap serius berikutan penunggang terbabit terdedah kepada risiko kemalangan. Selain itu, kami dapati ada motosikal ditunggang sudah tamat cukai jalannya sejak 2006.

“Sebahagian besar yang ditahan adalah remaja bawah umur dan mereka menunggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa masing-masing, sedangkan perkara ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Dalam operasi itu, sebanyak 51 saman dikeluarkan dan semua yang ditahan dibawa ke IPD Kulaijaya untuk pemeriksaan lanjut.
Selain itu, ibu bapa dan pemilik asal motosikal berkenaan turut dipanggil ke IPD Kulaijaya untuk membantu siasatan.

“Saman juga akan dikenakan terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal kerana membenarkan remaja bawah umur menunggang kenderaan itu,” katanya.

Zulkefly berkata, operasi dijalankan berikutan aduan diterima pihaknya selain jumlah kemalangan membabitkan remaja tanpa lesen di daerah berkenaan kerap berlaku.

Sebelum ini, menurut Zulkefly, pihaknya menjalankan program kesedaran keselamatan jalan raya, termasuk mengagihkan topi keledar secara percuma di kawasan berkenaan, namun masih ramai gagal mematuhi undang-undang jalan raya.

“Terbaru, kempen keselamatan jalan raya dijalankan kelmarin tetapi masih ramai yang ingkar,” katanya.

Sumber : metro

Bayi tanpa kepala

AMPANG: Seorang pekerja kontrak tergamam apabila menemui mayat bayi tanpa kepala dan kaki kanan di dalam sungai, tengah hari semalam.

Mayat bayi yang disyaki dibuang ke Sungai Hulu Klang itu dipercayai dimakan binatang, menyebabkan sebahagian cebisan tubuhnya hanyut dibawa arus.

Saksi kejadian yang juga pekerja kontraktor, Roslan Ashari, 40, berkata dia datang ke sungai itu bersendirian untuk menjala ikan seperti dilakukan setiap hujung minggu.

Dia yang turun di tebing sungai berhampiran Lorong Embun 3, Kuala Ampang, di sini, terkejut melihat objek menyerupai anak patung terdampar berhampiran batu di sungai itu.

“Mulanya saya sangka ia anak patung sebelum pergi melihatnya dengan lebih dekat.

“Saya terkejut mendapati ia mayat bayi tanpa kepala dan kaki kiri. Keadaan mayat bayi itu hitam dan membengkak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Menurutnya, dia segera naik ke tebing untuk memaklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.

“Saya tak pasti jantina bayi itu kerana mayatnya hampir reput. Malah, saya cuba mencari kepala bayi itu bersama anggota polis di kawasan berhampiran sungai tetapi gagal.
“Sesiapa yang tergamak membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan itu ke sungai memang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kejadian, selain berusaha mencari cebisan kaki dan kepala bayi berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan kini dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu.

Sumber : metro

Latih mencuri

MIRI: Tanda tanya penduduk sebuah kawasan perumahan berdekatan Kampung Sealine, di sini, mengenai lima kejadian pecah rumah sejak beberapa bulan lalu akhirnya terjawab apabila polis menahan enam lelaki, termasuk dua beradik, kelmarin.

Pada mulanya dua remaja berusia 13 dan 15 tahun itu dicekup seorang penduduk ketika memecah masuk rumah jiran mereka di taman perumahan itu.


Lebih memeranjatkan apabila remaja berusia 13 tahun itu mendakwa diajar melakukan jenayah itu oleh abangnya berusia 18 tahun yang juga dipercayai perancang utama beberapa siri kes pecah rumah di kawasan berkenaan.

Sumber polis berkata, susulan penangkapan itu, pihaknya menahan beberapa lagi lelaki, termasuk seorang warga Indonesia berusia 34 tahun yang bertindak sebagai pembeli barang curi kumpulan berkenaan.

Katanya, tindakan dua remaja terbabit memecah masuk rumah seorang jiran pada jam 1.30 tengah hari dikesan seorang jiran mangsa sebelum membuat intipan lanjut dan berjaya menahan mereka 

Sumber : metro

Syiling 50 sen dalam perut anak

IPOH: Sepasang suami isteri pucat lesi apabila anak kecil mereka yang berusia enam tahun menelan sekeping syiling 50 sen.

Lebih membimbangkan apabila syiling itu didapati masih tersangkut di usus perutnya sejak lapan hari lalu walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengeluarkannya.

