SEREMBAN - Seorang pelajar warga Nigeria dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.
Emmanuel Isaac Dodo, 25, mengaku bersalah di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi. Mengikut fakta kes, pada 4 Disember lalu, jam 3.15 pagi, Pegawai Kanan Imigresen, Abd Aziz Mansur memeriksa asrama pelajar di Blok SK Kolej Lagenda, Mantin.
Dalam operasi itu, seramai sembilan pelajar warga asing dari Nigeria dan seorang dari Zimbabwe telah ditangkap. Semasa menjalankan tugas, tertuduh menghalang kenderaan penguat kuasa menggunakan keretanya supaya tidak membawa keluar warga asing yang ditangkap.
Emmanuel melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(g) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 56 (1) (aa) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun.
Sumber : sinar




No comments:
Post a Comment