Ibu mangsa yang juga produser rangkaian televisyen Al-Hijrah, Harlida Abu Bakar, 37, berkata, anaknya Ilhan Hadiff Isnawan, 6, menelan syiling itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tadika pada 19 Januari lalu.
Menurutnya, suaminya, Isnawan Lamidi, 37, yang memandu kereta terkejut apabila anaknya tiba-tiba memberitahu menelan syiling yang ditemui di dalam kereta.

“Panik dengan apa yang berlaku, suami berusaha mengeluarkan syiling itu dengan menjolok tekak Ilhan.

“Malangnya, syiling itu melepasi tekaknya sebelum jatuh ke perut. Kami bimbang syiling itu boleh menyebabkan keracunan atau saluran usus tersumbat,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami kemudian segera membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta di sini untuk menjalani ujian X-Ray sebelum mendapati syiling itu masih melekat di perutnya.

“Doktor kemudian memberikan ubat bagi membolehkan anak saya membuang air besar bersama syiling itu, namun ia masih terperangkap di dalam perutnya.
“Doktor memberitahu syiling itu perlu dikeluarkan dari tubuh anak saya berikutan bimbang ia boleh menyebabkan keracunan atau berak berdarah,” katanya.

Dia berkata, anaknya bagaimanapun tidak membuang air besar selama empat hari, menyebabkan mereka bimbang walaupun mendapati kesihatannya tidak terjejas.

“Doktor menasihati kami supaya segera membawanya mendapatkan rawatan jika Ilhan mengadu sakit perut atau tanda-tanda lain yang membimbangkan,” katanya.

Harlida berkata, dia bagaimanapun yakin syiling itu dapat dikeluarkan dari perut anaknya tidak lama lagi berdasarkan kenyataan doktor pakar ditemui kelmarin.

Sumber : Metro

Maut ketika cari anak

MELAKA: Kasih ibu membawa ke mati. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita kepada empat anak yang sanggup keluar berjalan kaki semata-mata mahu mencari dua anaknya yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam.

Bagaimanapun, niat suci Rosmariah Mohamad, 34, tidak kesampaian apabila dia terbunuh selepas dipercayai dilanggar 250 meter daripada kediamannya di Jalan Tun Teja, Cheng, dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya jam 12.30 tengah malam berikutan risau dengan dua anaknya, Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang masih belum pulang selepas keluar bermain futsal di sebuah pusat sukan, pada malam itu.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, wanita berkenaan dipercayai dilanggar kenderaan sebelum tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Akibat kemalangan itu, kepala mangsa dikatakan turut pecah dan cebisan otaknya tercampak ke dalam pagar berhampiran kawasan kejadian.

Suami mangsa, Samad Saliman, 37, tidak menyedari isterinya keluar rumah kerana ketika itu dia tidur dan hanya tersedar untuk mencari arwah, jam 4 pagi semalam.

“Saya mencarinya di merata tempat tetapi tidak jumpa dan pulang semula ke rumah. Namun, ketika bersiap keluar mencarinya semula jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan jiran bahawa ada mayat di dalam longkang.

“Berikutan tidak sedap hati, saya bergegas ke tempat kejadian dan betapa luluhnya hati ini apabila mendapati mayat dalam keadaan mengiring itu adalah arwah isteri saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, hampir setiap hari kedua-dua anaknya bermain futsal di pusat sukan berkenaan dan menjadi kebiasaan arwah isterinya mencari dan memanggil anaknya pulang ke rumah apabila lewat malam.

Samad berkata, dia kecewa dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan mayat isterinya tanpa melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, suasana di lokasi kejadian bertukar pilu apabila Samad dilihat hanya duduk bersebelahan mayat isterinya, manakala empat anak mereka membaca surah Yasin berhampiran mayat ibu mereka.

Selain Mohd Shazurin Farhan dan Mohd Syazrul Fahmi, arwah turut meninggalkan dua lagi cahaya mata iaitu Mohd Isyazwan Firdaus, 16, dan Mohd Nor Syarin, 13.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berkenaan adalah kes langgar lari.

“Siasatan awal Unit Forensik juga mendapati ada bukti cermin sisi kenderaan yang dipercayai melanggarnya tercabut dan beberapa pokok turut patah.

“Akibat rempuhan, mangsa terpelanting ke pokok sebelum terhumban ke dalam longkang. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala,” katanya yang mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sumber : Metro

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor